Dosa Meninggalkan Solat Fardhu- 5 waktu ! Gerunilah !

Friday, November 28, 2014

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

Ha, kita dah belajar macam mana nak solat hajat .. solat fardhu dan sebagainya. jadi Kali ini kita perlu tahu pula di sebalik ganjaran solat 5 waktu . ADA dosanya yang bakal diberikan.. Hukuman setimpal dengan kesalahan akhirat .

Dosa meninggalkan solat fardhu.. SALAH satu atau tidak langsung.. MasyaALLAH . wajib bermaksud jika tidak menunaikan maka berdosalah kita. Ya. sedarkah kita ?? Jum renungkan !

Kalau perempuan kita harus qadha walaupun haid.. Ingat tak payah ? Wajib sebenarnya..

Boleh hitung tak start bila kita hidup ? Boleh hitung tak sejak bila kita dah cukup umur.. Sekarang dah berlalu berapa tahun ? ada tulis tak bermula haid kita dulu .. berapa hari cuti dan tak solat em... Memang tak lah. Jadi perlu di darab dengan 5 solat fardhu sehari darab pula dengan 17 rakaat sehari ..

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal – Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107
credit to : http://rahsiarezeki.wordpress.com/

InsyaALLAH korang boleh tunaikan.. dan wajib tunaikan serta boleh jatuhkan syaitan .. Teruskan mengejar syurga ALLAH SWT :)

Awak dah komen ? Ok NIL balas

1 Cute visitor

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^

Find us on Facebook

Popular Posts

LIKE NH FANPAGE