Tuesday, December 22

Lepak - Lepak dengan kawan lama dekat pantai !! ^_^

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Apa pasal ni ha , tak tidoq tidoq ni , apa lah aku buat ni Hemm.. Cik NH oi !
Tak boleh nak tidur , dekat kepala dah lekat cool fever memang sangat cool la sampai update 2 entry pagi-pagi buta ni. Mujurlah cuti sem boleh la online dekat rumah kan ? Eh correction bukan cuti SEM , amboi awai sangat aih nak cuti sem. Berlagak tak habes ! 


Sebenarnya revision week ! Banyak kelas dah tak ada sebab silibus dah habeh. Jadinya balik kampung study sendiri lerr.. T datang untuk final exam untuk sem 1 jelah. Baru sem 1 Hahak. Alahai tahun depan dah 21 dah. Tua laaa... Hahak.

Bila dah balik penang , balik kampung seronok la nak menggedik macam form six dulu. Dulu kalau bosan ja , balik kelas dengan baju batik tiap rabu kami ke pantai hahak. Ada la kawan yang jatuh moto la sebab cari penyakit gi pantai. Kenangan tu walaupun ada luka-luka. MasyaALLAH nasib baik la semua elok-elok belaka. Tak ada yang serius. Alhamdulillah.

Ala sekolah dekat dengan pantai pasir panjang memang menggila la. Bila dah 20 tahun masing-masing sambung degree , kawan kawan form 5 dulu pula ada yang sambung diploma dan ada dah kerja. Memang kalau nak cari kawan rapat dan mesra selalunya time sekolah menengah la. Kalau form six tu kena pergi sekolah lain sebab sekolah menengah NH dulu tak ada form six . Jadi jumpa la kawan baru.

Yang duk rapat and jumpa balik selalunya kawan form 5 la. Sebab dulu menggila makan keropok dalam kelas , curi-curi pergi koperasi masukkan kopok bawah tudung kawan yang labuh hahaha. Amik kesempatan hakhak,


Mentang mentang dulu kelas science ada aircon. Masuk pulak kena buka kasut. Tepi kelas je pun koperasi , senang nak seludup bahahahaha ! Bila terserempak dengan cikgu disiplin.. APA lagi belah la... Hahahk. Gila betul. Memang best la teringat kenangan lama..


Minggu ni semua pakat lapar kenduri. Tengok kawan bertunang. Lepas tu pergi kenduri kawan.
Lepas ni plan nak pergi pesta pulau pinang Hahak nak naik macam-macam Hahak.
Naik kereta NH bawa. Tapi semua pakat nak ikut. Separuh naik moto konvoi ye hahhaa !

Pergi kenduri rumah kawan baru , lepas tu nampak si IQBAL ceria popstar . Semua tak boleh makan dah sebab asik tengok muka dia. Haha tahu kenapa ? Bukan nak ngorat tapi nak tanya pakai produk apa baahahaha !

 


Best uuuuuu , lepak pantai ! Memang best la tanam kaki dan selfie . Lighting terlebih. Mata sakit uuuuu... Tapi bahaya pergi pantai time macam ni.
Yang kena tsunami dulu dekat sini la..



Nampak best kan pemandangan kampung , UUuuuu CIJUK ANGIN ..
Hampa tak kahwin dengan orang kampung memang rugi lohhhh !
Bandaq panaih Lit lit Hahah
 Penat jadi orang bandaq walaupun baru 6 Bulan hahaa

 

Tengok muka gatai tu , Hemphhh semua pakat possing Nuh..


 


Ototototo , chomey semua mesti pakai bedak mok cun Hahhaha

 


Tanam beg sendiri .. Matching pulak dengan kasut kawan Hahhaa


Nanti NH update lagi cuti-cuti lepak-lepak release tension dekat pesta penang pulak yee

Papaii .. See u !!

Buku Pertama Nilam Himawari Diterbit dan Dijual :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hai u all ! Dah lama dah tak mengupdate ha , 
Alhamdulillah syukurlah dapat juga lah aku merasa nopen pertama , dapat jugalah pegang karya sendiri. Sebab selama ni mengarang novel bersiri kemudian , dalam masa tengah mengarang tu dapat ilham seram sebab memang kisah benarlah yang berlaku time menaip tiap malam time stpm dulu tu.

Sampai la terkarang tanpa sengaja bukan sekadar terjatuh hati tanpa sengaja dah tapi dah diterbitkan juga tanpa sengaja, Alhamdulillah memang ramai support sangat sangat teruja dengan kejayaan ni walaupun nampak sangat kecil tapi dah sangat berharga buat Nilam setakat ni , Hehehk

Terima kasih la kepada mak nilam sebab selama ni sokong nilam supaya nilam dapat juga buktikan bukan sekadar cakap ja canang sana sini kan. Tapi impian tu dah ada dekat tangan depan mata sendiri. Wallaweyh luuu... Hahak suka sangat

Feedback nopen ni pon sangat menerujakan. Ada yang tak boleh nak tidur terus bila baca haha , Memang lawak la.. Ada kak sorang ni sampai marahkan nilam tak khabarkan terlalu seram cerita tu dan kisah benar yang Nilam alami.

Apa dah jadi ,,.. Kak tu dah tak boleh nak tidur nak tunggu husband balik hahak sampai macam tu,, Sori lah kak tak sengaja hahaha. Siyesly memang seram sangat. Nopen ? Kenapa Nilam cakap Nopen ? Bukan Novel atau cerpen ? Sebabnya buku Nilam kali ini edisi khas .. limited edition.. Sebabnya ada dalam 10 penulis dalam buku ni. Cerpen yang disatukan menjadi novel dan bila gabung jadi Nopen Hahaha !


Faham ke idak ? Itula Nopen.. Best sangat. Selalu bosan bila semua cerita cinta atau satu cerita sahaja. Tapi kali ini semua ada. Cinta dan seram.. Dan macam macam la... Tak rugi tau beli.

Nin dia kak Zahayu , Eh eh hahaha ! Kak ayu pon dah dapat feedback seram tu !!



 Ini kawan Nilam .. Memang dia hargai karya Nilam. Sangatlah terharu bila kawan baca dan support 
Sayang sangat kat diorang ni semua pakat beli ..




Inilah gayanya muka depan Nopen Nil kalau nak order kena cepat cepat nanti habis tak sempat nak order. 
Sebab terlalu terhad :)

Kali ini adalah cetakan pertama. Nak kongsi sikit tentang Cerpen Nil tu.
Memang kisah benar ada yang tokok tambah tapi sebetulnya kisah benar yang Nilam alami.
Nak buat novel lain . Cerita lain pula yang keluar dulu.



Abang shah Othman selalu penerbit S.O publication dah bagi line yang Nopen Nilam dah ada dekat KINOKUNIYA KLCC . Tak pernah pergi pon kedai tu Hehek..



Nilah editor s.o Yang menerajui projek buku ni Hehek
 Tengs abang Shah Othman
Best sangat bekerjasama dengan beliau !!

 
 



The End . Jom lah order Heheik :) Phewitt !! ^_^

 

Sunday, November 15

#REVIEW Nurul Cahaya [ Blogger BerEducation kreatif ]

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Ehem - ehem , bersawang sawanglah blog Nil ni bila tak ada yang Nil update tiap-tiap hari. Sejak sibuk sambung belajar ni , dah tak terjaga dah blog Nil ni. Alhamdulillah bila cuti midterm walaupun seminggu , masih sempat Nil renovate blog ni agar lebih meriah walaupun tak berpenghuni. Teringat pulak masa Nil mula-mula berkecimpung dalam dunia blogger ni.

 Lama sangat dah , dulu just tomel - tomel dan agak berat blog Nil tu semua nak dipasanng dalam blog. Bila semakin matang , haaa... Tak ada dah yang nak kelap kelip nak semak sampai berat blog. Lahai teringat dulu-dulu punya design , memang tak boleh belah haha.. Cannot Cut bahahahaa ! Buruk benor kalau translate haha ! Ceqitanya dulu nil mula kenalkan blog dengan review Hehe ! So , Nil nak kembalikan nostalgia tu dengan merasmikan design blog baru ni.. Review seorang rakan blogger Nil dan rakan stpm dulu-dulu Haha..

Nak diceritakan , Nil sebenarnya dengan si gadis molek yang diberi nama Nurul ni atau nurul cahaya ni ,  adalah kawan study jarak jauh. Masih tak boleh lupa.. Cik nurul ni study dengan nil waktu malam.. Nak exam last untuk Stpm.. Menentukan hala tuju kami.. Si nurul ajak nil study dengan dia. Yang kelakar study sejarah. Dia cerita Nil blur... dia baca nil pon baca. Dan dia tahu tentang dia, Nil pon tahu tenang Nil.. silibus yang Nil baca,.. Esok dah exam..

Dan alhamdulillah , Si Nurul dan Nil dah pon berjaya sambung degree.. Haha sama-sama umur 20. Dah comel. Orang melaka. Dia gelak dan suka bila dengar Nil cakap penang dalam record dulu terang sal sejarah dengan brutalnya cara penang. Loghat penang Nil yang tak boleh belah tu hekhek.

Dan kami saling mengenali. Nil tahu beliau juga merupakan blogger.


Ni website beliau : http://www.ceritanurulcahaya.com/





http://1.bp.blogspot.com/-6hn-xKNq3dE/VkdVi7Y0T2I/AAAAAAAADzs/RmBur4nmG5M/s1600-r/templatebaruaku2.png



Header beliau kena dengan course beliau sekarang . Memang artlah. Tak leh cakap apa dan nil dah agak bila beliau pegang gitar. Orang art pure ni Haha . Otak artistik ni.


Nie sedikit biodata tuan punya blog ceritanurulcahaya nie...

Haaa, 

1) Siapakah Nurul Cahaya??
- Nurul Cahaya merupakan nama timangan a.k.a nama manja dalam keluarga... Gelaran "Nurul" sering digunakan sejak kecil lagi.. Namun, ada juga orang panggil aku dengan nama Mutoharah... Yaaa... Itu jarang la orng pnggil.. Biasanya cikgu yang panggil nama aku.... 

Aku digelarkan dengan gelaran "kakak" dalam rumah nie ha.. Sebab aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik.. Aku sorang je perempuan....

2) Kenapa Nurul Cahaya??
- Cahaya tu dalam Bahasa Arab tu Nur... Hihi, So, Nurul pun bererti "cahaya" So, when combined together gether jadik lah Nurul Cahaya... Cahaya Cahaya la meaning dia hahahaaha...


Sweetkan Comel momey je . Haaa Jomlah kita berlike fanpage dan follow cik Nurul cahaya. Jom serbuu !!

Tengs Nurul sudi Direview Nil :) Love u !!
Direct masukkan Nurul dalam Bloglist !!

Review siapa pulak ya ? 
`
`
`
`
`
`


Komen cepat ! Andalah orang itu :)




Friday, November 13

Perempuan Boleh Hidup Tanpa Lelaki !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


I always remind myself .. Remember that.. Wanita memang boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka cintai , Tapi ingat lelaki masih bujang 3 untuk cukupkan 4.Wanita hanya dambakan semua untuk sang lelaki usaha dapatkannya. Jangan sampai cinta lupa segala. Capai cinta namun impian perlu ada kerana suatu masa bila ditinggalkan tidak akan terlopong sahaja. Namun , anda boleh hidup tanpa si dia dan happy selalu jika anda jaga maruah dan prinsip hidup anda.

Betulkah pendirian Nil ? Yes i do . Nil rasa perempuan boleh hidup sekiranya si perempuan tahu bagaimana nak uruskan diri sendiri. Disebabkan itu seharusnya bersedia. Walaupun ada orang cakap 'no need to invest' but we need if it the situation happened anf force us to do something. No need to upset if end off...

Disebabkan itu perempuan perlu jaga maruah , jika maruah kita terjaga maka terjagalah kesemuanya jika tidak terjaga maka runtuhlah semua. Maruah perempuan hanya pada nafsu. Pada mahkota dan daranya. Jika hilang dara mahkota seseorang itu , maka seorang perempuan merasakan mereka bebas untuk melakukan maksiat dengan lelaki lain.

 

Selalunya begitulah yang pernah diketahui. Wallahualam. Harapnya tidaklah sebegitu. Allah tidak pernah tidur. Ingatlah ALLAH sentiasa melihat semuanya.tidak pernah terlelap walau sesaat. Allahuakbar.
Disebabkan itulah sebagai wanita dan perempuan yang kuat dan tidak pernah lemah kita perlu ada hala tuju dan impian. Walaupun dugaan dan ujian datang menimpa-nimpa , kadangkala kita menangis. Tapi jika ada impian tu , nak kaya nak hebat di akhirat dan dunia , insyaALLAH kita boleh hadapi jika tiada cinta sekalipun... Ingatlah pentingnya prinsip dalam diri setiap orang. Tiada prinsip terumbang ambinglah semua.


Jadi , wanita perlu ada kemahiran sekurangnya jika tidak pada pelajaran. Ataupun wawasan sendiri untuk maju,. Jika ada apa yang berlaku , Kita tak akan rugi dan orang yang tinggalkan kitalah yang rugi sebab tinggalkan orang yang bersopan dan berbudi seperti kita. Ingatlah jangan ketepikan mak abah jika kita berjaya ataupun bersuami. Walaupun kita terlepas dan ditanggung suami pula. Ingat mak abah tetap satu. Tapi suami sementara di dunia. Tetapi kita boleh berkahwin lain. Tapi ingatlah ibu bapa sekali sahaja yang melahirkan zuriat seperti kita. Tiada cinta mereka tiadalah kita.

Berterima kasihlah. Jadi ingat , wanita disayangi ALLAH swt . Sama sama mengingati . Wallahualam

Tuesday, November 10

BERTUKAR JADI KELAWAR ;)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Dah bertukar dah jadi kelawar , lepas berbuka je terus keluar pasangkan pelita kat luar rumah. Minyak gas banyak lagi , nasib baik ! Dah la sebotol air mineral dah 6RM , perghhh ! Mahal .. Harga minyak pulak naik HAHA , ceceh masuk isu minyak pulak dah Ngeh Ngeh .. Yela nak pasang belita 8 biji aku beli dekat kedai RM1.80 tu , pelita pun pendek. Asal ada dan boleh pacak aku lega dah . feeling la . Kak dan abang ipar balik penang sini dari KL diorang . Jadi alang-alang pergi cari baju raya dekat adik , aku sempat beli dekat AEON JUSCO QB ada jual lampu kelip kelap. Suruh abang ipar pasangkan . Yessss ! Canteklahh




Tahun lepas , abah yang selalu pasang. Tahun ni abah jatuh sakit . Its ok Nil boleh handle hehe . Come on abah CEHHH ! Abah tahun ni tidur and relax je , aku buatkan HEHE . Aku tahu abah mesti sedih tapi abah tak boleh cakap jadi mesti simpan dalam hati . Tu yang aku buat cool je tak mau lah abah rasa macam kehilangan atau tak feel . Aku dengan adik sibuk la main mercun. Eh aku kecik lagi k. 20 tahun muda lagi HUAHUA .



Boleh pulak aku main aci nyorok ? Perghhh bayangla besar gedabak nyorok belakang pokok. Memang aku first la kena Chuppp.. Main pulak dengan budak -budak yang nyorok bawah mesin pon dah tak nampak kan. Gelong betul. Aku tak kisah yang penting aku enjoy , mak enjoy. Aku terbayang tahun depan aku takut aku tak boleh lagi macam ni. Yelah bulan 8 ni keluar untuk sambung degree walaupun tak dapat UPU aku tetap la masuk jugak even swasta pun. Aku memang nak sambung, Rugi lah stpm aku. Itu sebab aku ceriakan keadaan. 

Last-last aku yang malu bila ada budak-laki yang berkawan dengan jiran aku ni datang rumah diorang. Dia tengok je aku. Nak kata budak tapi dah besar , tengah nyorok pulak abbahahaha. Lantak kau la... Aku punya suka . Last last aku kuaq juga. Mak gelak sakit perot tengok aku malu...
Keluar dari tempat persembunyian tu hahaha...




Malam macam ni aku berjaga la.. sebab aku tengah siapkan manuskrip yang diterima. Manuskrip novel sulung aku yang sejak tahun lepas tergendala disebabkan busy dan banyak perlu diedit dan ditambah. Dan aku dah betulkan.. Harini sepatutnya petang tadi dah hantar... Tapi malam ni siap .. petang tadi terbuai lena hahaha... aku jadi kelawar la malam ni..

Rutin di waktu malam sehingga pagi buta.. Dah la lepas break off , perlu ke aku cerita ? Perlula.. sebab aku rasa benda ni tak dinamakan break off if bercinta dan dibohongi. Block fb aku but aku dapat tahu aku login guna other acc.. Search by name.. His name.. and i found it ! yes hancur luluh hati..

Alhamdulillah ALLAH SWT sayang pada aku dan jauhkan orang macam tu dari hidup aku. Aku tetap jaga aib dia namun aku benci . Ok full stop first and be the last one , aku cerita and mention this story.. Kisah cinta yang singkat dan penuh kekesalan.. Amin.. ALLAH adakan. kalau kita buat orang, benda tu patah balik . Mungkin anak kita pulak kena kalau tak kena pada kita. Dan kita sedar. Harap wife dia sabar lah banyak2 . Semoga dia baik la dengan wife dia nanti. Amin...

Rutin malam aku macam ni lah, sambil tulis novel ni.. nenek bangun dan lapar . Aku beri makan nenek.. kalau abah sakit aku tengokkan abah .. Itulah rutin aku. 

Aku puas dengan kehidupan aku. Aku harap dengan agama , dengan kecantikan dan dnegan azam aku.. Aku happy dengan hidup aku .. Aku akan buat Ex2 aku menyesal DAN UNTUNGKAN my future husband.. Till syurga.. Jannah..


AMIN :) Tak frust langsung sebab ini bukan suatu perhubungan tetapi hanya perkenalan.

Friday, October 30

Perjalanan Dunia Menyakitkan Namun Itulah kehidupan buat bekalan ^_^

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


 

Hari ini 30 Oktober 2015 , genap dua bulan aku lalui kehidupan di kota. Meninggalkan keluarga di sana , aku datang bawa kekuatan , jutaan kekuatan untuk tempuhi dan sahut cabaran ni . Berbeza pandangan disini di kota yang membawa lebih kepada kemodenan yang berlebihan. Disana aku hanya lihat kemodenan namun tiada kelebihan yang sangat menerujakan. Disini aku menjadi kental , jiwa aku terasa mampat untuk harugi semua di perantauan , Kononnya.


Wajah ibu bapa berlegar-legar mengingatkan aku apabila mata aku tertancap melihat 1000 kelainan rasa kehidupan di mataku. Ada yang berkata-kata supaya jaga diri , jangan jadi seperti lalang apabila ditiup angin. Namun hati aku berkata bangga , yang aku punya emak dan abah. Bagaimana aku boleh hilang dari ajaran sebenar. InsyaALLAH kataku selagi aku ada prinsip dalam hidup , tiada aku terbawa oleh angin yang menderu itu ditiup lalang.

Hilang rasa ketakutan apabila aku mahu berdepan dengan segala tembok manusia , bertapa ramainya manusia di sini. Dari semua negara , aku berkenal-kenal. Ya , disana jua aku mengenali manusia2 ini , tetapi aku lebih teruja jika dibandingkan disebabkan majoritinya adalah campuran dari negara lain.


Aku dambakan kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk aku cuba biarkan diri aku lebih terbuka. Terbayang saat saat aku mula datang ke sini.

"Pina , cepat kemaskan baju. Hang nak sambung belajaq kat kuala lumpur sana" - Kata mak teruja.

"Ya , tapi tak kan nak siap-siap dah awal-awal". Betapa beratnya hati aku nak kemaskan barang semua, Nak tinggalkan abah dan nenek yang kurang sihat. Selalu aku yang uruskan bersama mak. Tapi aku harus sambung belajar setelah aku tempuhi STPM sebelum ni. 

Ya ALLAH betapa beratnya hati aku ketika itu.  Bagaikan kaki tak mampu melangkah terasa beratnya perjalanan kehidupan selepas ini.

Aku dengan berat hati kemaskan baju. Aku keletihan untuk terasa sedih lagi. Sungguh di dalam hati siapa yang tahu di saat aku menangis seperti itu. Teriakan dan jeritan batinku.

Abah sakit , kalau tidak abahlah yang temankan aku kesini . Bawa baju semua. Kali ni abang aku je ada , abanglah yang uruskan aku pada mulanya. Kemudian kak dan suaminya pon turut bantu aku. Nasib baik diorang dekat kl, tak lah aku terasa sunyi dan keseorangan di sini untuk belajar.

Aku memilih Bachelor of arts graphic design sebab aku minat sangat. Aku tahu apa aku dah azamkan untuk abah dan emak.

Sampai sahaja aku disini , aku menetap di dalam sebuah condo di Kl , MasyaALLAH tinggi ya amat , Nasib baik aku tak gayat mana. Aku berkenal-kenal dengan teman-teman aku disini. Yang paling rapat bagaikan adik beradik , sangat-sangat. Alhamdulillah , tak terasa kesunyian tu.

Tidur pun sekali , makan pun sekali. Best sangat ! Tak aku rasa sunyi dan terpinggir. Masa mula aku datang aku dapat rasakan diri aku susut sebab aku kan sangat rindukan abah. Rasa diri tenang apabila dapat dengar suara mak abah.

Disini , macam-macam manusia , lautan manusia dan perangai aku jumpa. Namun kentalkan hati sebab semua manusia tidak seperti hati kita. Mana boleh memaksa ! Alhamdulillah aku dah boleh uruskan diri aku sendiri. aku tidak risau lagi !

Aku cuma lebih bertegas kerana jika kita mengikut mungkin bakal dipijak kepala kan ? Jadi aku sudah jumpa diri aku bila aku berdikari. Pelajaran setakat ini alhamdulillah.

Namun dugaan hidup ada sahaja yang menduga. Jenis aku tidak suka bercinta dan biarkan orang nampak yang kita ini murah. Jadi aku simpan semuanya. Aku jadi perahsia. Aku diam-diamkan sahaja. Bercinta dengan orang jauh lebih afdal daripada dekat sebab bila kecewa kita bersyukur dia tiada disini, Kalau tidak asik kecewa dan terjejaas emosi.


Kini aku sudah tidak percaya kepada Cinta. Seandai ada jodoh ALLAH Bawakan dia untuk nikahi aku dengan cara baik setelah habis belajar insyaALLAH jika itulah erti kehidupan untuk aku. jIka aku berpeluang untuk kahwin. Jika tidak , tidak apalah jika umur tidak panjang.

Yang pasti aku sudah semakin semangat bila frust , makin frust makin kuat nilai positif dalam diri aku. Lepas ini , tiada lagi peluang untuk mereka. Aku akan biarkan diri aku cantik untuk diri aku sahaja. Untuk aku bukan untuk sesiapa. 

Kini , setiap petang kawanku akan temankan aku atasi rasa kecewa tu dan tolong aku untuk lebih berkeyakinan.. Yesss joging lagi !!!! 

Berakhir hari ini 30 Oktober !


Wednesday, October 14

Kehidupan sekarang 50 % Berubah ?

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Hem.. setelah bertahun , ceh bertahun ke ? Masuk belajar setelah habis STPM 27 Ogos . Sekarang dah 14 Oktober . 27 November ni cukup la 3 bulan . Kehidupan dekat penang dan Kuala Lumpur jauh bezanya. Kalau dekat penang dah tahu selok belok. Merempit je aku dekat penang tu . Naik moto ke sana ke sini. Mudah nak cari barang . Kalau dekat Kl ni agak susah la sebab nak hadapi Jem. Kalau naik bas ke , teksi ke memang la Sesak , kemudian kena saving. Sejak sambung degree kat sini , alhamdulillah nak cakap 100% berubah sebab kehidupan membujang tu tak lah.. 50 % je sebab lebih kurang je dengan penang. Tak rasa sangatlah..

By the way nak wish congrate to Syameel AF sebab student KLMU , Senior. Wah naib juara ye..




Kerjanya melukis je , wah best tak  ? Heheik sonok sangat dapat melukis tone contrast ni. Rasa macam artistik je Gempak tuuu..
Best sangat kelas drawing , 2 orang je kelas kami so best sangat . Dapat drawing !!
Technique charcoal on board ( black) Flora close up..

Next mesti lagi amazing...




Sebab tak berubah 100% ni lah buktinya, Abang ada kakak ada selalu jumpa , so biasa2 je...
Tak rasa sangat jurang jauh tu , walaupun 4 jam ke penang jadi balik kadang2 jela sebab tiket kan mahal..




G kelas la sangat  tak sah tak selfie oii ! Memang la kena selfie.. T tak yakin Ceceh . Poyo naaa.. Bhahaha Penang tetap ada.. Loghat tak hilang aihh.. cheq sedaq diqi lagi bahahaha ..



Kelas drawing selfie emmmm pandai 360 menipu kaannnnnn ?




Dating dengan abanggg ! Hhehehhe Best dapat jumpa family kat sini tak jauh mana pun... Yeehaaaa..


Itulah kehidupan yang dapat share setakat ni hehehe !!! Peace yawww..


Jangan lupa baca Novel Nil dekat Ilhamkarangkraf !! Jejak karmila Heheheh !!
Kemudian Nopen yang bakal diterbitkan Yeehaaaaaaaa

Monday, August 24

Pencarian Bintang Baru , Perempuan je ? Tunggu apa lagi !




Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Sekejap sahaja masa berlalu , 25 haribulan sudah .. Perghh ! Sekejapnya , Rasa baru je uar-uarkan tentang pencarian Bintang Baru ni , perempuan sahaja ? Yes 30 Tahun ke bawah sahaja yang pandai main alat muzik . Hemm , rasa-rasanya ada ni yang nak mencuba . Mana tahu AF haritu tak sempat nak Join , Nil pon nak ke ujibakat AF cecehhh ! Tapi jauh sangat . Ceceh lagi sekali . Haha berangan seyh .. Korang tak nak ke join ? Cepatlah boleh join artis yang sedia ada dekat Malaysia sekarang ni. Nak tahu tak siapa artis tu ? Kenalah baca sampai bawah ..

Cepat baca...

|
|
|
|
|
|
|
|
|

Jeng jeng jeng , suspen la sikit , dah drum tak dengar hehe , Kan ??? 
Korang nak tahu macam mana nak Join ujibakat tu , ? Bila ? Dekat mana ? Siapa boleh join ? dah - dah jangan tanya lagi , baca mesti korang tahu punya meyh ...



Nindia baq hanggg...











HAZAC RECORD ? Yup hazac record la gempak. Semakin gempak bila abang RIZALWAN RAMLI yang terlibat secara langsung dalam ujibakat ni , Ha ,.. Korang yang kenal Nil boleh masuk line.. kenapa sebab Nil ada abang yang hebat , Rizalwan Ramli .. Mana la tahu kenal Nil terus masuk cepat . cehh kuat berangan aku ni ya , Ok main-main je tu . Siapa berminat cepat jangan lambat .
Suara sedap korang mana tahu diorang berminat kan... Apa lagi..






Semakin terujalah bila tengok HAZAC RECORD perghhh ! Terbaik la korang kalau record dekat HAZAC ni kan.. Rugi kalau tak nak masuk.. Hemm.... Bukan senang tau... mungkin korang yang terpilih .




Ok now , kenalkan siapa abang NIL yang awesome tu , Cik RIZALWAN RAMLI .. haha bersama artis naungannya . ! Gila tak nak.., Abang WAN nil panggil , memang baik . So tak perlu takut lagi dah.








Ok artis di bawah ni adalah artis bawah naungan beliau.. Maksudnya beliau yang uruskan . Ha , amacam ? Mana tahu korang boleh jadi macam diorang jugak .. Ini bukan main - main ok..








Korang cepat tengok bawah ni , antara artis - artis hebat yang terlibat secara langsung. Tengoklah ! Korang tak kenal memang korang ni ... Haish hahaha , 

Ok amacam hebat tak ? Mana tahu boleh kenyit mata nanti.. Cepatlah jodoh anda dekat sangat bahahaha.. Apa aku menggila ni.. 

Jangan menangis di kemudian hari k ... !






Cepat jangan lepaskan peluang untuk jadi macam mereka,.... Hemmm teringinnya..
Takpa Nil tak pergi. Nil bagi peluang untuk korang. Bhahahha Gila punya ayat
kononn tak pergi boleh dapat la.. Hahahak.. Phuii Hhaha

Cepat wehh  :)

Join k  !! 

Tak lama dah lagi beberapa hari lagi dah . Muachh 

Saturday, August 22

Boleh Putih Dengan Cepat Seawal 24 Jam ?? Produk HADZRA WHITE



Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Mesti ramai yang teruja really really excited bila ada produk yang boleh nampak kesan seawal 24 jam ? Gilalah korang kalau tak excited kan. Korang tahu ke produk apa tu ? Memang NiL pon bakal mencuba tak lama lagi , sebab produk tersebut dah ada pada tangan Nil. Nil punya lah excited skoden habis testimoni daripada para pengguna produk ni , memang menakjubkan. Dah tak perlu cocok - cocok dah ! Bestnya dengar. Kalau nak cepat kena jaga minuman kita tu , elakkan kopi yang berkafein tu.  Air kena cukup baru lah dia bantu produk kita ni serap dengan baik. 

Kalau takut berpenyakit , jangan tinggal daripada minum air yang mencukupi sebab membantu tubuh kita dan pundi kencing kita cucikan produk tadi sebaiknya. Sebaik mungkin. Korang kenal tak dengan produk ini ?? !!  Dah tak sabar lah tu ...





Haish tak sabar nak try ni ! Nak order sekarang jugalah macam tu , walaupun kat tangan baru try ahhaa , siapa nak cepat memang kena dapatkan... Baca sampai habis dahulu !



Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati dandigantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selamaini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulityang lebih gebu, bersih, licin dan sihat. Jangan sia-siakan sel kulit yangdiperbaharui itu. Ambil kesempatan ini dengan meningkatkan kualiti sel-selkulit yang diperbaharui menerusi bekalan vitamin secukupnya. Sel yang baik dansihat senang menyerap nutrisi dengan baik.
HADZRA WHITE juga KAYA ANTIOXIDANT yang mengurangkan risiko kanser, kuatkan sistem pertahanan badan, maintainkankolesterol yang baik, pelihara jantung yang baik dan mencegah dari miliki berat badan yang berlebihan.



KEISTIMEWAAN HAZRA WHITE ?


-Jenis Isap/kemam(bawah lidah)/Kunyah.

-Kesan Detox yg bersifat (Free Radikal)

- Brestfeeding boleh consume hazra wihite tanpa apa2 kesan sampingan

-Pengambilan caffient dikurangkan agar kesanlebih cepat & pantas ,disarankan minum 3-4 liter air putih utk kesan ygmaksimum
-Rasa yang enak daripada ekstrak buah-buahan asli
-Kesan dapat dilihat hanya dalam 1 hari ! (1day result)
-Mudah dibawa kemana2.
-35 kapsul dan tahan utk 1 bulan
-Formula terbaru drpd EROPAH dibawa masuk keMalaysia
-Lelaki & Perempuan boleh guna


Hendak mendapatkan kulit cantik dan gebu tidaksesusah mana pun. Tidak perlu di cocok-cocok, di suntik bagai. Kalau nakcantik, biar rawat dari dalam, baru akan terserlah di luarannya. Berikan kulit vitamin yang diperlukan agar menjadi sihat. Kulit cantik dan gebu bermula darikulit yang sihat,Tidak perlu mekap tebal sudah bolehmenyerlahkan kecantikan diri



PROSES RAWATAN DARI DALAM KULIT !!

5X KuasaDetox (Aktifkan Penyerapan Nutrient Maksimum)

5X Pengawalan Masalah Kulit Berminyak/Kusam & Kembalikan Saiz Normal Liang Pori10X Kuasa Mengawal Pertumbuhan Jerawat(Jerawat Halus & Batu)
10X Kuasa Mengatasi Masalah Tona Kulit TidakSekata/Sunburn. 10X Kuasa Mengatasi MasalahJeragat/Pigmentasi/Parut Jerawat
Vitamin C-
15X Kuasa Pencerahan ( Kulit lembap,Kemerah-merahan, Flawless & Glowing )
[2:20PM, 21/08/2015] Free Prduct: KANDUNGAN HADZRA WHITE ?

Menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.
Meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.
Glutathione- Terkenal sebagai Master AntiOxidant yang berfungsi menyingkitkan toksin dari dalam badan, mampu menyekat enzyme tirosinase sekaligus menyekat penghasilan melanin kulit / pigmen kemerah merahan . Hasilnya , kulit yang putih akan terhasil.
Grape Seed Extract- Zat anti kanser keranamiliki 20 kali ganda Vitamin C & 50 kali ganda Vitamin E, mampu menguncikelembapan dan memperkuat fungsi lapisan kulit luar, meningkatkan sirkulasi darah, dan memberi nutrisi pada kulit dari dalam & luar kulit.
Olive Leaf- Mengandungi Polifenol yang sangattinggi yang membantu pencerahan tona kulit serta menghilangkan tanda penuaandengan efektif,Kaya antioksidan, antibakteria, antikanser mempercepatkan pembakaran lemak badan,merangsang penghasilan glutatione dalam badan secara semulajadi & kesan pencerahan adalah lebih cepat.
Astaxanthin- Meningkatkan kualitikulit.Menghalang kerosakan akibat sinaran matahari UV daripada berlaku, tetapi sebenarnya boleh membantu menterbalikkan tanda-tanda luar penuaan dari luar.


BAGAIMANA HADZRA WHITE DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM SEHARI?


1 hari untuk rasa kulit Lembab & tak berminyak

2 hariuntuk mula jerawat kecut

14 hari tangan leher badan dan kaki lebih cerah

7 harikulit semakin glowing dan putih berseri

28 hari lahir kulit seperti baby seluruh badan, muka, tangan dan badan akan lebih putih kemerah-merahan. ORIGINAL dan kekal.





KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN HADZRA WHITE ?

-Hadzra White Khusus Untuk MemutihkanKulit,Mencerahkan Kulit/Kusam termasuk dengan
bahagian badan sekali. -Memutihkan Kulit
-Menjaga Keseimbangan & Melindungi DNA Kulit
-Mengurangkan Kesan Parut Jerawat Lama &Baru -Menghilangkan Jeragat & Bintik Hitam
-Menghalang Pembentukan Melanin Punca Kulit Menjadi Gelap
-Mengurangkan & Menghilangkan KesanKedutan Kulit -Mengurangkan Berat Badan (Kesan Detox Yang Bersifat Free Radikal)
-Rasanya Yang Enak Daripada EkstrakBuah-Buahan Asli
-Meningkatkan respon imun (Pertahanan Badan) -Membantu Mengatasi Kelelahan DenganMeningkatkan Tenaga
-ANTI-KANSER





CARA MAKAN:


Mudah Dimakan Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja.

Sebotol ada 35 biji . Makan 2biji sehari(selama 5 hari).Pagi & Malam
lepas 5 Hari makan 1biji je sehari sahaja(Pagi )Sebaiknya Dalam Perut Yang Kosong,sebotol tahan 30 hari .






TIPS



Amalkan minum 2-3 liter sehari utk dapatkan KESAN yg paling MAKSIMUM !.





PANTANG LARANG
Tiada pantang cuma banyakkan minum air3-4liter sehari.

Caffein elakkan, susu elakkan, gulakurangkan.


Ibu mengandung TAK DIBENARKAN..

Menyusu digalakkan malah baik utk kulit ibu& bayi

Umur boleh ambil 15tahun keatas

Pesakit Buah pingang kencing manis dan

Pesakit Cancer dilarang ambil
sakit jantung yang tidak kritikal boleh ambil.

jika di ambil dgn ubatan/supplement lain mcm mana?
jarakkan sahaja pengambilan 20minit


AMARAN:

PRODUKINI ADA LAH PERSEDIAAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UTK MEMUTIH DAN IANYA TIDAKBERBAHAYA UTK SEMUA LAPISAN UMUR, TETAPI DILARANG AMBIL BERSAMA YANGMENGAMALKAN PIL PERANCANG, IUD, ATAUPUN INJECTION UTK MENCEGAH KEHAMILAN. AMBIL SELEPAS 2 JAM DIBENARKAN

Selamat Digunakan & Amat Berkesan!
Tersangatlah Rugi U Olls jika tak mencubaHadzra White ini sekarang !
Idamkan Kulit Glowing & Putih Pinkish?
HADZRA WHITE Ialah Produk Putihkan Kulit Yang Anda Cari Selama Ini!
Bertindak Memutihkan Kulit Seluruh BadanSecara Rata

Melembapkan Kulit (Mengatasi Masalah KulitKering)

Membantu Menghilangkan Masalah Jerawat.

Selamat Digunakan, Tiada Bahan Merbahaya.
Diformulasi Dengan Kandungan Y


instagram:
fanpages :

BERMINAT UNTUK ORDER ATAU MENJADI AGENT/STOKIST ATAU DROPSHIP SILA

HUBUNGI: 019-6796257 / 0173808767





TAK BOLEH JADI NI KENA ORDER CEPATT !!


Friday, August 21

Lumrah Sebagai Seorang Manusia.

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Subhanallah dah lama dah diamkan diri , sebok memanjang. Macam-macam lah kalau dah besar ni. Kalau time kecik dah tak payah fikir semua. Mak kita ja yang sakit kepala nak urus semua benda. Kita dulu menyusahkan mereka ja. Sesuka hati ja buat perangai. Bila dah besaq , baru hang ada akai. Haha , Nin dia kena kat aku lah. Rasa , Baru nak rasa ka ? Bila dah besar masuk sekolah menengah nak pikiaq belajaq. Exam upsr , pmr kemudian spm. Kalau masuk STPM dia gila sikit. Lepas tu tengah kecut perut tunggu result . Mula nak kerja pulak. Pikiaq masa depan kalau2 result cukop makan saja.

Time tu mula lah duk takut. Masa awai2 buat lek ja, walaupun tak cemerlang pon alhamdulillah lagi beberapa hari aku bergelar junior mahasiswa mahasiswi HEKHEK. Junior la sangat. Dah la tak pernah berpisah dengan family, Bila dapat nun utara selatan , berat hati la baq hang. Bila besaq mula lah nak pikiaq urus ini urus itu nak masuk kan ? Bukan mudah , mak oii!  Tu sebab lah sebok sampai ikot mood lah bila nak tulis blog. Alhamdulillah walaupun tak aktif mana pun , masih ada yang ingat. Masih ada yang tawarkan untuk review produk diorang secara berbayar. Alhamdulillah.

Haishh , semoga permudahkanlah urusanku. Subhanallah. Macam2 duk pikiaq. Tengok blog baru renovate cantik kan ? Dengan harga RM15 je . Nak order boleh contact mastura Aziz. Pm fb Nil untuk tahu detail. Murah sangat. Banyak kali order kat beliau.. Dah lama tak menulis , rindu pulak. Nanti nak masuk belajar balik. Sunyi macam ni la... 

Ada orang tanya , habis study nanti janganlah stop menulis. Memang tak stop tapi menulis adalah sekadar hobi. Bila rajin menulis. Bila sibuk tak lah agaknya, Fokus. Kita bukan orang senang jadi kalau nak senang kita perlu betulkan niat kita. Hiraukan mulut manusia yang suka serongkan pemikiran kita. Sepatutnya mereka menasihati dengan baik. Ada yang nasihatkan kita sampai tak boleh imagine perbezaan dan jurang kehidupan kita, Tak semuanya sama,





Monday, July 20

TREND RAYA AKU TAHUN INI :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum cerita sal raya kena la story persiapan sebelum raya , Nil tengah sibuk balut ketypat palas hehe , teror tak .. ? Cehh nak habaq kata dia teror la tu haha , 
Bukan apa dulu sekolah kami ada buat rumah terbuka .. Cikgu dan pelajar saling tolong menolong buat ketupat ...

Jadi bila dah teror Nil lah yang kena balut hehe , sebelum ni mak duk balut guna daun pandan . Nil dah tahu ok lettew , Harap tahun depan raya boleh la balik tolong mak balut hehe ..
InsyaALLAH kalau dapat mana - mana ..




Ni pulak .. deco bersama eric hahaha , deco bersama Nil ..  bawah ni amacam cun kan .. Ingat nak beli wallpaper tak menjadi tak sempat . Nantilah .. Hehe



Cerita raya sampai tak sempat nak menaip punyalah ramai. Sekarang ni pon tengah ada orang dekat ruang tamu depan sana , bukan tak nak keluar .. Tadi tengah sibuk mengemas dapur yang agak bersepah .. sekali masuk full dalam rumah .. Perghhhh!!! Macam mana lagi aku nak lari ni ? Dah ler pakai tak lengkap . Baju and kain batak ? Hahah kain batik.. Rasa macam nak cerita kes kain batak.. Len kali jelah aku cerita haha , pakai kain batik pulak tuhh ! Saketnya tuh disini wehhh ..

Aku jerit dekat adik , boleh pulak dia lari masuk bilik.. Yeyy memang akulah nak kena , tambah kawan kak yang datang .. Aku dah bancuh air ,, aku jerit adik yang buat pekak tu Hahah , last last dia kena keluar jugak lepas aku MutmetMutmet mulut dekat mak .. Mak g terjah adik suruh keluar .. Dia berpelekat . Rumah aku tiap tahun memang sampai 30 syawal tak akan habis,, Sebulan tak habis.. Kekadang tetamu datang dari pagi hingga malam.. Best gila meriah gila hahaha , sangatlah sampai aku keluar kelumbungkan tudung dan kain batik jalan terus buat harikato tunduk,, kemudian bravoooo lari masuk bilik .. sebab aku belum mandi derrrr ! Kahkahkah.,. Sibuk ngemas , naseb baik r aku ngemas,,, Orang datang,,



Tahun ni , family purple biru tahun ni .. Tak jangka hehe , Aku ada pink pink sikeddd hehe , maken gemok la tahun ni ,. Ceh buat tak faham yang dah gemuk,, Haha makan banyak,,,




Inilah kuarga 69 , ada pendatang baru abang kelepiaq haha abang ipaq ,.. Ok nenek tak sempat masuk sebab nenek tidur sakit kepala.. Hukhukk tak lengkap la camnihh..  Tengok abah dan abang tepi Nil tepi sekali tu , baju purple dan mak .. ada purple pada tudung sikedd hehe , Nil depan tu warna pink hehe , abang cakap macam kain langsir .. Hajo toii yeee.. ? Banyak trend camgini mana la nak tauu semua pakat beli yang ni , Nil main hentam .. nasib baik la dalam facebook sebijik cam Nil . Sepupu ada lah macam tu tapi warna hijau kuning Hehe .



Amboi tahun ni sakan possing , biru pink raya pertama heheh , cun Dak ? Hhahaha . Ramai duk tanya single je ni.. Tak da orang minang ka ? Amboi macam la aku segak sangat . Muda lagi aih baru 20 tahun sapa pun tak mauu . Aku malas laa benda cam gini.. nak cari dekat senang . tapi tarakkk ! Jodoh ALLah bagi kan.. 







Ni malam raya kedua masih dalam mood raya kedua , mak ajak g alumni rumah terbuka Dr Helmi timb. menteri kesihatan anjurkan hehe , Pakai pink purple je la...






Ni raya kedua jubah ni dikatakan trend ? Ha???? Alamak aku main beli je tak plan pun,..
Hijau Kuningggg ... Hehehe







Raya ketiga purple pink hehhehee ... Arabian la sangat ,




Hehhehhee , mood raya oiii



Sekian sahaja , sebab tetamu datang lagi Jum,.,.,.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...