Saturday, 24 January 2015

Nukilan Untuk Abah :)

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

sesungguhnya manusia yang rugi adalah mereka yang selalu kedekut dnegan rezeki yang diberikan kepada mereka - apa salahnya menolong orang lain

sambungan hari itu... 

selepas sahaja ambulan datang . aku masih kaku di depan jalan rumah menutup laluan ambulan. selepas sahaja abah diangkat masuk ke dalam van ambulan. aku terus bergerak ke tepi.. enjin moto masih belom aku matikan. aku hanya kaku melihat jiran datang tolong. mak hanya tersneyum. aku faham hati mak sebenarnya mak takut aku panik,.

ternyata sememangnya aku faham mak lagi panik dan berdebar daripada aku, disebabkan aku masih lagi bercelaru dengan uniform kerja baru balik jam 11 malam. mak terpaksa lemparkan sneyuman yang amat menenangkan supaya aku turut tidak sedih. manalah aku nak sedih aku masih terkejut dalam masa yang sama aku teringatkan mak yang agak bingung dan mungkin letih. ya mak baru je balik kerja. darah tinggi pon ada naik tinggi . aduii . 

ketika itu, aku cuba paksa diri agar lebih steady agar aku dapat tenangkan mak dan adik. pada ketika itu. aku cuba kuatkan semangat tak mahu jadikan air mata aku adalah benda yang paling mudah untuk mengalir. 
selepas sahaja adik naik dalam ambulan temankan abah sekejap. aku terus di lambai emak. aku hidupkan smeula enjin naik kembali atas jalan sebab tadi aku bagi laluan untuk ambulan.

mak lambai tangan pada aku dilihat jiran. aku terus dipanggil masuk.. jum jum.. jiran cakap rileks baru balik kerja. aku tak dapat sneyum tatkala itu. aku dari tadi terus soal mak...

"kenapa ni mak ? awat ni mak"

ituje tanpa henti. mak hanya tenang. mak cakap masuk dulu. duduk dulu. abah ok takpa..  mak pon duduk depan aku. abah tadi... mak baru balik kerja. adik dalam bilik. tadi kami baru pergi makan sama-sama.  lepas tu , adik cakap. abah masuk dalam bilik adik dia tengok cermin dan pegang wajah dia. rasa semacam agaknya , kemudian air liur terus meleleh... badannya terkulai sebelah kanan nasib ada dinding dan adik terus cempung abah.

mak takut abah hypo . terus mak suap madu selepas adik panggil mak dalam bilik. mak tertidur baru balik kerja. kata mak. patotlah dalam hati aku.... sebab dari tadi time aku pulang dari kerja aku dapat rasa ada sesuatu.

terus mak telefon ambulan. malam tu.  kemudian aku bergegas naik kereta dengan mak ke emergency ward. masyaALLAH ! ketika itu aku menangis sebak dan kuat di dalam dada. aku kenal abah, abah seorang yang takut darah. malam tu. aku hanya intai dari luar. aku tak sanggup bila abah tengok aku.. bila aku dengar diorang cuba masukkan tiub dekat hidung... masyaALLAH .. abah terketar-ketar...

"abah bertahanlah abah.." aku sanggup ketepikan keletihan aku... bayanglah baru balik kerja jam 11 malam sampai rumah. terus esok aku kol untuk hantar surat resign. baru 10 hari aku dapat kerja di airport. smeua di atur. ada hikmah.

aku dibenarkan masuk . aku pegang tangan abah. sejuk.. abah hanya pandang depan dia tak nampak aku. mungkin kesan..... aku cuba untuk kesat air mata ... tak nak nurse di situ nampak.. aku tahan sebab mak,,, tengah pandang aku... aku nak abah yang dulu....

hari demi hari....- sambung-

3 comments:

  1. SEeduhnya cerita ni walaupun tak habis ag.
    Cepatlah sambungannya :)

    ReplyDelete
  2. arwah ayah saya dulu pun keluar masuk hospital... akhir hayatnya 3 bulan di ICU sebelum menghembuskan nafas terakhir... Al-Fatihah untuk Ayah... err..sambung la lagi cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  3. tabahkan hati yer...

    ReplyDelete

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^