Wednesday, 28 January 2015

Sayang Abah part ke 3

Assalamualaikum

sambungan part 2 tempoh hari. aku bukan menagih simpati sesiapa . bagi aku ini cerita milik aku. tetapi aku tersenyum apabila ada yang mahu aku teruskan cerita sehingga ke part 3

Abah ! kerana abah lah aku menjadi wanita yang berjaya. budak yang berjaya . budak yang payah untuk bercinta. kerana apa? aku takut kalau kalau aku cuba menyumbang dosa pada abah.

lepas abah tiada respon.. ya .. abah sudah tidur rupanya.. tidur lah abah.. pina kat sini teman abah.. berderai air mata aku pada waktu itu . nurse menghalang agar aku tunggu kat situ namun aku masih berdegil aku genggam tangan abah... ya sejuk sangat hilang rasa penat dan letih baru balik kerja... aku cuba kuatkan semangat tak mahu mak nampak kesedihan dan air yang bertakung dalam kelopak mata aku..

sabar ya pina.. kau boleh!!

diorang terus terburu buru nak bawa abah ke hospital tanjung GH ,.. katanya nak scan kalau strok berdarah... ya ALLAH ... mak terus naik ke dalam ambulan.. aku tenangkan mak..

takpa mak.. pergila... naik jangan fikir banyak k.. dalam hati aku risau mak ada darah tinggi mak pun baru je balik kerja kilang... pina boleh jaga tok... jaga adik...  terus salam mak.. mak pun naik.. adik di sebelah cukup tenang dia.. aku cuba gelakkan dia... dia lah yang paling rapat dengan abah

aku lambai mak dari luar... entah nampak ke tidak.. dalam hati aku... moga abah .. baik2 saja.. 
aku terus pimpin tangan adik aku yang form 1. kami terus ke kereta aku drive pulang.. sampai saja kat rumah aku tengokkan nenek aku .. nenek aku buta sudah 20 tahun bermula umur aku..

aku terus packing barang mana tahu abah kena tahan.. aku relax kan diri,, terus dihamparkan sejadah.. solat hajat berdua, doakan agar abah strok biasa..

lepas dah sudah . mak telefon mak cakap  tengah balik. sebab scan strok biasa,, dalam hati syukurlah mak.. kita tak susah ulang alik jaga abah...

pagi itu juga selepas mak.. cakap diorang dah letak abah dekat wad..
aku datang.. namun bergaduh sekejap dengan guard sorang yang halang aku dari masuk. bebal aku.. bila dah dapat aku suruh mak balik biar aku jaga abah.. namun hati siapa boleh tahan.. ketika tangan aku menyentuh dahi abah... suapkan air,,, ke mulut namun mulutnya... minum sikit sahaja... keluar balik mengalir di tebing mulut... sekali lagi air mata aku turun.. sambil dilihat katil sebelah

namun aku kesat.... tak boleh tahan.. dan dalam masa yang sama .. tak boleh aku halang daripada dilihat orang... abah lapar dia pandang aku sayu... tangan aku tak henti picit namun tak henti juga aku menangis...

ALLAH !!!!!!

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^