Saturday, February 28

Kayuh basikal boleh kurus tak ?

Bismillahirrahmanirrahim ... assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh !

Hak hak ! Tak beli belah punya pertanyaan ! Nak kurus macam dulu balik ... ! Tengah fikir ni macam mana nak kurus ni ! serach macam macam dekat google . dah try dah minum air lepas tu tak larat ke toilet tapi lom nampak hasil, Aku dah try dah main badminton tapi agak slow la... memang sungsuh sungguh geram sangat baju cantik cantik dah tak boleh pakai. Merungut aku. Kasi tahu dekat mak kena balik dekat batang hidung hahhaa . Mak cakap 


"Tu la hang .. lain kali beli banyak banyak lagi tau moist kek .. haa seminggu 3 kali .."

Bahhahaha . Alahai ... pengsan kejap tak jadi nak bagitau . Last last mak cakap tu ok lah main badminton hari hari. Aku cuba dapatkan  respon mak bila aku nak cuba naik basikal pulak. Mak cakap nak beli ka? kalau nak beli 350 cam tu boleh la.. Hahhaa ! tak mau laaa banyak duit tu , boleh beli yang lebih penting . Takpalah aku guna basikal adik yang pendek tu .. kalori hilang lebih sikit sebab jenuh nak kayuh hekhek. Janganlah bayang basikal roda dua pulak hahaha !

Memang pon kalau makan manis manis kejap ja naik badan . Lagi lagi hantu kek macam aku ni payah oi nak turun. Dulu kemain muka cun lagi bola kurus. ala mix gitu bahahaha pasan bebeh! Ada aku cuba produk figure up ni sebab senior aku form six dulu ni dia makan tu la time belajar dulu ni makin hari main kurus dah slim dah skang ni ... tapi aku dengar diorang cakap bahaya. Lagi satu aku beli dah dua kali .. sekarang ni aku makan 3 biji cam tu lepastu aku tinggal balik . rugi lah 80rm kalau dah dua kali aku beli. takot la kalau kapsul .. takot sebab anak kawan mak ...dah kena sakit buah pinggang umur tua setahun dan tua 2 tahun ... abang dan adik dia. Sakit dua dua sekali. Kenapa eh ? makan apa eh ? mungkin pemakanan kot. Tulah bukan nak salah kat diorang tapi aku pon salahkan diri aku kalau aku ambil ubat yang pelik -pelik padahal banyak lagi cara nak kurus dengan lebih sihat tanpa penyakit dan lebih cun...



Percaya tak gambar aku dulu ? Nilah haa... entah lupa dah bila punya ... em ,.. Dulu kemain pakai shawl terletak je. sekarang semua ...tak terletak tak kemas je . Kalau kurus nak solat rasa ringan je hari hari beraura . hahaha sekarang aku makin blur sebab aku malas.. Tak syiokkk laaa ! dulu aku rajin .. ringan badan ringan tulang . Ni malas ni.. Kurus sebab banyak kebaikan .. kalau gemuk .. banyak penyakit suka demam.. Jauhkan pelik pelik. Tak nak lah tak ada penyakit cari penyakit nauzubillahminzalik... emm wallahualam..

Tengah google ni betul ke berbasikal boleh kurus . Hahah konon tadi petang nak berbasikal.. perghhh mimpi je ! Tidor la pelak... biasalah cuaca panas badan jadi letih sebab bangun awal... hadoiii ! macam macam bila dah gemukk....

Sebelum ni gi gym guna treadmil alhamdulillah tapi itulah tak kan nak naik moto 7km jauh kot bahaya ! kalau treadmil kat rumah best boleh la jogging dalam rumah jeee best orang tak nampak. Tapi tulah novel tak keluar . Takot juga rezeki ni.. boleh diambil bila bila masa tu yang tak nak berharap. Ada rezeki adalah dari ALLAH untuk aku.. insyaALLAH ...boleh beli letak kat rumah 1 tapi sementara nak lauching novel nanti perlu pakai cantek2 emm... nak lah kurusss ! Hukhukkkk nak!!

Nak tengoklah mana tahu ada motivasi untuk aku kurus dan yakinkan basikal boleh bantu walaupun KECIK hahaha basikal tu..

Ha ada pun !

image001

Dasyat budak ni kejap nak baca . betulke kayuh basikal... aah baca blog kevin tadi kesian dia namun dia boleh kenapa aku tak boleh . kalau dia 5x nasi ke 3x nasi .. ke 1x nasi .. aku dah la makan 1x nasi mesti kena jadi 0x nasi atau -nasi buat masa ni. Tapi kena lah ambil makanan yang ok dan sihat dan tak macam nasi ,. 

Jika anda ingin kuruskan badan dalam keadaan santai, anda boleh cuba senaman berbasikal. Setiap petang anda atau pada hujung minggu anda boleh berbasikal untuk bakar lemak – lemak di dalam badan.
Ketika berbasikal, anda sebenarnya menggunakan hampir keseluruhan badan anda untuk bergerak dan ia akan beri anda kelebihan dari segi membentuk tubuh badan dan membantu anda untuk membakar lemak – lemak di dalam badan dengan lebih pantas.
Untuk bantu anda kuruskan badan dengan mengayuh basikal, berikut saya senaraikan tip bagaimana hendak lakukannya.
  • Jika anda kayuh basikap pada setiap pertang, cuba kayuh sejauh 2KM sekurang – kurangnya.
  • Kayuh basikal dengan santai dan tidak perlu gopoh mengayuh basikal dengan terlalu laju.
  • Adakan trip berbasikal sejauh 10 KM sehingga 20 KM sekali sebulan atau seminggu sekali. Jika anda ingin berbasikal pada destinasi yang jauh pastikan anda sudah tetapkan laluan dan rancang perjalanan anda. Jangan lupa bawa bekalan air.
  • Sentiasa pastikan basikal anda berada dalam keadaan terbaik.
  • Untuk beri anda lebih cabaran ketika berbasikal, anda boleh cabar diri sendiri dan mencuba laluan – laluan yang mencabar ketika anda berbasikal.
  • Pastikan anda ada tenaga ketika hendak mulakan aktiviti berbasikal.
Gempak ;la pulak bukan apa aku cuma malu nak kayuh kat kampung t orang tengokkk Hukhuk . Nak kurus malu bukan penghalangg Yesss Try la esokkkkk tengok time orang tak ada hehhehe !




Seharian Uruskan Abah ke Fisioterapi dan Acupuncture , Aktiviti Hari ini.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Seharian Uruskan Abah ke Fisioterapi  dan Acupuncture , Aktiviti Hari ini.

Stress aku dengan mulut puaka niang rapik ni lebih pada tu . "Habis tu duk rumah jelah" Habis kau nak tolong jaga abah aku .. baik sikit! Sekali aku tampo nak ? Dah kita jaga abah kita pon jadi persoalan dah kenapa manusia akhir zaman sekarang ni. Ni buat aku geram ni . Bila tak jaga baik pulak mengutuknya . Hamboii ! Cekak pingangg ketapp gigi * Perghh tersiat isi hati ni tahu tak ? Sodeyhhh!

Bila dah tak kerja soal itu ini . memang lah kalau aku tak kerja nak makan apa . Makan jelah apa yang ada kat rumah ni kalau waktu yang sesuai aku kerjalah . Baru je lepas stpm. Siapa tak nak kerja. aku sempat kerja pon baru 10 hari . Tu pun bila kejadian ambulan depan rumah aku terus resign demi jaga abah aku yang terlantar sakit . Abis nak harap dekat mak sorang je. Ha nasib ada blog kesayangan aku ni ... Chupp chupppp! Haaa skrin  terus berminyak tinggal nak meletop nye kena cium dengan aku. Tempat aku melepas geram kat blog . Hayyyaaaaaa ! wahai hati nasib kau ada peneman di blog ni. Bila dah aku ditakle aku cuba la bagi syarat . Kalau nak bercinta dengan aku kena la bermadu dengan blog aku. Tu pun nak jelesss ? Hampeehhhh! lepas tu bila tak reply .. bukan nak 24 jam kena mesej pon. Kalau nak kat aku kena la faham. malam je aku guna blog pon . petang2 aku jaga abah aku . Tengok jelah hari ni seharian aku bawa abah berubat . best bawa abah ronda ... semua untuk abah aku.. Kau penting ke abah aku penting .. So ?? AKU MALAS NAK BERCINTA BAGAI.. NAK BOLEH LA... FAHAM LA AKU NI...

yela kalau lah dah 24 jam nak aku text je masalah la camtu sebab aku kena sentiasa dengan abah . JADI kalau orang yang baik yang cintakan kita mesti dia sanggup punya tunggu dia mesti rasa bangga sebab kita jaga ayah kita . Ini tak dia main main . Nasib dapat tahu ... erghhh! Waste my time jelahh... Disebabkan kakak dan abang aku di kL mereka tinggal sana . Sebelum abah ssakit lagi jadi diorang baru habis belajar dan start kerja jadi tak boleh la nak mis selalu . Nak cuti selalu jadi aku kena lah bawa abah ke sana kesini. Syukurlah mak dah bagi aku ambil lesen. Mak memang terbaik,. semua anak-anak mak disuruh ambil lesen selepas ambil lesen moto waktu sekolah lagi. Syukurlah!

Jadi aku rasa macam satu kepuasan bila aku sendiri dapat urus abah sejak abah sakit 9 december 2014 sampai hari ni aku boleh tengok perubahan semakin hari semakin baik dnegan izin ALLAH . dan aku dapat peluk , aku dapat suap dengan tangan aku , aku dapat mandikan , aku dapat usik abah , aku dapat borak dan macam-macam lah ... Aku tak pernah rasa macam menyesal ke apa ka.. walaupun 100% hidup aku berubah .. sekarang . Yelah sebab dulu aku selalu keluar. Kejap kejap keluar . Sekarang walaupun aku jarang keluar jarang lah tengok dunia luar. Aku rasa sangat puas sebab hikmah yang ALLAH bagi kat aku dapat bersama abah dan family aku dapat jaga family aku. Yelah family kalau hilang tak dapat nak cari kalau boyfrend ... berlambak.. kalau suami ke bini ke... berlambak .. tapi mak abah .. adik kakak abang nenek... tak dapat .. Limited edition !

Ok baik aku bebel apa ni , siap kan semua barang, memang pagi tu aku kena kejut awal lah mak kejutkan. Terus je siap-siap .. barang abah semua.. aku hidupkan enjin kereta dan terus angkat abah dengan kekuatan aku hahaha . jangan bayang lebih-lebih surung kerusi roda ke kereta... abah duk depan tepi aku. Mak di belakang . Sampai je hospital aku keluarkan abah dan kerusi roda di bonet belakang.. Terus terlupa sesuatu di rumah . Aku suruh mak urus nombor abah dulu sementara aku balik. Sebenarnya appointment abah lambat lagi. Cuma datang awal yelah abah kan kencing manis jadi kami risau nak ambil ubat untuk kurangkan luka . Takut melarat sangat bahaya.

Nasib baik la adik abah aku.. tolong . Dia dah dinaikkan pangkat . Dikenalkan perghhh stau hospital staff semua datang kat abah kata mak. sebelum aku sampai. Last last masuk awal. Yelah abah mana larat tunggu atas kerusi. Pening nanti muntah depan tu. Dah jumpa aku tolak abah ke bilik rawatan untuk cuci kaki abah. sementara tu Chit chat sikit dengan nurse kat situ...lepas tu tolak abah cari mak yang tengah berdiri depan farmasi ambil ubat abah. dah selesai tolak abah ke bilik fisio aku masuk la takot diorang apa apakan abah.. ceh takut snagat ye ?! tahu tak berani hahah tadelah diorang ok je cuma kena garang sikit kunk pesakit blur...

Abah dah boleh berjalan .. dia ajar itu ini tapi kena tolak kena pegang la tak kuat.. Dah habis terus masuk keta . Nak kemana tanya mak ? Mak cakap nak ke sunshine dekat area acupuncture . Apa entah nama benda tu . kami tiga orang daftar terus masing baring.. abah pun... peluh aku.. huhh . sebelum tu urus abah muntah .. nasib sempat kuar dari kereta. Dah tu terus balik... Emmm sangat penat...

Selesai solat aku terus lena. Malam je mak gerak solat maghrib terus aku solat dan ajak adik ke ekspo cari suasana malam.. Wahh best merempit dnegan adik.. ke pasar malam dan ekspo tak beli apa pun tak selera. Sempat lagi ke kedai tu .. beli barang barang makeup topup yang baru dah la murah sempat lagi beli inai....





Ha eloklah .. sempat lagi berinai dulu form six tak leh pakai... emmmm ciannnnnnnnn !


Aku suka pakai benda murah ni . dah la murah berkesan sangat kulit aku tak lah mahal sangat .. dan mengada sangat jadi murah lebih best, Yang paling aku suka yang macam liptick tepi blusher tu.. best tak payah pakai bedak ... best gila dan sangat laku.. ramai beli aku pergi dah last .. nasib sempat gapai. Eyeliner silver pon ada .. ! YESSS dah lama cari..


Dah malam jiran bagi perghhhhh ! bising diorang kat facebook minta belanja.. hahahaha


Nyum nyum rezeki bebb !! Thats al for today Tireddd !

Friday, February 27

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS


Nak join klik link ...

http://jmbelog.blogspot.com/2014/10/segmen-blogwalking-fpllowers.html

ASSALAMUALAIKUM.

SELAMAT PAGI.

SALAM SEJAHTERA.

JOM KITA BER-BLOGWALKING.

SYARATNYA MUDAH SAJA.

FOLLOW BLOG SAYA

TAJUK : SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS ~

TINGGAL LINK URL ENTRI DI RUANG KOMEN.

TARIKH TAMAT : AKAN DIBERITAHU KELAK...

SELAMAT BERSEGMEN...

p/s : jom terjah  "senarai peserta"

Giveaway Segment with Rina Pretty Healthy

Ada yang nak join segment Giveaway Segment with www.rinaprettyhealthy.com?

http://www.rinaprettyhealthy.com/2015/02/giveaway-segment-with-rina-pretty.html





Syarat-syaratnya:


  1. Follow blog Rina Pretty Healthy, Add To Circle Google+ Rina Pretty Healthy dan Like Fanpage Rina Pretty Healthy & Add friend FB Rina RPH
  2. Buat satu entry bertajuk Giveaway Segment with Rina Pretty Healthy
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. 2 orang pemenang bertuah akan memenangi 1 botol Herb-Lax Shaklee yang bernilai RM 52.50.
  6. Segmen ini akan berlangsung mulai 25 February - 28 February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

FIRST GIVEAWAY BY MAWAR PUTIH


Bismillahirrahmanirram hehe :) Jum Join

http://whiteroses2013.blogspot.com/2015/02/first-giveaway-mawar-putih.html
Siapa nak menang hadiah?

12 penanda buku
8 keychain

Total 17 pemenang bertuah dicari..

Selain tu dapat exchange link.. 

Syarat sesimple yang boleh ain bagi ni. Macam biasa...

Jadi follower Mawar Putih

Sediakan entri mengenai giveaway ni. Kalau malas sangat, tepek banner dan pastikan ada link Mawar Putih.

Hantar url entri di ruangan comment dibawah.

Itu je. Simple kan.

Giveaway terbuka kepada semua warga blogger tak kira jantina,keturunan, umur atau pangkat. Tarikh tutup sehingga 28/2/2015 tepat jam 11.59 malam.
 
*tambahan hadiah 3 penanda buku atas penyertaan yang ramai..thanks semua..

Tuesday, February 24

Macam tu pon fitnah?

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

aku ni kejap update kejap tak update , yelah sibuk urus nenek urus abah . Dugaan dalam hidup aku. InsyaALLAH aku harap sangat agar ada ganjaran untuk aku . Tup tup biji mata aku ni terus terjojol tengok description berita tadi. Semak keputusan stpm 2 Mac ni perghhh! Biar jelah.. nak takut mende. Lau bagus . alhamdulillah kalau cukup makan ... yang tu jelah yang aku dapat kan apa nak dirisaukan.

Esok pulak aku busy nak bawa abah ke fisioterapi. kemudian ke sunshine sebab ramai orang cakap atas tempat tu ada tempat urut . Entah bagus diorang cakap sesuai untuk abah. Mak pon nak try tapi aku masih fikir ada lift tak nak bawa abah sampai ke atas tu kalau ada lift bagus la. Yela abah pon tak leh jalan guna wheelchair jela . Nak keluar dari kereta ke atas kerusi roda aku la yang angkatkan. Nampak tak muscle aku ni. Dah tak payah angkat besi yang tak dapat apa tu. Aku angkat abah aku. Ada aku kesah nak turun peranakan ke apa ke. Habehh tu sapa nak angkat . Mak? Jangan harap nak bagi mak angkat mak pon tak larat .. Tape anak mak walaupun perempuan . Cun la jugak tapi dia jaguh besi bahahha !

Esok adik exam. jadi aku lah yang bawa abah . Mak ikut lah lepas kitaorang bawa abah ke fisioterapi kami terus ke sunshine cari tempat yang dimaksudkan tu.  Esok bangun awal tapi aku belum tidur lagi hekhek. Tadi mak datang jenguk... aku gelak macam upin ipin jelah hahaha . mak nak suruh tidur awal esok nak pergi bawa abah . hehehe. alahai baju apa aku nak pakai senang aku nak angkat abah esok. Esok aku dah atur strategi. Sebelum ni kami tak bawa abah g fisioterapi yelah suh datang rumah je. Bila abah dah kuat sikit baru la bawa abah ke fisio bukan apa kami dah kali kedua dah,. sebelum ni aku tak tahu boleh tak angkat abah bila sekali aku dah try untuk mandikan abah. so aku yakin la... 

tu yang aku yakinkan mak tu aku boleh uruskan sendiri. start tu dah kali kedua la kalau kami pergi esok ke fisio. Ada pulak tak bagi kami masuk. Haritu kami silap kami ingat ok je. lepas balik abah tak leh pusing ke kanan sebab tangan dia sakit.. Kuang asam apa diorang buat esok aku nak mausk atau mak yang masuk skoden apa yang diorang buat ! Siap kauuu! Terbayang angin tiup aku angkat kain pelekat ... jalan dnegan gangster... hahahah tu gambar tamil .. aku slelau lah layan ... berdengung kepala aku ni.apa kau merepek ni!

Ha .. macam tu pon fitnah? apa aku nak smapaikan..ni .. Ha aku ada dengar dalam kalau dah jodoh .. ustaz kazim dan ustaz seorang lagi tu , aku lupa nama.. Contoh kalau sebelum ni ada orang cakap kita hitam... kalau lah terjadi kita mati ..dan forensik bedah siasat butir mayat kita bukan warna hitam tapi dark brown maksunya diorang selama ni fitnah kita. kalau kita ni tak gemuk... badan nampak gemuk.. tapi kalau kita timbang tak smapai pon mausk dalam kategori gemuk.. maksunya diorang dha fitnah kita .. walaupun benda tu remeh ..masyaALLAH! sangat keterlaluan.. betapa banyak kita fitnah orang...

aku kena ready untk esok ...

Segmen Link Blogwalking Dari Hari Ke Hari ! *KELABNS*

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !


Segmen Link Blogwalking Dari Hari Ke Hari ! *KELABNS*



Alhamdulillah terfikir satu segmen yang paling best ! Nil rajin blogwalking tapi orang tak datang pon umhuk , Sedeh ni ! Jadi Nil bina segmen ni untuk mudahkan Nil blogwalking blog korang . Jangan marah kalau blog korang Nil selalu masuk hehe , Kalau ramai Nil buat la schedule selang selang hehe.

Selain itu kebaikannya korang pon boleh blogwalking blog blog yang lain. Kalau nak mudahkan jum kita buat bloglist segmen Ni .. boleh la hari2 blogwalking tak payah nak klik klik dekat group nak cari.

Kalau nak ...buat entry segmen ni ye :) kemudian paste backlink Nil akan listkan blog-blog . Kemudian Nil akan siapkan dalam 1 entry untuk mudahkan kita blogwalking sama-sama . HEHE 

Jum tak rugi Join.. ada suprise . ! 

SYARAT

1.FOLLOW BLOG NS
2. BUAT ENTRY 
3.BACKLINK 


DONE !

Tak rugi kalau  ramai Nil BINA 1 group atau page :)
Follower bertuah ada ganjarannnya . :)

Lets join me.. Love u !

Cepat Join ada masa Nil terjah !


Monday, February 23

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com

Assalamualaikum 

lepak sambil Join.. jomlah



Nak join

http://myhoneyy.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway.html

1. Follow blog ini .
2. Buat satu entry di blog anda dengan meletakkan banner gambar di atas.  Lepas tu tulis apa saja ayat ringkas je. Contoh: 'Jom kawan-kawan.....join giveaway ni'. Linkkan banner tersebut di blog ini. 
3. Letakkan tajuk entry anda dengan perkataan : 1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com 
3. Bila dah selesai, tinggalkan link enrtry anda di ruangan komen blog ini.

MUDAH sangattt kannnn!!!!

Tarikh Penyertaan: 6-28 Februari 2015

Hanya seorang pemenang bertuah yang akan dipilih. Insha allah, next time kalau ada rezeki lagi hani akan buat giveaway dan pilih lagi ramaiiiii pemenang ok.

Uolss mesti nak tauuuu kan dapat hadiah apa kannnn....!!!!

Pemenang akan dipilih secara RANDOM.....dan akan menerima hadiah berupa KINETIC SAND.  
Boleh la bagi anak-anak uolls main pasir...tak perlu risau berkudis hehe....eh!mak ayah nak main pun boleh juga, kot la main kecik tak dapat main pasir sebab kena marah ngan mak pak kan, boleh la lepaskan gian :-P

Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.

Nak Join sila klik banner . Nil join...

Kasih Abah sampai ke syurga !

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Tenang hati ini disaat aku bersandar lembut di belakang abah.. sengaja hendak bermanja... pejam celik pejam celik.. sudah 2 bulan 18 hari abah terlantar sakit . Aku dah menulis tentang abah sejak mula sampai sekarang namun masih tidak disambung.. Sebabnya aku rasa lebih relax dan tenang dengan keadaan abah sekarang.

Abah sakit , daripada mula tidak bercakap sedikit pon alhamdulillah habis duit beribu-ribu demi ubatkan abah... pada mula abah kena kami dah tak fikir soal duit. biarlah ... makan ubi kayu sekalipun. Namun kami dapat tengok abah tersenyum...

Abah terkena strok tiba-tiba.. separuh badan tidak berdaya,, hanya tangisan menemani di saat kesunyian terasa,.. Emak lah yang paling jaguh dan tabah... Aku lah yang menjadi seorang perempuan yang sangat matured ketika itu sheingga sekarang... 

Syukur ALLAH masih sayang abah... tidak upaya melihat abah... mengerang kesakitan.. Entah kenapa..? Akulah sanggup mengangkat abah dengan daya kudrat yang aku ada,... tiap malam aku berjaga bersama emak.. bagi menadah muntah-muntah abah... hinggakan abah tiada isi yang hendak dimuntahkan.. alangkah kuatirnya kami... 

Setelah itu... abah .. tersedu.. penyakit sedu pulak adalah simptom strok.. sedu yang melampau.. sehinggakan muntah baru hilang... masyaALLAH .. aku berjaga 11malam hingga 4 pagi ada kalanya....wahai abah, tangisan aku tidak pernah berhenti ketika itu...

biarlah... kami jagakan... I love u my abah... ! sekarang abah semakin ok.. tapi kuat menangis, mungkin sedih,,, tabah ya...


Sunday, February 22

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Bismillahirrahmanirrahim


Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Jom Join !!!


Nil baru je join :)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

Suasana Kampung ku Yang sangat tenang :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)


Suasana Kampung ku Yang sangat tenang :)

Terasa damai hati ku kini , memandang pemandangan jauh indah nan permai. Sayup sayup mata mengintai tiupan angin menghembus lembut. Dedaunan melambai kesopanan sayup pada mata sentiasa berzikir kepada ALLAH yang satu ,

Betapa damainya hati di kala waktu petang menjelang tiba .. separuh matahari sudah hampir tenggelam. Tika itu aku dapat melihat keindahan alam ini. ALangkah sayunya alangkah hebatnya.

Aku sentiasa memuji kepadaNYA alangkah indah tempat tinggal ku ini. Kau beri yang terbaik untuk kami.. 



Temankan mak ke belakang rumah ambil daun pandan nampak kolam kat situ.. hehhee..



Ayam o ayam... hahahhaa dah macam nak menyanyi dah . Teringat dulu dulu punya lagu kan..
hensem tak ayam tu..



Ini lah pokok adik dan Nil tanam syukurlah ahhaha naik elok satu lagi dah habis ..




Hobi petang petang nak deco halaman depan. lama dah ksoong hehe sejak rumah siap hehe




Petang petang semua jiran keluar tengok monyet tengok pokok ditiup angin main badminton..



Ya... depan rumah Nil .. saja tengok atas . cantik dan sjeuk je pokok keliling rumah..

Tam Dan si Tuah Kuat possing , Kucing NS macam owner :)

Assalamualaikum !

Tengok ler si tuah dan si tam ni . Tuah tu yang putih tu sebenarnya tak lah putih sangat .. dia ni makan Qu puteh hahaha ! Tak lah . Si tuah ni dah lama dah . Dia ni kucing yang paling degil dan bising tapi cute dan manja yang over sangat,

Nil actually takot kucing. mula-mula ok la .. lama lama dah jemu . Si tam suka menangkap jadi bayanglah bila dia cuba menangkap kaki Nil yang sedang terbaring atau Nil tengah tidur,

sakit woooo! kalau tangan kita terkulai tengah tidur habislaa....
si Tam ni punya kerja tengok jelah cara dia possing nampak sangat nakal dan lincah,,,




Dia jelir kat korang la.. asam betul tengah snap terus jelir sengaja budak ni..


Nak diceritakn kes si tam ni . sebelum ni kami ada dua ekor kucing .. Si Tuah dan Tompok.. tapi tompok dah hilang tak balik.. jadi nak diceritakan si tuah memang tak ada geng ,... lepas tu .. si tam ni adalah anak kepada si tuah ni kira daddy dialah.. nampak sama besar kan.. lepas tu ibu dia bersalin bawah enjin van yang abah bawa dulu.. 

abah memang tak perasan kalau dah bawah van dekat enjin ini kerja ibu dialah.. dah tu.. ada 3 ekor kot.. seekor dah mati bawah tu dah penyet kena tayar ,, abah cakap abah undur kan van . dah lebih 30km dah abah pergi dengan van tu lepas singgah makan. undur van nak balik tengok je cermin sisi si tam ni jatuh. bawa balik bagi nil jaga....

last last tengoklah naisb dia yang lain dah mati..

Spagetti Adik untuk kakak :)

Assalamualaikum !

Spagetti Adik untuk kakak :)

My dear boyfriend buatkan untuk kakak dia yang comel ni. Yelah lepas habis spagetti yang nil update tu . Lebihan kuah diambil dan dijadikan pizza pulak hehehe . Yesss sempoi tak ?

Semua dia buat sendiri memang gebu sangat roti . Kak dia ni buat tak jadi sangat belajar dekat adik jelah. hehe baru form 1 kalau perempuan lain. Ni lelaki ahahhaha

nampak sangat kelemahanku. Kak dia tak terror baking ni ahaha masak ok la cehhh nak jugak







Tu bahan bahan bos suruh potong... cendawan dan hotdog untuk hasilkan kuah yang pekat..

Special Pizza buatan adik untuk kakaknya yang demuk ni :) HEHE

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !

Special Pizza buatan adik untuk kakaknya yang demuk ni :) HEHE

Hekhek !


Kenalah update kesian my babyboo tu dah buat kakak dia buat diam je. kena lah hargai adik yang rajin ni. Kak pon tolong k hahaha ! Kakak dia tolong makan je heehehe..

Dia ni memang suka buat .. kalau dah ada recipe memang jadi je sebab dia masak dengan relax je . Ini 4 hari lepas . alahai lupa nak ambil gambar kuih ketayap yang dia buat,





Ni semua bahan bahan kena potong ahahha bos suruh kena lah buat . kunk tolong makan memanng nak kena sebat la dengan adik bam bam aku ni.

Soup Mushroom And Bun Buatan Adik tersayang Dinner Tonight :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Soup Mushroom And Bun Buatan Adik tersayang Dinner Tonight :)

Tengs bucuk , Kak pon dah gemok ! Acanaer ni nak diet kalau dah rajin sangat masak. Asal adik masak selalu jadi ha? pelik bahahaha . Ceyh tanya kan. Kalau tangan jenis menaip ni lain dengan air tangan chef . Ceyh tak nak jadi chef , Nak jadi doktor. Untung la pesakit dpaat chef ni ..

Malam Ni. mak dengan Nil just tunggu je dekat meja . Tongkat dagu sambil kenyit kenyit mata.

"Apalah adik hang masak tu?" Mak juiih bibir ke arah adik tengah cedok soup dalam mangkuk hahaak.



Hahak tengok hasil yang putih melepak tu cehhh my adik ni memag teror bab ni . tapi kak dia je yang suka komen. Last last kena smackdown la hahaha macam mana tak gemuk dah ada orang yang suka mereka cipta ni hahaha !

Terbaik dik..

Saturday, February 21

Siapa Rasulullah ? Dari mana baginda ? Keturunan Baginda ? Isteri , sahabat baginda?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH !

Tiba-tiba sahaja aku rindu untuk mengingati rasululllah. Aku akui aku banyak lupa tentang biodata rasulullah saw. Mungkin kerana aku tak ambil berat. Kenal dan tahu berulang kali malah asyik leka dan terlupa serta alpa. Apa salahnya mengakui kita boleh mengenali rasulullah saw. Kita orang islam bukan pada nama. Bukan sekadar simpan angan-angan nak duduk di samping pesuruh ALLAH .

kadang kadang terfikir. Kenapa rasulullah ni terpilih untuk menjadi pesuruh ALLAH memang kita perlu tahu semua baru kita mencintai rasulullah . Tak ada sebab kita tak boleh tanya macam tu,. Tanya macam mana walau soalan bodoh yang pasti kita mahu kenali dan hafal serta jadikan rasulullah sebagai ayah kita sahabat kita di syurga kelak. 

Semestinya rasulullah memang baik beradap dan sopan serta sabar. Teringin nak tahu semuanya. APa rasulullah makan. Apa rasulullah buat. ketika makan. Ketika tidur , Bagaimana? Ketahuilah setiap perbuatan rasulullah semua nya dapat pahala. tak ada sia-sia. nak tahu dan kita ikuti walaupun tak smeua kita boleh buat, Nak mandi nak pakai kasut nak pakai baju. Semua mesti best kan ?

Wah nak sangat dicintai rasulullah dan ALLAH sangat mencintai kekasihnya rasulullah saw. Kita pon nak ! Tapi kita nak tahu bagaimana. 



Siapa Rasulullah ? Dari mana baginda ? Keturunan Baginda ? Isteri , sahabat baginda?

Banyak sangat kita tak tahu ni , Jum kita kenali Jum...

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. 

Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa remaja Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga Rencana utama: Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
• Safiyah binti Abdul Muthalib
• 'Atikah binti Abdul Muthalib
• Arwa binti Abdul Muthalib
• Umaimah binti Abdul Muthalib
• Barrah binti Abdul Muthalib
• Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan


Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Rasulullah S.A.W, antara ciri-ciri dan sifat-sifat mulianya.

Rupa bentuk Zahir Rasulullah S.A.W

Rupa paras Rasulullah S.A.W, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..

Rasulullah S.A.W  mempunyai janggut lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih.

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula.
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..

Penampilan Diri Rasulullah S.A.W

Penampilan Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan memendekkan misai.

Berdasarkan hadith yang menceritakan akan perlakuan Rasulullah S.A.W yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta iaitu Allah s.w.t

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Rasulullah S.A.W  berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah S.A.W itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka menbazir masa.

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.
Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda Rasullullah S.A.W tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W  terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi Allah S.W.T

Dakwah atau perbuatan membawa manusia kepada Allah S.W.T oleh Rasulullah S.A.W menjadi maksud dan tujuan kepada manusia seluruh alam,hingga ke akhir zaman.


Kurniaan Allah S.W. T kepada Rasulullah

Dalam riwayat , ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah S.W.T  sudah melantik Nabi Muhammad S.A.W menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..

Kemudian , ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Rasulullah S.A.W ,telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat.Nabi lahir dalam keadaan yang sudah dikhitankan dan dilahirkan juga dengan tali pusat yang sudah siap dipotong. Inilah kehebatan Rasulullah S.A.W yang menunjukkan kehebatan Allah S.WT.


Waktu zaman kanak-kanak Rasulullah S.A.W. jauh dari perkara-perkara yang tidak baik ,mendatang kerosakan dan dosa kerana dilindungi oleh Allah S.W.

Waktu kanak-kanaknya, ketika berjalan, awan akan mengikut Rasulullah S.A.W, 
Rasulullah S.A.W dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Rasulullah S.A.W  dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang. Lepas tu, apabila Rasulullah S.A.W bercakap, orang duduk jauh pun dapat mendengar.

Menurut riwayat Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam.Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. Dan lagi, sebagai tanda kemulian, Allah S.W.T tulis sifat anggota badan Rasulullah S.A.W  Al quran.

Menurut perawi Muslim pula, nama Rasulullah S.A.W  ,Muhammad SAW datang dari nama Allah S.W.T , Hamada (puji), yang mana sebelum itu tidak ada seorang pun yang terilham untuk menamakan anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah S.W.T yang simpan dalam sejarah ilham manusia. 

Rasulullah S.A.W, dapat menghafal al quran ,walaupun dia ialah seorang yang tidak pandai membaca dan menulis.Rasulullah S.A.W juga, boleh berdialog dengan makhluk yang lain seperti jin,haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.


Dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
• Pertama:  - Tahap pembinaan keyakinan dan iman.Membentuk kepercayaan manusia yang sempurna kepada penciptanya,Allah s.w.t.Bentuk manusia yang menyakini kepada penyembahan berhala ketika itu kepada menyakini kepada Allah s.w.t
• Kedua: Membawa manusia atau masyarakat untuk turut sama memikul kewajiban dakwah Islam,agar membentuk akidah semua manusia yang syirik kepada mentauhid Allah s.w.t,mempercayai Allah s.w.t ialah Tuhan manusia dan seluruh alam. Dan membentuk masyarakat manusia yang hidup dalam keadaan aman dan di redhai Allah s.w.t


Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan amalan islam di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah kerana perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Antara Kronologi perkembangan Rasulullah

• 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
• 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
• 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
• 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
• 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
• 621M- Baiat Aqabah 1
• 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
• 624M- Perang Badar.
• 625M- Perang Uhud.
• 627M- Perang Ahzab.
• 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
• 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
• 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
• 631M- Perang Tabuk.
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

Masih tak puas ? Jum baca kat sini ..

http://sunnahrasullah.blogspot.com/2010/03/siapa-nabi-muhammad-rasulullah.html

Nil pon takut kalau buat sendiri kunk maklumat salah habis Nil berdosa Ok jumm !
Tapi Nil copy ini sahih bestnya baca ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...