Monday, February 2

Aku Mahu seperti Dulu !

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Aku tak pernah menyalahkan qada dan qadar ALLAH swt . Tapi aku suka mempersoalkan bila aku terlupa. Aku tahu itu berdosa.

Tapi aku tak sanggup jika tiada lagi kegembiraan dari bibir abah ku. Dulu kita sama-sama berjalan. Kita sama sama tonton WWE . tapi sekarang abah tetap kaku di atas katil terbaring. hanya senyum hanya menyoal...

Walaau bibir tidak berupaya untuk bercakap. Nikmat yang dulu sudah tiada. Wahai abah akan aku jaga dirimu . Biarpun apa jua kesenangan semakin renggang dan hilang dari hidupku. Aku tahu ALLAH sayang kan kami. sayang kan aku . DIA beri semua ini bagi melupakan aku atas keputusan exam stpm. sehingga aku sibuk menjaga abah dan terlupa bagaimana aku menjawab soalan STPM.

Syukur alhamdulillah bila aku tahu . aku tak percaya. Namun sem 3 membuktikan bahawa ALLAH ingin membantu ku ingin yang terbaik untukk. 6A jelah terpampang. B dan 2 C+ . Syukur !

wahai abah , aku sebagai anak mu akan mengisi kekosongan dan ketidaktenteraman hatimu. AKU sanggup menjagamu hingaa akhir nafas mu. aku bantu ibu aku tahu ibu tak mampu jaga sorang.

Abah,... biar berakmu.. kencingmu semua hanya di dalam pampers. biar aku tadah biar aku basuh aku sanggup. Biar tengah malam aku berjaga menjaga sedumu yang tidak bisa hilang,

Wahai abah biar air mata ku menitik sekalipun. tapi kasih mu abah sampai ke syurga. Terima kasih ya ALLAH kau buat aku selalu bersama abah. picit abah... lap air mata abah. suapkan nestum susu dalam mulut abah... tadahkan muntah abah... berhari-hari...

aku tahan nangis walaupun abah nangis sebab tak mampu melihat anaknya menahan sisa muntah . menganggat biar sakit belakang...seorang wanita seperti aku.

aku sanggup biar retak tulang ku mengangkatmu.. walau aku tak berdaya.,ingatlah wahai abah selagi ada anakmu ini. akan ku cuba menjaga mu biar aku penat sekalipun kerana aku tahu syurga itu mahal..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...