Kayuh basikal boleh kurus tak ?

Saturday, February 28, 2015

Bismillahirrahmanirrahim ... assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh !

Hak hak ! Tak beli belah punya pertanyaan ! Nak kurus macam dulu balik ... ! Tengah fikir ni macam mana nak kurus ni ! serach macam macam dekat google . dah try dah minum air lepas tu tak larat ke toilet tapi lom nampak hasil, Aku dah try dah main badminton tapi agak slow la... memang sungsuh sungguh geram sangat baju cantik cantik dah tak boleh pakai. Merungut aku. Kasi tahu dekat mak kena balik dekat batang hidung hahhaa . Mak cakap 


"Tu la hang .. lain kali beli banyak banyak lagi tau moist kek .. haa seminggu 3 kali .."

Bahhahaha . Alahai ... pengsan kejap tak jadi nak bagitau . Last last mak cakap tu ok lah main badminton hari hari. Aku cuba dapatkan  respon mak bila aku nak cuba naik basikal pulak. Mak cakap nak beli ka? kalau nak beli 350 cam tu boleh la.. Hahhaa ! tak mau laaa banyak duit tu , boleh beli yang lebih penting . Takpalah aku guna basikal adik yang pendek tu .. kalori hilang lebih sikit sebab jenuh nak kayuh hekhek. Janganlah bayang basikal roda dua pulak hahaha !

Memang pon kalau makan manis manis kejap ja naik badan . Lagi lagi hantu kek macam aku ni payah oi nak turun. Dulu kemain muka cun lagi bola kurus. ala mix gitu bahahaha pasan bebeh! Ada aku cuba produk figure up ni sebab senior aku form six dulu ni dia makan tu la time belajar dulu ni makin hari main kurus dah slim dah skang ni ... tapi aku dengar diorang cakap bahaya. Lagi satu aku beli dah dua kali .. sekarang ni aku makan 3 biji cam tu lepastu aku tinggal balik . rugi lah 80rm kalau dah dua kali aku beli. takot la kalau kapsul .. takot sebab anak kawan mak ...dah kena sakit buah pinggang umur tua setahun dan tua 2 tahun ... abang dan adik dia. Sakit dua dua sekali. Kenapa eh ? makan apa eh ? mungkin pemakanan kot. Tulah bukan nak salah kat diorang tapi aku pon salahkan diri aku kalau aku ambil ubat yang pelik -pelik padahal banyak lagi cara nak kurus dengan lebih sihat tanpa penyakit dan lebih cun...



Percaya tak gambar aku dulu ? Nilah haa... entah lupa dah bila punya ... em ,.. Dulu kemain pakai shawl terletak je. sekarang semua ...tak terletak tak kemas je . Kalau kurus nak solat rasa ringan je hari hari beraura . hahaha sekarang aku makin blur sebab aku malas.. Tak syiokkk laaa ! dulu aku rajin .. ringan badan ringan tulang . Ni malas ni.. Kurus sebab banyak kebaikan .. kalau gemuk .. banyak penyakit suka demam.. Jauhkan pelik pelik. Tak nak lah tak ada penyakit cari penyakit nauzubillahminzalik... emm wallahualam..

Tengah google ni betul ke berbasikal boleh kurus . Hahah konon tadi petang nak berbasikal.. perghhh mimpi je ! Tidor la pelak... biasalah cuaca panas badan jadi letih sebab bangun awal... hadoiii ! macam macam bila dah gemukk....

Sebelum ni gi gym guna treadmil alhamdulillah tapi itulah tak kan nak naik moto 7km jauh kot bahaya ! kalau treadmil kat rumah best boleh la jogging dalam rumah jeee best orang tak nampak. Tapi tulah novel tak keluar . Takot juga rezeki ni.. boleh diambil bila bila masa tu yang tak nak berharap. Ada rezeki adalah dari ALLAH untuk aku.. insyaALLAH ...boleh beli letak kat rumah 1 tapi sementara nak lauching novel nanti perlu pakai cantek2 emm... nak lah kurusss ! Hukhukkkk nak!!

Nak tengoklah mana tahu ada motivasi untuk aku kurus dan yakinkan basikal boleh bantu walaupun KECIK hahaha basikal tu..

Ha ada pun !

image001

Dasyat budak ni kejap nak baca . betulke kayuh basikal... aah baca blog kevin tadi kesian dia namun dia boleh kenapa aku tak boleh . kalau dia 5x nasi ke 3x nasi .. ke 1x nasi .. aku dah la makan 1x nasi mesti kena jadi 0x nasi atau -nasi buat masa ni. Tapi kena lah ambil makanan yang ok dan sihat dan tak macam nasi ,. 

Jika anda ingin kuruskan badan dalam keadaan santai, anda boleh cuba senaman berbasikal. Setiap petang anda atau pada hujung minggu anda boleh berbasikal untuk bakar lemak – lemak di dalam badan.
Ketika berbasikal, anda sebenarnya menggunakan hampir keseluruhan badan anda untuk bergerak dan ia akan beri anda kelebihan dari segi membentuk tubuh badan dan membantu anda untuk membakar lemak – lemak di dalam badan dengan lebih pantas.
Untuk bantu anda kuruskan badan dengan mengayuh basikal, berikut saya senaraikan tip bagaimana hendak lakukannya.
  • Jika anda kayuh basikap pada setiap pertang, cuba kayuh sejauh 2KM sekurang – kurangnya.
  • Kayuh basikal dengan santai dan tidak perlu gopoh mengayuh basikal dengan terlalu laju.
  • Adakan trip berbasikal sejauh 10 KM sehingga 20 KM sekali sebulan atau seminggu sekali. Jika anda ingin berbasikal pada destinasi yang jauh pastikan anda sudah tetapkan laluan dan rancang perjalanan anda. Jangan lupa bawa bekalan air.
  • Sentiasa pastikan basikal anda berada dalam keadaan terbaik.
  • Untuk beri anda lebih cabaran ketika berbasikal, anda boleh cabar diri sendiri dan mencuba laluan – laluan yang mencabar ketika anda berbasikal.
  • Pastikan anda ada tenaga ketika hendak mulakan aktiviti berbasikal.
Gempak ;la pulak bukan apa aku cuma malu nak kayuh kat kampung t orang tengokkk Hukhuk . Nak kurus malu bukan penghalangg Yesss Try la esokkkkk tengok time orang tak ada hehhehe !




Awak dah komen ? Ok NIL balas

8 Cute visitor

  1. Nak kena kayuh basikal juga nampak gayanya ni... :)

    ReplyDelete
  2. Mmg boleh kurus..lagi2 kalau konsisten.
    Lagi satu senaman yg paling best untuk kecilkan punggung dan paha adalah lunges..mencabar sangat.. Good luck ye :)

    ReplyDelete
  3. boleh jugak . sebabnya , bukan senang nak kayuh basikal ni . cepat letih

    ReplyDelete
  4. Saya dah try kayuh basikal ni.. Memang betul2 turun. Dalam masa 2 bulan ja saya turun 5 kg. saya beli basikal senaman masa ada promotion haritu. Tips yang saya buat ialah kayuh 30 minit setiap hari dgn kelajuan 13 km/j. Confirm turun... X payah nak makan segala bagai supplement. Tapi pantangnya jangan makan nasi malam.

    ReplyDelete
  5. Good info. Untuk kesan yang lebih padat, pemakanan yang betul juga memberi sumbangan besar. Ditambah dengan workout, perghh! Boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

    >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<


    .

    ReplyDelete
  6. Baru cube berbasikal tp dalam taman dirumah jer..

    ReplyDelete
  7. Baru cube berbasikal tp dalam taman dirumah jer..

    ReplyDelete
  8. HAHA TU LAH PASAL KAYUH BASIKAL JA

    ReplyDelete

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^

Find us on Facebook

Popular Posts

LIKE NH FANPAGE