Tuesday, February 3

Tanda Syurga Itu Mahal wahai Gadis !

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Terdetik pula di hati nak menaip. Dah jam berapa maish berjaga? Novel - novel belum siap. InsyaALLAH esok siaplah tu. Semua ada hikmahnya. Kenapa syurga itu mahal ? Bagaimana kita nak rasa syurga itu mahal.

Nak dikatakan aku seorang yang baik tidak mungkin aku akui. tapi ALLAH itu maha besar maha mengetahui. Maha penyayang. Dia tahu segalanya. Dia menentuka siapa kita di dunia. Ujian yang DIA beri perlu disambut walau 1000 keluhan pun tapi tangan dan kaki tetap berjalan menempuhi dengan sabar !

YA ALLAH , aku sudah sedar aku tahu syurga itu mahal. Setelah kau menarik nikmat abah. Wahai sahabat, tahukan korang Nil sudah mula menempuhi ujian yang penuh berliku. Mungkin disangka Nil seorang malah mungkin ramai lagi.

Setelah ujian ini diberi dari Mu ya ALLAH aku sedar kau menyayangi hambamu ini. SELAGI hidayah itu datang maka ALLAH menyayangi kita.  Dia tahu kita sedang berfikir bagaimana aku mahu berbakti? bagaimana aku mahu masuk ke syurga? Nah! dia terus memberi. Disangka ini semua menyusahkan namun aku sudah faham. Semua ini memang susah namun ganjaran berlipat ganda,.

Beruntunglah orang yang mempunyai ibu bapa yang sakit. Sekali peluh nya menitik, lalu tangan kita ringan mengelap... pahala tidak terkira, Sekali ibu bapa lapar... tak berupaya untuk bercakap dan menyuap sendiri, Kita datang membawa mangkuk membawa pinggang... menyuap dengan penuh kasih sayang. Jika mereka sihat tak berpeluang kita menjaganya. ALLAH itu MAHA ADIL.

Mereka sakit . Kita menangis sedih sebak melihat keperitan, Entah berapa ganda ganjaran kita dapat. Kita terus bersujud memohon.

Ya allah ! Ya rabbi. Setelah abah jatuh sakit, baru aku tahu mahalnya syurga,. itulah yang acap kali aku cakap kepada emak. syurga mahal...

Kencing berak muntah semua di atas katil. Diangkatnya mandi setiap hari, alangkah indahnya syurga untuk kita yang menjaga orang tuanya. 

sYURGA  sesuai buat penghuninya terutama wanita yang menjaga maruahnya, kita tahu neraka banyak penghuni nya dari goolongan hawa. kita tidak mahu menjadi salah seorang. Jadi maruah dan malu itu penting,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...