Friday, March 13

Kaukah Jodoh ku ? Kau masih di dunia ? Atau kau sudah menunggu disana ?

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim wahai sahabat Nil tersayang

Wahai Jodohku aku perlukan pelengkap di hati pelengkap ke syurga bersama. Meski aku tahu bila tiba masanya kita kan bersatu, Adakah kau mampu menerima ku ? Kau mampu menjaga ku ? kau mampu menanggung dosaku ? Aku khuatir bila hari lafaz itu tiba. Wahai kasih jika kau ada di dunia aku menunggu. Adakah kau dekat di sisiku ? Dimana dikau wahai kasih, Adakah kau jua mencari cinta ILLahi sebelum menemuiku. 

berilah ku menjadi wanita yang baik


Sayang , aku titipkan tubuhku untuk kau dampingi . Aku titipkan halal dan sahnya kucupan ku di dahimu ,. Sayang kau jangan risau andai kau buatku, Ku sediakan maruah yang sempurna untukmu. Kita sama-sama bercinta kita sama sama kejar yang halal. Wahai kasih , pinanglah aku dengan bismillah. Aku tahu sepanjang hidup aku semuanya penuh dengan hamparan kesedihan. Kerana aku tahu suatu hari nanti kau kan terasa amat beruntung punyai bidadari sepertiku.. Surat untuk kekasih yang halal...

aku isterimu


Aku akan pastikan kau sangat bertuah punyai isteri yang selalu suci dan tanganku selalu basah menadah wuduk untuk kita dan keturunan kita, Wahai kasih aku mahu kau tahu dan yakin kau beruntung kerana aku bisa menjaga kau walau kau sakit. Kerana aku sudah melalui semua itu. Abah tersayang telah menerima sentuhan kasihku sebagai seorang anak. Aku rela aku tabah aku sabar dengan dugaan ini wahai kasih... Pasti kau tidak perlu risau kerana dikau juga akan menerima sentuhan kasihku tika kau sakit,, Sayang.. dengarlah bisikan ku dari jauh. Doalah kita agar kita bertemu walau kau dimana jua.. Aku tidak pasti kau dimana wahai jodohku Pasti aku menerima walau bagaimana pun engkau wahai jodoh jika betul hatiku sentiasa merindui mu,,, 

keluarga bahagia ke syurga


ALLAH itu kekasih yang abadi. Pasti DIA inginkan kebahagian untuk hambamu . Untukku... untuk KITA. ALLAH tidak pernah tidur. Allah maha pengampun. Bagaimanapun jahat mu sayang aku tetap terima.. kerana kita sama sahaja. Siapakah kamu ? Siapakah Jodohku..bagaimana rupamu ? adakah kau masih disini wahai cinta ku.. Cinta sejati hanya cintakan illahi, Cinta ayah bonda tulus suci selamanya. cintakan saudara masa berada hanya sementara. Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..


sentiasa beramal

pernah hatiku luka pedih kerana dicalari cinta penuh duri, lemas aku dalam dilema kata janji manis sendu tak bermakna... mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih,,, walau ke dasar lautan sanggup ku selami namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa kau sebutir pasir yang tak berharga,,,
demi cinta yang suci ku rela korbankan kepentingan diri... demi sinar bahagia ku hambarkan diri pada DIA yang Esa.. baru kini ku rasa nikmatnya cinta yang suci tidak sebanding cinta yang kau beri ranjau yang berduri aku tabah menempuhnya menunggu iman di dalam jiwa...

sibuk merindu makhluk yang tak halal untuk dirindui


pernah hati ini terguris dengan fitnah dan tohmah yang menghiris sehingga terasa diri ini hina kerna  tiada siapa yang sudi membela ku tabahkan hati harungi hidup biarpun tiada siapa yang menemani keseorangan aku di laluan sepi ditinggalkan mereka yang ku percayai. namun ku tahu ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri ku serahkan segala pada mu Tuhan yang berkuasa jua mencipta kerana engkau maha mengetahui segala apa yang terkubur di hati. ya ALLAH tidak ku terbayang lagi menahan dugaan yang mencabar ini terasa bagai noktah telah temui mengakhiri segala yang telah ku mulai ... ya allah engkaulah lindungilah aku.. bekalkan daku dengan limpahan iman.. agar ku tabah menghadapi dugaan agar tidak ku berhenti di pertengahan...

bantu orang miskin

AKU RELA DENGAN KEHIDUPANKU .. ANDAI ITU TAKDIRNYA KU TEMPUH DENGAN SABAR...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...