NILAM HIMAWARI DALAM UTUSAN MALAYSIA DALAM RUANGAN .COM CITRA ORANG MUDA - NILAM HIMAWARI

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, March 14

NILAM HIMAWARI DALAM UTUSAN MALAYSIA DALAM RUANGAN .COM CITRA ORANG MUDA

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim wahai sahabat Nil tersayang

Syukur Ya ALLAH , apabila hari ini 14 March 2015 menjadi hari yang sangat bahagia dan satu kepuasan bagi Nil. Rezeki ini lah yang dinamakan rezeki ALLAH yang tak terduga . Berita gembira untukku . Ya ALLAH syukur mungkin selama ini aku mula bertapak namun aku mula menulis dengan penuh ikhlas tidak mengharap perhatian atau junjungan oleh sesiapa namun ianya berlaku tiba-tiba tanpa aku duga. Dan akhirnya inilah hasilnya. Aku dihargai. Penulisanku dihargai. Syukurlah semua ini atas usaha selama ini sejak tahun 2009. 

Nil tak pernah mengharap yang lebih tapi setakat ni Nil sudah mengumpul kejayaan melalui dunia blog. Pada asalnya hanya nak luahkan isi hati . Tapi lama kelamaan Nil mula review para blogger . Kemudian bila ingat kembali penulis akan mati juga hanya tinggal penulisan untuk dimanfaatkan orang lain jadi Nil masukkun unsur islamik. Bukan apa Nil buat review, kan kalau kita bahagia kan orang lain. InsyaALLAH kita kan bahagia. Jadi Nil mula review para sahabat Nil tak anggap blogger tapi sebagai saudara Nil sendiri :)

InsyaALLAH jika sahabat baca ruangan yang ditulis oleh wartawan Tuan Dhiya Zulhimi mungkin korang tahu yang nil akan bertapak ke fasa baharu dengan keluarkan sebuah novel dan drama. Jadi InsyaALLAH tak lama lagi. Step by step . Rezeki ALLAH ada jika kita ingin dan kita usaha. Nak 1000 daya tak nak seribu dalih,. itu prinsip Nil sebab nil tahu dengan hidup Nil yang sederhana ni Nil mungkin perlu berusaha, Berkat usaha mak abah. kakak dan abang dah habis belajar. Nil pulak hanya tinggal adik masih bersekolah FORM1 .. AMIN ada rezeki tu. ALLAH MAHA PENYAYANG.. mohonlah sesuatu berazam lah. Itu lah yang Nil selalu harapkan walaupun hanya perkataan itu adalah doa. Wahai abah , Nil seronok bahagia bila pagi tadi Nil dapatkan surat khabar tu. Nil tunjuk pada abah yang sedang terlantar . Dia senyum bangga . HEHEHE my abah !!

Kalau abah macam dulu abah mesti tanya mak lebih 100 kali. Betulka ni ? HEHE abah... syukur ramai sokong Nil dekat facebook bila Nil upload . Ceritanya Nil terima email balasan dari wartawan Dhiya dan ingin interview Nil by phone. Sebab kami berjauhan. Gembira ! Syukur. Nil berdoa. Alhamdulillah tuan Dhiya terus mencatat perbualan Nil. Ketika itu Nil tengah drive bawak mak. Namun Tuan dhiya memahami. Walaupun terketar ketar cakap.. Terima kasih banyak

Abang wan Nil juga banyak membantu. Dialah yang membawa berita gembira . Semuanya dari ALLAH namun Abang wan diberi lintasan hati untuk memberi rezeki ALLAH pada Nil sikit. Syukur abang angkat Nil iaitu pelakon. Korang mesti kenal kan . Nanti beliau berlakon aku menteri dapur dan dalam drama yang bakal ditayangkan ramadhan ini. HEHHEIK . Rizalwan Ramli muka iras Awie.. Heheh nak kenal apa hubungan mereka sila kenali beliau hehe :) Baik sungguh abang wan dan kak ita isteri beliau. InsyaALLAH bila tiba hari itu Nil akan berkunjung ke sana amin...doakanlah,,

Aku dikhabarkan akan menerima berita ini pada hari ini. Apalagi pakailah segak segak hahakkk ! Terus bawa adik merempit lepas ke market beli ikan . Kahkahak, kelako peristiwa pagi tadi. Buka je paper tu senyuman terus tak hilang sampai sekarang. Hadoiyaii Nil Nil....

Lepas tu Broframestone juga tak lepas cerita pasal Nil. hari ini entry lain pulak. Haritu lain .. Ni sayang bro ni. Kemudian semua wish yang terbaik, Alhamdulillah..

Ni lah serba sedikit yang bro cakap pasal Nil. malu tauu . heheik ngada...!!

Kisah Novel dan Drama Tulisan Nilam Himawari Dalam Utusan Malaysia

Kisah Novel dan Drama Tulisan Nilam Himawari Dalam Utusan Malaysia

Seperti yang pernah Bro tuliskan tempoh hari tentang niat Nilam Himawari ingin jadi Novelis. Hari ini, kisah rakan blogger kita - Nilam Himawari telah dipaparkan dalam ruangan Blogger.com di Utusan Malaysia. Tentang apa ek? Yang itu, anda perlu dapatkan Utusan Malaysia edisi Sabtu 14 Mac 2015. Tapi yang ingin Bro kongsikan disini tentang Novel sulung tulisan beliau yang akan berada dipasaran pada pertengahan bulan terbitan Karytos Creative. Novel "Jejak Karmila" ini juga akan diadaptasi ke sebuah drama yang akan ditayangkan di TV3 hasil kerjasama dengan Rizalwan Ramli. Tahniah Bro ucapkan.

Nak baca lagi ? sini LInk ke blog bro



Serba sedikit catatan yang Nil boldkan untuk dibaca :)

Alhamdulillah takdir ALLAH untuk aku :)




Ha ni lah yang bro tulis jangan lupa visit bro ye .. Em macehhh ! 

Yang bawah ni pulak time umur nil 17 Tahun sekarang dah 20.. 3 tahun lepas la.. Ni dalam majalah remaja. Dan ada cerpen dalam majalah yezz.. Tapi dalam surat khabar paling Nil unbelievable hehe


Ni pulak Nil check twitter tadi perghhh ..
Emm malu lah Nil..


Ni pulak Bro tulis sebelum artikal tentang Nil keluar :)



Ha.. pagi tadi Muka berlagak cute hahaha , muka excited nak beli paper kahkaha.. semalam punya Inai hadoiii




Sekian sahaja Nil suka muahhh !

9 comments:

ammelia yusoff said...

hye Nil..hehe remember me? Dah lama sangat tak aktif blog tiba-tiba baca blog Nil dah siap masuk paper lagi. Tahniah Nil.

emalinmohd said...

Tahniah nil! Semoga kejayaan milik nil..

Liyliz said...

taniah taniah .. usaha tangga kerjayaan.. nk berjaya bkn senang
dan by hope awaa buang la code nk komen leceh pula nk komen kere verify dl kkdg2 code nya susah nk baca

Nilam syapina said...

@ammelia yusoff tengs kak :) heheik...yeyy lama tak baca kak ..lost cntct kita

Nilam syapina said...

@emalinmohd amin kak tq tauu

Nilam syapina said...

@Liyliz ehh yaka tak pasan laaa adoii

Kisahati Wanie said...

Wahh..hebatnye awak..tahniah ye..inpired! eh, kat mana nak follow?

Firzanah Azhar said...

wah tahniah kak :)

Firzanah Azhar said...
This comment has been removed by the author.

Post Top Ad

Responsive Ads Here