Thursday, March 12

Teruja !! BroFramestone Otai dan Seorang Blogger Hebat Interview Nil :)

Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum

Dengan penuh rasa syukur dan rasa ringannya jari menaip Nil ucapkan berbanyak terima kasih kepada broframestone kita sebab sudi interview Nil walaupun secara tak formal ye dan sudi review nil di ruangan Bro ! Hye bro tolong masak ? Hahaha eh tak sebab nil teringat satu rancangan tv tu hahak. Dalam ruangan khas , Blog retis. Syukur pada ALLAH sebab detikkan hati Bro untuk Tulis tentang Nil.

Nil sebenarnya dah lama kenal bro cuma tak tahu je nama penuh asik bro je. Nil kenal dah brapa tahun lepas bermula di twitter daripada bro tak kahwin sampai ada baby cute ! Hehehe . Olo geram tengok. Nil pon ada juga skoden skoden bro kadang kadang masuk dalam tivi. Macam macamlah Nil tengok. Nampak je silent blogger padahal masyukk je... Best Bro ni. 

Sebeleum ni ada tengok bro busy buat event dengan blogger , Malangnya Nil jauh kalau boleh nak sahut je. Nak buat macam mana Nilah namanya sahabat alam maya. Tak terlepas kita mengenali seseorang syukurlah ada laman maya ni . Boleh chit chat cakap dalam hati.. Gelak kuat kuat. WALAUpun utara selatan timur barat hahaha!

Terkejut pulak nil bila tengok satu link yang dipingkan ke satu group sahabat blogger tak salah Nil.. mengenai Nil pulak tuu... Ya ALLAH terima kasih hargai usaha dan kejayaan nil yang tak seberapa ni. Nil pon sebenarnya semakin lama Nil terbang semakin tinggi Nil kat atas.. Nil gayat tengok bawah gayat dengan segala yang bakal datang lepas ni. Gayat dengan dosa dosa yang akan datang. MasyaALLAH moga aku lebih jauh pergi.. Semoga aku lebih kebal dan penuh dengan ilmu islam untuk ke akhirat sekali.

AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

aku takut andai hari esok bukan untuk aku,. AKU nak tinggalkan ilmu yang bermanfaat untuk dikenang bukan sekadar diri dan rupa serta kejayaan yang tak seberapa ni. Tapi aku bersyukur ramai yang masih lihat dan bagi sokongan pada aku. Kadang-kadang aku tahu blogger lain pon terhalang .untuk menjadi seorang blogger . niat yang lebih jauh tu semakin menakutkan. Emak nil pon risau dengan kejayaan Nil dalam bidang yang macam ni. entahlah semoga ALLAH sentiasa merahmati dan berkati usaha dan kehidupan aku selagi aku ada di atas landasan yang sebetulnya.

sebelum tu Nil ada copy atau prt scr kata kata bro untuk Nil... benda ni bukan senang jadi kena lah prt banyak banyak. Haaaa... bukan senang orang nak kenang usaha dan kejayaan kita... 







Tengok yang atas nilah yang bro share ke group. 
Mata jadi SPringg Toinkk ! Toinkk..

BRO - Blog Retis Official

Drama dari Novel Tulisan Blogger Nilam Himawari

Ikutkan, dah lama Bro tahu tentang impian blogger Nilam Himawari untuk menulis novel. Baru-baru ini terima berita gembira dari beliau, bahawa novel sulung beliau akan dilancarkan bulan ini. Tahniah Bro ucapkan. Insya'lah sewaktu novel beliau dilancarkan nanti, ianya akan dikongsikan di blog ini. Paling menarik, novelnya juga bakal didramakan. Wah....!!! Terima kasih Bro ucapkan kepada Nilam Himawari kerana sudi ditemubual oleh Bro untuk dimasukan dalam BRO - Blog Retis Official. Bicara Bro : Kena mana Bro simpan draft penulisan Bro sejak tahun 2011? Sampai la nie, tak siap-siap lagi buku penulisan Bro T-T



Ingatlah kemana pun kita pangkat mana besar pun kita .. Jangan kita angkat tinggi hidung kita . Hidung nil memang macam tu k jangan salahkan bahahaha! jangan samakan tauuu!

Kita tetap sama. Hensem mana pun kita cantik mana pun kita. Sama-sama kita sehati sejiwa. Kalau nak sombong tak guna sebab kita pon tak pasti kita ni ahli syurga ke neraka. MasyaALLAH . sombong tak dapat apa lainlah jenazah kita boleh jatuh tergolek dikambus sendiri. janganlah buat dosa banyak-banyak.. Kesian orang yang nak mandikan kan kita kafankan kita. Biar jenazah kita sneyum je . Bagi orang yang urus tu rasa tenang je...

Ingatlah ... 

AKU takutt pandang kebawah Gayat!!

Nantikan Nil dalam Utusan Malaysia 14March Sabtu Ini 2015. Dalam ruangan COM
Cita Orang Muda InsyaALLAH ..

3 comments:

Aku Penghibur said...

tahniah nil

Bro Framestone said...

Wah... untungnya.. keluar akhbar bgtau ek

kamil salleh said...

Tahniah Nil.... bukan senang boleh masuk paper dan ditemuramah oleh blogger otai Brofrematone. Moga Nil berjaya dalam penulisan blog dan novel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...