Friday, 3 April 2015

Artikel Penuh Saat-saat Bersama Abah Sehingga Hari ini :) Sayang...

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim wahai sahabat Nil tersayang

Hari-Hari yang penuh bermakna bersama abah merawat abah bersama. Abah tiba-tiba jatuh sakit.Semalam masih boleh bergelak ketawa. Sejak 9 December 2014 Sehingga 3 April 2015. Cukup 5 bulan pada 9 April 2015 ini abah terlantar sakit . Sejak dari awal tragedi berlaku, air mata tak henti daripada terus mengalir. Walau saat tidur saat memandang.. saat tanganku menyuap.. Semua itu terasa. Erti kesabaran aku tempuhi. Ya allah sembuhkanlah abah aku.

Tahun lepas , betullah orang cakap tak pasti kita bagaiamana tahun ini. Raya kita lain dari tahun yang lain. Bila aku fikir aku beruntung abah bersama aku lagi. Aku dapat memandang aku dapat menyuap aku dapat menari bersama lagi,. bergelak ketawa tonton wwe bersama.. syukur.

Aku beruntung. Kerana sejak abah sakit aku boleh suapkan abah dan dekati dan bersembang selalu. Biasalah abah kita mesti dulu kita agak rapat dengan mak. Tapi sekarang semua sekejap sahaja. sekelip mata . Daripada abah tak boleh makan.. sampai sekarang abah dah boleh.. daripada perlu suap dnegan sudu platik.. sekarang dah boleh sudu besi. Syukur ! Beruntung :)

Tadi pagi... "Beli ar... beli arrr". pandai dah abah.. boleh cakap dah..

Aku - beli apa ?

Ayaq... qrrr ..

Ayaqqq apa ? 

Orenn ar....

Aku pon mandi terus beli air oren hahaha lawak la abah ni.. Comel !

14 Januari 2015

Aku masih ingat peristiwa malam itu.. 9 hb malam 11.oo malam.. di airport penang aku sebagai staf penang delight , entah kenapa hari itu aku menjadi begitu resah. bagai ada sesuatu yang bakal berlaku. naluri hati aku begitu kuat meronta. namun aku cuba kuatkan.. untuk terus bekerja.. lagi beberapa jam lagi untuk aku pulang.. baru cukup 10 hari pada hari itu aku mula bekerja dan diterima di situ. syukur alhamdulillah aku bersyukur..

abah pernah cakap... dekat mak " Nah , nanti kita p melawat pina kerja kat sana k" panggiilan manja aku dkeat rumah :)

namun kata kata itu hanya menjadi angan angan tanpa kenyataan lagi.. aku tengok jam di tangan. dah hampir waktu balik. entah kenapa selama aku bekerja di situ walaupun septautnya aku sebagai pekerja baru aku perlu dapatkan nombor fon staf yang lain.. tiba tiba sahaja aku dpaatkan resit ksoong dalam bakul sampah di kaunter cashier aku.. dan terus bawa sebatang pen ke arah kawan baru aku di belakang.. aku terus segera mencatat nnombor fon kedua staf yang sedang bekerja satu shift dengan aku.

bagaikan ada sesuatu yang menyuruh aku agar segera .. mengambil nombor fon jika berlaku sesuatu..

dah cukup waktu.. aku terus tersneyum 10 malam.. waktu kerja sudah tamat... selalu aku naik moto je ke tempat kerja. ,memandangkan aku perempuan.. ke airport 14 km. better aku naik bas rapid sahaja.namun kerisauan mak aku ada hikmah.. selepas apa yang berlaku pada abah.. aku dah stop.. mak pon dah tak risau..

terus aku ke centre perfume untuk punch card.. dengan orang yang sedang berpusu pusu naik flight... aku terus gapai beg dan punch card.. terus ucap byye kepada semua. lalu aku terus ke station bas.. selepas buat spotcheck bag pada manager.. rupanya itu hari pertama aku bekerja shifht malam...

bergegas aku sebaik nampak bas... naik terus .. sebaik melihat nombor laluan milik laluan yg speatutnya aku naik..

ya ? 2rm ya ? terus aku bayar dan naik terus ke kerusi belakang.. dnegan lagaknya aku duduk.. bedal habis kerusi penat sangat... nasib orang tak nampak.. dalam fikiran aku..

"kalau jadi apa-apa... oklah aku tidur lewat pon takpa"

hati aku cakap sebegitu entah kenapa... aku sendiri pon tak perasaan di sbealik makna tu...

sampai sahaja di station bus rapid.. aku turun naik moto yang aku parking petang tadi sebelum naik bas ke tempat kerja..  aku terus naik moto 10.50 malam... terus ke rumah dnegan lajunya aku bawa... sampai sahaja di laluan rumah..

ambulan ???? aku tengok katil dari pintu rumah.. aku berhentikan moto depan ambulan yang tutup jalan untuk aku terus ke depan rumah...

adakah adik ? sebab adik dah demam seminggu ? adakah nenek ? siapa tu ?? abah ?? tangan terkulai ?? tak boleh cakap dah ???

semalam baru je kita tengok wwe sama sama... aku nak abah yang dulu !!!!! bersambung :)

24 Januari 2015

sesungguhnya manusia yang rugi adalah mereka yang selalu kedekut dnegan rezeki yang diberikan kepada mereka - apa salahnya menolong orang lain

sambungan hari itu... 

selepas sahaja ambulan datang . aku masih kaku di depan jalan rumah menutup laluan ambulan. selepas sahaja abah diangkat masuk ke dalam van ambulan. aku terus bergerak ke tepi.. enjin moto masih belom aku matikan. aku hanya kaku melihat jiran datang tolong. mak hanya tersneyum. aku faham hati mak sebenarnya mak takut aku panik,.

ternyata sememangnya aku faham mak lagi panik dan berdebar daripada aku, disebabkan aku masih lagi bercelaru dengan uniform kerja baru balik jam 11 malam. mak terpaksa lemparkan sneyuman yang amat menenangkan supaya aku turut tidak sedih. manalah aku nak sedih aku masih terkejut dalam masa yang sama aku teringatkan mak yang agak bingung dan mungkin letih. ya mak baru je balik kerja. darah tinggi pon ada naik tinggi . aduii . 

ketika itu, aku cuba paksa diri agar lebih steady agar aku dapat tenangkan mak dan adik. pada ketika itu. aku cuba kuatkan semangat tak mahu jadikan air mata aku adalah benda yang paling mudah untuk mengalir. 
selepas sahaja adik naik dalam ambulan temankan abah sekejap. aku terus di lambai emak. aku hidupkan smeula enjin naik kembali atas jalan sebab tadi aku bagi laluan untuk ambulan.

mak lambai tangan pada aku dilihat jiran. aku terus dipanggil masuk.. jum jum.. jiran cakap rileks baru balik kerja. aku tak dapat sneyum tatkala itu. aku dari tadi terus soal mak...

"kenapa ni mak ? awat ni mak"

ituje tanpa henti. mak hanya tenang. mak cakap masuk dulu. duduk dulu. abah ok takpa..  mak pon duduk depan aku. abah tadi... mak baru balik kerja. adik dalam bilik. tadi kami baru pergi makan sama-sama.  lepas tu , adik cakap. abah masuk dalam bilik adik dia tengok cermin dan pegang wajah dia. rasa semacam agaknya , kemudian air liur terus meleleh... badannya terkulai sebelah kanan nasib ada dinding dan adik terus cempung abah.

mak takut abah hypo . terus mak suap madu selepas adik panggil mak dalam bilik. mak tertidur baru balik kerja. kata mak. patotlah dalam hati aku.... sebab dari tadi time aku pulang dari kerja aku dapat rasa ada sesuatu.

terus mak telefon ambulan. malam tu.  kemudian aku bergegas naik kereta dengan mak ke emergency ward. masyaALLAH ! ketika itu aku menangis sebak dan kuat di dalam dada. aku kenal abah, abah seorang yang takut darah. malam tu. aku hanya intai dari luar. aku tak sanggup bila abah tengok aku.. bila aku dengar diorang cuba masukkan tiub dekat hidung... masyaALLAH .. abah terketar-ketar...

"abah bertahanlah abah.." aku sanggup ketepikan keletihan aku... bayanglah baru balik kerja jam 11 malam sampai rumah. terus esok aku kol untuk hantar surat resign. baru 10 hari aku dapat kerja di airport. smeua di atur. ada hikmah.

aku dibenarkan masuk . aku pegang tangan abah. sejuk.. abah hanya pandang depan dia tak nampak aku. mungkin kesan..... aku cuba untuk kesat air mata ... tak nak nurse di situ nampak.. aku tahan sebab mak,,, tengah pandang aku... aku nak abah yang dulu....

hari demi hari....- sambung-



28 Januari 2015

sambungan part 2 tempoh hari. aku bukan menagih simpati sesiapa . bagi aku ini cerita milik aku. tetapi aku tersenyum apabila ada yang mahu aku teruskan cerita sehingga ke part 3

Abah ! kerana abah lah aku menjadi wanita yang berjaya. budak yang berjaya . budak yang payah untuk bercinta. kerana apa? aku takut kalau kalau aku cuba menyumbang dosa pada abah.

lepas abah tiada respon.. ya .. abah sudah tidur rupanya.. tidur lah abah.. pina kat sini teman abah.. berderai air mata aku pada waktu itu . nurse menghalang agar aku tunggu kat situ namun aku masih berdegil aku genggam tangan abah... ya sejuk sangat hilang rasa penat dan letih baru balik kerja... aku cuba kuatkan semangat tak mahu mak nampak kesedihan dan air yang bertakung dalam kelopak mata aku..

sabar ya pina.. kau boleh!!

diorang terus terburu buru nak bawa abah ke hospital tanjung GH ,.. katanya nak scan kalau strok berdarah... ya ALLAH ... mak terus naik ke dalam ambulan.. aku tenangkan mak..

takpa mak.. pergila... naik jangan fikir banyak k.. dalam hati aku risau mak ada darah tinggi mak pun baru je balik kerja kilang... pina boleh jaga tok... jaga adik...  terus salam mak.. mak pun naik.. adik di sebelah cukup tenang dia.. aku cuba gelakkan dia... dia lah yang paling rapat dengan abah

aku lambai mak dari luar... entah nampak ke tidak.. dalam hati aku... moga abah .. baik2 saja.. 
aku terus pimpin tangan adik aku yang form 1. kami terus ke kereta aku drive pulang.. sampai saja kat rumah aku tengokkan nenek aku .. nenek aku buta sudah 20 tahun bermula umur aku..

aku terus packing barang mana tahu abah kena tahan.. aku relax kan diri,, terus dihamparkan sejadah.. solat hajat berdua, doakan agar abah strok biasa..

lepas dah sudah . mak telefon mak cakap  tengah balik. sebab scan strok biasa,, dalam hati syukurlah mak.. kita tak susah ulang alik jaga abah...

pagi itu juga selepas mak.. cakap diorang dah letak abah dekat wad..
aku datang.. namun bergaduh sekejap dengan guard sorang yang halang aku dari masuk. bebal aku.. bila dah dapat aku suruh mak balik biar aku jaga abah.. namun hati siapa boleh tahan.. ketika tangan aku menyentuh dahi abah... suapkan air,,, ke mulut namun mulutnya... minum sikit sahaja... keluar balik mengalir di tebing mulut... sekali lagi air mata aku turun.. sambil dilihat katil sebelah

namun aku kesat.... tak boleh tahan.. dan dalam masa yang sama .. tak boleh aku halang daripada dilihat orang... abah lapar dia pandang aku sayu... tangan aku tak henti picit namun tak henti juga aku menangis...

ALLAH !!!!!!

bersambung....

2 Februari 2015 

Aku tak pernah menyalahkan qada dan qadar ALLAH swt . Tapi aku suka mempersoalkan bila aku terlupa. Aku tahu itu berdosa.

Tapi aku tak sanggup jika tiada lagi kegembiraan dari bibir abah ku. Dulu kita sama-sama berjalan. Kita sama sama tonton WWE . tapi sekarang abah tetap kaku di atas katil terbaring. hanya senyum hanya menyoal...

Walaau bibir tidak berupaya untuk bercakap. Nikmat yang dulu sudah tiada. Wahai abah akan aku jaga dirimu . Biarpun apa jua kesenangan semakin renggang dan hilang dari hidupku. Aku tahu ALLAH sayang kan kami. sayang kan aku . DIA beri semua ini bagi melupakan aku atas keputusan exam stpm. sehingga aku sibuk menjaga abah dan terlupa bagaimana aku menjawab soalan STPM.

Syukur alhamdulillah bila aku tahu . aku tak percaya. Namun sem 3 membuktikan bahawa ALLAH ingin membantu ku ingin yang terbaik untukk. 6A jelah terpampang. B dan 2 C+ . Syukur !

wahai abah , aku sebagai anak mu akan mengisi kekosongan dan ketidaktenteraman hatimu. AKU sanggup menjagamu hingaa akhir nafas mu. aku bantu ibu aku tahu ibu tak mampu jaga sorang.

Abah,... biar berakmu.. kencingmu semua hanya di dalam pampers. biar aku tadah biar aku basuh aku sanggup. Biar tengah malam aku berjaga menjaga sedumu yang tidak bisa hilang,

Wahai abah biar air mata ku menitik sekalipun. tapi kasih mu abah sampai ke syurga. Terima kasih ya ALLAH kau buat aku selalu bersama abah. picit abah... lap air mata abah. suapkan nestum susu dalam mulut abah... tadahkan muntah abah... berhari-hari...

aku tahan nangis walaupun abah nangis sebab tak mampu melihat anaknya menahan sisa muntah . menganggat biar sakit belakang...seorang wanita seperti aku.

aku sanggup biar retak tulang ku mengangkatmu.. walau aku tak berdaya.,ingatlah wahai abah selagi ada anakmu ini. akan ku cuba menjaga mu biar aku penat sekalipun kerana aku tahu syurga itu mahal..

23 Februari 2015


Tenang hati ini disaat aku bersandar lembut di belakang abah.. sengaja hendak bermanja... pejam celik pejam celik.. sudah 2 bulan 18 hari abah terlantar sakit . Aku dah menulis tentang abah sejak mula sampai sekarang namun masih tidak disambung.. Sebabnya aku rasa lebih relax dan tenang dengan keadaan abah sekarang.

Abah sakit , daripada mula tidak bercakap sedikit pon alhamdulillah habis duit beribu-ribu demi ubatkan abah... pada mula abah kena kami dah tak fikir soal duit. biarlah ... makan ubi kayu sekalipun. Namun kami dapat tengok abah tersenyum...

Abah terkena strok tiba-tiba.. separuh badan tidak berdaya,, hanya tangisan menemani di saat kesunyian terasa,.. Emak lah yang paling jaguh dan tabah... Aku lah yang menjadi seorang perempuan yang sangat matured ketika itu sheingga sekarang... 

Syukur ALLAH masih sayang abah... tidak upaya melihat abah... mengerang kesakitan.. Entah kenapa..? Akulah sanggup mengangkat abah dengan daya kudrat yang aku ada,... tiap malam aku berjaga bersama emak.. bagi menadah muntah-muntah abah... hinggakan abah tiada isi yang hendak dimuntahkan.. alangkah kuatirnya kami... 

Setelah itu... abah .. tersedu.. penyakit sedu pulak adalah simptom strok.. sedu yang melampau.. sehinggakan muntah baru hilang... masyaALLAH .. aku berjaga 11malam hingga 4 pagi ada kalanya....wahai abah, tangisan aku tidak pernah berhenti ketika itu...

biarlah... kami jagakan... I love u my abah... ! sekarang abah semakin ok.. tapi kuat menangis, mungkin sedih,,, tabah ya...






No comments:

Post a Comment

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^