DOSA ATAU VIDEO SENSASI DAN GAMBAR SENSASI YANG JADI VIRAL ?

Thursday, April 02, 2015

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim wahai sahabat Nil tersayang



Upload 1 gambar sensasi, Gosip sensaSi, Video sensasi, 

Tapi kita belum tahu siapa betul siapa salah. Contoh bagi video amukan gadis myvi tu. 


Hari ini - video itu mengatakan bahawa gadis itu salah , 
Ramai komen kemudian kawan-kawan kita di fb nampak diorang pun komen (VIRAL) tanggung dosa orang yang sambut di bawah akibat komen dan like kita. Tak perasaan Dosa sedang viral juga 

Esok - Video dan gambar itu mengatakan driver itu pula salah. Benda yang sama berlaku kita komen pula padahal kita tak ada dekat situ. Dosa Fitnah lagi. Bila orang bawah nampak dia sambut daripada komen kita kat situ. Jadi VIRAL kalau 2000 orang kita tanggung dosa Fitnah tadi, 

Lusa- Pemandu teksi dedahkan angkara sebenar 

The conclusion here - TAK TAHU SIAPA YANG BETUL DAN SALAH. SO JANGAN BUAT TAHU . tak pasal DOSA ANDA JADI VIRAL



Memang mudah menyebar maklumat. Hanya dengan satu jari menekan butang share di dalam Facebook, ia boleh dikongsi dengan ratusan malahan ribuan pembaca yang lain. Soalnya, pernahkah kita berfikir sejenak tentang kesan daripada penyebaran atau perkongsian yang kita lakukan itu. Namun dek terlalu ghairah, tanpa disedari ramai yang terlibat dalam menyebar fitnah siber ini.

 Bagi wartawan profesional, setiap berita yang diterima akan dipastikan kesahihannya daripada pelbagai sumber sebelum diterbitkan. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujurat: 6). Pengajaran dari ayat ini, hendaklah kita berhati-hati ketika menerima sesuatu berita dan mengkajinya kesahihannya sama ada ia berita yang benar atau satu fitnah. 

Sekiranya kita menerima sesuatu berita secara bulat-bulat tanpa usul periksa nescaya ia akan memudaratkan masyarakat Islam. Fitnah siber ini juga tidak mengenal mangsa apabila bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi mangsa fitnah. Berita menerusi Internet pada 18 Julai lalu mengatakan Mursyidul Am Pas itu meninggal dunia yang kemudiannya dinafikan oleh bekas Setiausaha Akhbarnya, Fadhli Shaari. 
Jangan Klik bahaya

Bagi golongan wartawan profesional, mereka mematuhi etika kewartawanan yang antara lain melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar; menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama; membetulkan maklumat tersiar jika didapati tidak benar dan menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. 




Dalam sejarah Islam, penyebaran fitnah itu turut berlaku ke atas baginda SAW. Ini apabila isteri Nabi SAW, Saidatina Aisyah difitnah melakukan perbuatan sumbang. 
Jangan Klik bahaya

Klik Read :_

Awak dah komen ? Ok NIL balas

0 Cute visitor

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^

Find us on Facebook

Popular Posts

LIKE NH FANPAGE