Kulit Muka Glowing Hanya dengan ICE CUBE setelah Touch Up , MakeUP

Friday, May 22, 2015

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ais ? Ais Cube ? Tak kisah la besar mana pun ais tu , Air ais pon boleh . Kegunaan ais sebelum kenakan sebarang makeup atau touch up pada wajah adalah sangat diperlukan sekiranya korang nak makeup korang nampak flawless glowing , tak berpeluh dan tak pudar. Bila kita gunakan ais pada muka , kulit muka akan kelihatan segar terasa sangatlah sejuk. Nil lama dah tak buat sebelum ni , kalau nak makeup Nil akan ambil span Nil kedap pada botol air yang Nil letak dalam peti ais khas. Ataupun ambil ketul ais kenakan pada span. ataupun rendam span dalam bekas yang ada ais tu ,. Air ais pon ok. Perah sikit. Gunalah suka hati foundation ke pada span atau bedak compact seperti miyami. 

Nak tahu blogger mana yang selalu guna tips ni , cantik gila... Baca habis baru korang tahu siapa


Tapi tak bagus kalau bedak compact kita basahkan dan kedap pada muka. Kerana akan masuk di celah celah pori terbuka. Kulit tak cantik. Guna foundation is better than bedak compact. Nak guna, boleh tapi atas dan lapisan seterusnya setelah foundation. Tak nak pon its ok. 

Bila kita kenakan ais automatik, bedak yang dikedap pada wajah terasa fixed dan selesa. Bola mata dan bentuk mata jelas kelihatan segar. Entah lah macam ajaib sangat.

Sometimes, yang mekap pengantin pon guna benda ni , untuk pastikan mekap tu menjadi. Boleh tutup ruang wajah yang agak kedut.

Nilah blogger tersebut Klik Link kalau nak baca ,,, Tips beliau. Cantikkan



http://zoeyzauyah.blogspot.com/2012/04/tips-nak-bagi-mekap-tahan-lama-cara.html

Berikut  beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:

1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.  Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Nampak tak fakta Tu , Dah percaya Lepas ni kalau makeup buat macam ni , bagitahu Nil ok mana tahu boleh review :)  Tengs . Nak copy boleh je. Jangan lupa bagitahu dan creditkan




Awak dah komen ? Ok NIL balas

11 Cute visitor

  1. part nak rehatkan mata CT pernah baca..
    tapi yang untuk mekap.. this is new ahak ahak..
    tp CT ni nak tepek mekap pun malas..

    ReplyDelete
  2. Saya pernah tengok mak andam letak ice batu pada muka kawan saya masa dia kawen... Muka kawan saya masa tu mmg jadi muka Sofea Jane... cantik sangat... Tak sangka jumpa lak article ni...

    ReplyDelete
  3. Wow, keren nih tipsnya untuk bikin kulit muka glowing menggunakan ice cube.. Tapi btw, kalo kulit sensitif gimana ya kalo kena es macam gitu..

    ReplyDelete
  4. @[02231078120248930777:4] siti yang menaip - ahhaha takpe ni untuk keselamatan dari bahan kimia

    ReplyDelete
  5. wawa

    Heheeik sebab nil pernah buat kak

    ReplyDelete
  6. Distributor - kalau sensitif , tak boleh kena ais ke ?

    ReplyDelete
  7. @WaWa

    hehehe. yeke kak.. guna bagus ni

    ReplyDelete
  8. hehe..sy selalu jgk guna ais batu pagi2 sbelum ltak mekap..mmg tahan lama mekap tu..dan mmg lain kalu x letak ais..

    ReplyDelete

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^

Find us on Facebook

Popular Posts

LIKE NH FANPAGE