Friday, 22 May 2015

Kurus Dengan Minum Air 3 Liter sehari walaupun Lambat Still ambil Nasi ? woww

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Sebenarnya benda ni memang betul pon , kadang kadang kita ni kena beli suatu produk dulu. Tapi korang mesti perasan punya kalau beli apa sahaja produk kurus mesti syaratnya kena minum dan bedal 3 liter air atau 2 liter air sehari . Atau dua kali sehari bagi yang sanggup dan mampu. Hemmm. Kenapa ya ? Tahukan korang bila minum air dan kita buang air kecil sebanyak 10 x sehari mampu turunkan 1 kg sehari :) Pelikkan .. Haha kadang kadang macam tak logik sebab kalau minum air 1 kg.. Mesti buang balik still sama. Mungkin cuci balik toksik Kot .Ok kemudian air ni bagus boleh cerahkan kulit. Kemudian muka jadi glowing je. Boleh bayangkan tak bila minum air yang manis atau berperisa. Contoh air kotak milo. Korang minum berhari-hari korang minum Tak kisahlah citarasa macam macam kita belasah. Nak cucinya adalah buah pinggang,. Bila tiada air yang bersih air milo tadi kita minum lagi dia yang cuci. Sedangkan air itu pon masih berperisa dan tidak bersih asyik macam tu ja,,, Jadu effectlah buah pinggang kita.


Bagi kita yang dah cuba pelbagai produk dan jugak dah buntu fikirkan cara terbaik untuk turunkan berat badan, apa kata kita cuba gunakan cara yang mudah dan murah pulak. Cek balik adakah kita minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari? Air kosong tau! Bukan air manis. Kenapa air kosong?

1) Salah satu fungsi air adalah untuk bantu proses metabolisma badan, iaitu dengan ubah makanan menjadi kuasa.

2) Air juga punya peranan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisma. Jika bila kita tidak cukup minum air, tubuh kita tak dapat membakar kalori dengan baik.

3) Kalau bekalan air kurang daripada 2 liter sehari, proses untuk turunan berat badan boleh menjadi lambat. Sebabnya, lebih kurang dua liter air ni lah yang akan digunakan untuk bantufungsi tubuh sehari-sehari. Jadi, bila kita berdiet dan berat badan masih tak turun, mungkin ini disebabkan kita tak cukup minum air.

4) Air juga penting bagi proses pencernaan. Bila kurang air, ianya akan ganggu proses pencernaan. Ini kerana tubuh tak dapat nak serap nutrien daripada makanan, sebaliknya tubuh akan kirimkan isyarat yang menandakan tubuh kekurangan bahan mineral yang diperlukan. Kesannya kita akan terasa lapar.

5) Salah satu cara untuk kurangkan berat badan adalah dengan bersenam. Semasa bersenam, metabolisma badan akan meningkat. Tahu tak, sebenarnya airlah yang berperananmemaksimumkan  metabolisma badan kita. Sebab tu, adalah sangat  disarankan untuk minum air semasa dan juga selepas bersenam.


Nampak macam tak logik jugak. Tapi siapa yang dah biasa terasa logik. Otak kita ni pandai menipu. Otak nilah yang pengaruhi sama ada kita akan kurus atau tidak Dasyatnya minda! Kalau set akan kurus dengan minum air sahaja pon dah kurus,. Malangnya kita punya otak terbiasa set makan ubat ni gerenti kurus walaupun supplemen tu cuma yakinkan kita dan kita pon ikut syarat minum dalam kunatiti berapa liter, Nampak tak permainannya.

Kalau nak baca sila ke sini 



Time mula dahulu Nil pon malas minum air putih ni tak sedapp pahit. Tapi bila Nil terjebak dalam Herbalife Nil terpaksa minum . Alhamdulillah dalam seminggu turun 4Kg . Itu dahulu la... Sekarang dah tak ada duit nak beli ... Tak jagalah badan ni Kemain hentam semua makanan.

Jadi kebiasaan dah air putih ni :)

Kurang air boleh sebabkan gemuk ...

1 comment:

  1. sejak dari zaman skolah mmg slalu minom air bnyk2..
    tapi yang sbelum mandi tu mcm nak praktis..

    ReplyDelete

Komen Lah awak , kENYIT mata ^_^