Wednesday, May 27

RESEPI PUDING KARAMEL GULA HANGUS MEMANG PENTING UNTUK RAMADHAN 2015 !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

FUYOO ! Alhamdulillah , ramadhan kali ni dah hampir . walaupun hanya beberapa hari dan minggu, Kita masih tak begitu pasti adakah sempat kita nak merasa berpuasa , peluang berpuasa pada 1 Ramadhan tahun Islam. Harap kita masih bernafasss , MasyaALLAH ! walaupun dah hampir. kita tak tahu dapat tak merasa. Bukan merasa pergi bazar ramadhan, Ya ALLAH indahnya ramadhan . 


Dan kali ni Nak share lah juadah yang kita boleh buat. Takkan;lah 1 ramadhan dah nak pergi rasmi bazar ramadhan. Tak syiok la .. Jum kita buat Ni...

dULU nil pernah buat sekali menjadi. Kali kedua buat hampehhh !
Last order kat kawan jelahh



Bahan-bahan:
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 400ml susu cair
  • 2 biji kuning telur
Bahan-bahan untuk karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir kasar
  • 2 sudu besar air
Cara-cara membuat:
  • Masukkan 5 sudu besar gula pasir kasar bersama dua sudu besar air ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil atau sederhana sehingga warna menjadi keperangan dan tutup api.
  • Masukkan gula hangus tadi ke dalam acuan dan ratakan.
  • Dengan menggunakan bekas lain masukkan kesemua telur, gula halus dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 400ml susu cair ke dalam periuk dan tambahkan satu sudu teh esen vanilla, panaskan(sekadar panaskan jangan sampai mendidih).
  • Selepas itu masukkan susu cair yang telah panas ke dalam adunan telur tadi. Masukkan perlahan-lahan dan kacau.
  • Dengan menggunakan penapis, tuangkan bancuhan tadi ke atas gula hangus yang masak tadi.
  • Bungkuskan acuan itu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau sehingga puding betul-betul masak.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan.

Boleh layan Blog ammar !! 
http://www.blogammar.com/
Tengs AMMAR SUDI KONGSI

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

hehehe CT la tu spesis hari first dah terjah bazar =P
huurm tak pernah buat.. takot x jadi gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...