Tuesday, June 30

RESEPI AYAM GORENG MADU

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Wah , tuptap tuptap dah 13 ramadhan kejap lagi dah 14 ramadhan .
Masih tak ketinggalan nak masak ni hehehe

Nil nak kongsi resepi ayam madu pulak....




BAHAN-BAHANNYA :)


  • 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil/potong 6 atau 4 mahu pun bahagian yg kita suka
  •  ● kicap manis 
  • ● 2 sudu besar madu

BAHAN KISAR

 ● 2 cm kunyit
 ● 2 cm halia 
● 4 ulas bawang merah 
● 4 ulas bawang putih 
● 1 btg serai



CARA-CARA

1.Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
 2. Goreng sehingga ayam masak - warna keperangan.
 3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.


Fuhhhh pasti letoppppp lah ayam madu ni.....



Di bawah ni ada cara dan bahan jenis lain.. 

Ikut air tangan dan cara lain...


1.Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam. 
2. Goreng sehingga ayam masak - warna keperangan.
 3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.



Perap ayam bersama kunyit, garam, lada hitam, dan sos tiram. Biar 10 minit. Goreng ayam hingga keemasan dan masak. Angkat dan asingkan. Tumis bawang putih dan pes cili. Masukkan sos tiram, gula, dan madu. Kacau rata. Masukkan hirisan cendawan. Apabila masak, curahkan sos ke atas ayam dan hidang.

NAK CARA LAIN BOLEH BAKAR ..


SELAMAT MENCUBA ~

RESEPI AYAM MASAK KUNYIT ALA NIL

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Sedap la kalau hentam ayam masak kunyit ni , Hamoiii dengan rasa masin-masin masam-masam..
Try buat cara Nil masakan penang yang kebabom...
Tengah frust bercinta ni elok sangatlah aku bagi resepi supaya bakal bf aku tu nyesal BAHHAA !
Cehh frust lettew :(




Ok , itu bukan gambar yang NIL buat sebab nil buat power lagi . KAHKAH asal aku rasa macam aku perasan gila ni .

Sambil- sambil edit manuskrip novel aku nak story resepi ni macam mana.
Ala ramadhan nil boleh lerr try buat..



BAHAN - BAHAN

1. Ayam 
2. Kunyit
3. Asam Jawa
4. Garam
5. Serai
6.Bawang putih 
7. Bawang besar
8.Cili padi
5. Bahan untuk hias.

Eh itu je ???? Mesti laaa...


CARA-CARANYA 


1. Panaskan minyak , sikit je minyak GORENG ayam dahulu
2. Tumbuk serai bawang besar... dan serai
3. Tumis bawang yang dipotong dan bawang putih 
4. Masukkan yang ditumbuk tadi juga..
 UNTUK NAIKKAN BAU DAN RASA SEBAB TU SURUH TUMBUK
5. Ayam tadi masukkan, masukkan cili padi
6. Masukkan serbuk kunyit 
NAK BANCUH SERBUK KUNYIT PON BOLEH .TUANG SERBUK PON OK
7. Tuang air asam jawa 
8. Masukkan garam 


Mesti feel gila dan hiaskan.. 

Itulah resepi ALA nil :)

Selamat mencuba ..

Saturday, June 27

CERITA RAYA YANG SANGAT COOL @ TRAGIS #RayaTreasures #PETRONAS

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


OK , dah nak start mengarang pulak sal raya ni , Terkejut dan rasa bangga dah sedikit rasa perasan tu ada dalam hati KAHKAH , sebab kak Suria Lekat Lekit mention Nil untuk sertai pertandingan tu , 

Actually kak Suria cuma cakap ,..

"yang pandai mengarang cerita macam Nilam Himawari boleh la try... mana tau cerita terpilih. Pada korang semua yang nak jadikan pengalaman raya korang sebagai filem pendek petronas meh tulis & ‪#‎RayaTreasures‬ cepat sebelum tarikh tutup"

Nampak tak nama Nil kat situ , ceh Nil pandai mengarang ke BUAT muka pelik ni , Hahaha Ok Nil pon rasa berminat setelah tengok kak Suria tulis cenggitu , aku yang perasan lebih . Nak tulis dekat wall facebook tu kenalah karang sini dulu baru best wooo...

Tragis and Cool ??? Korang qhasee ? Nangis tak baca nanti......????? Jeng Jeng,, Saksikanlah. Kalau tak menang pun tape juga sebab aku takut kalau menang , lagi satu cerita ni cerita betul... Dan.. malu i , eeee perasan kan aku ni... Oklah just share sambil masuk contest ni...



CERITA RAYA YANG SANGAT COOL @ TRAGIS  #RayaTreasures #PETRONAS

Gimik letak gambar raya tahun- tahun yang lepas , tapi itu dulu... Baca lah , cerita pendek ku :)
Sediakn tisu hehee :)











CERITA RAYA YANG SANGAT COOL @ TRAGIS  #RayaTreasures #PETRONAS





Bila aku kenangkan kisah hari rayaku tahun-tahun yang lepas , aku rasa aku bertuah kerana apa yang berlaku dalam hidupku sudah direncanakan ALLAH SWT untuk kami sekeluarga. Aku redha dengan ketentuan ALLAH SWT . Berkat ketentuannya itu, dan berkat penerimaan kami dengan hati yang terbuka , hidayah ALLAH melimpah ruah buat kami sekeluarga. Rumah usang itu adalah permulaan segalanya. Tragedi hari raya adalah penghabisan untuk aku dan permulaan untuk hidup aku yang lebih baik dari sebelumnya.

Aku belajar segalanya dari tragedi itu. Tahun lepas, dua hari lagi sebelum menyambut hari raya aidilfitri, rumahku telah menjadi nahas kebakaran,.. Aku ingat lagi ketika waktu itu. Kejadian tanpa disangka melibatkan rumah usang nenek itu. Kemungkinan, rumah usang nenek sudah lama tidak menukar kabel litar pintas yang baru. Itu menjadi punca kebakaran.

Aidilfitri itu adalah aidilfitri pertama dalam sejarah hidupku beraya dalam kekecewaan. Namun bagi aku, tiada satu pun yang datang dan menimpa hidup kita perlu kita kesali. Bermula dari itu, aku belajar untuk menerima.

Kenangan tahun lepas , masih bermukim di benak ku. Pasti tidak dapat aku lupakan. Tragedi kebakaran yang begitu pantas berlaku. Tidak sampai 10 minit aku bersama ibu dan adik keluar meninggalkan nenek yang buta dan abangku di rumah ke bazar ramadhan. Yelah, mana tidaknya keluar disebabkan kami cuba melepaskan tekanan. Disebabkan bermula sahaja puasa kami akan berniaga Pasembor sehinggalah 25 hari sebelum menyambut aidilfitri. Melepaskan tekanan tidak dapat ke bazar ramadhan ketika sibuk berniaga.  Tidak sampai 10 minit keluar untuk menghayati suasana di bazar ramadhan, mendapat panggilan daripada jiran yang rumah kami terbakar. Rumah kayu itu. Nenek keseorangan di rumah. Kami mendapat tahu setelah abang berjumpa dengan kami di bazar ramadhan. Tidak sangka abang juga mengikut kami.

MasyaALLAH ! Nenek memang masih kuat, dan masih boleh berjalan. Dia sudah tahu serba serbi rumahnya sendiri. Sejak tokwan meninggal kamilah yang tinggal dengan nenek sekali. Tapi benda dah nak jadi. Mak bawa kereta bagai nak terbang balik. Nasib baik jiran keluarkan nenek. Kalau tidak, kami menyesal seumur hidup. Seseuatu kalau dah nak jadi, pasti akan terjadi. Selalunya ada orang temankan nenek. Tak sangka abang datang buat suprise. Benda nak jadi. Abang pula excident sebab dia naik moto nak balik selamatkan nenek. Siapa sangka.

Hangus habis kuih raya berkilo.. Baju raya tak disambar pulak.. Tak kisah semua tu , cuma kisah kan nenek.. keselamatan nenek. Bayanglah 2 hari lagi nak raya. Masuk surat khabar mengenai kebakaran di rumah kami. Akhirnya , malam raya.. masak di luar rumah lah kami. Buat dapur dan ruang tamu di luar rumah. Abah dan abang sibuk pasangkan tarpan sebagai bumbung. Hari itu, ramai datang melawat. YB HELMI, YB FARID dan ramai sanak saudara datang bagi bantuan. 

Alamatnya raya di luar, hari raya tetap meriah. Tak jadi halangan pun budak-budak datang beraya, Walaupun cinta monyet aku berakhir pada hari raya. Cinta monyet aku datang ke rumah, bila tengok rumah terbakar terus lost contact. Aku sabar sebab ALLAH dah tunjukkan segalanya. Lagipun aku muda lagi. Aku belajar banyak benda dari tragedi ni. Itu penghabisannya.

Ini permulaannya, rumah kami telah dibaik pulih. Dengan bantuan dan duit mak dan abah campurkan. Inilah rumah kami yang baru.




Tapi...... hari raya kali ini berlainan.. Setiap tahun dugaan berbeza... Rumah baru, ALLAH tak akan lupakan kita padaNya,. Allah uji lagi..




Abah , orang yang aku sayang.. Yang aku cinta,.. Itu dulu.. tapi, raya ni... walaupun abah tetap di atas katil terlantarr, raya kami tetap sama. Akan aku cium dan mohon maaf pada abah.. Akan aku baring dan tidur peluk abah .. Walaupun tahun ni, abah terlantar sakit strok. Raya kita tetap sama kan abah?

Kalau dulu, abah yang canaikan roti canai.. abah yang buat pasembor..abah yang kecoh-kecoh, bila sepupu atau anak saudara abah datang abah akan pasangkan lagu raya kuat-kuat dan menari. Semua gelak.. Kalau malam raya , abah dah suruh pina try baju raya.. pina akan peragakan baju raya tu dan jalan macam model. Abah akan buat muka terkejut... Fuyoooooo!! [KESAT AIR MATA]

Walaupun tahun ni abah tak buat macam tu dah, pina sendiri akan pakai baju dan tunjuk untuk abah. Abah jangan nangis tau, tahun ni pina pulak akan canaikan roti canai tu.. abah duduk dan makan pina suap abah tau... 

Sebeleum ni abah suka sangat pergi ekspo, tahun ni pina sendiri bawa abah naik wheelchair beli baju raya,,,k ??

Walaupun raya tahun ni, abah tak pasangkan lampu kelip kelap , pina pasangkan jugak... Tetap meriah. Abah.. raya kita tetap sama tau. I love u abah , salam aidilfitri..


SELAMAT HARI RAYA :)

HAYATILAH HARI RAYA ANDA SEBELUM KENIKMATANNYA HILANG..


Tuesday, June 16

"HAZHISHA" JE BAGI FLAWLESS !!!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Petang - petang begini , agak sesuailah kiranya saya nak buat syarahan berserta review sikit tentang HAZHISHA ni , kesian tau dekat HAZHISHA yelah warna pun cute mute pink je , kotak dia pun cantik sangat , harga dia pon berkualiti tapi ramai yang tak kenal si HAZHISHA ni , dah lah nak sebut pon terkeliat ni HAZHISHA je bagi kulit korang flawless macam barbiedoll . Tak percaya sudah ! Malas cakap * tutup muka * Gedik dah datang dah ha ,



Ok ok , hakak nak habaq ni , ye ? Aku hakak dah ke bukan hadik ? Ala kalau aku ngaku aku ni hadik memang semua muntah lerr masuk sini , nak baca pon malas apa tah lagi tengok muka aku dekat header tu , Ala tu zaman tak cantik tapi header cantik myravea buat dulu ni , tukaq baju blog dulu. Bila tengok cantik aku belasah ja lah letak dekat blog aku yang grand ni , Phuiii Grand ke ?

Grand lettew sebab pengasas HAZHISHA ni kenal aku , So nak riak lerr ? Eh bila masa pulak aku riak cuma bangga , k bangga ! Tepuk dada dan jeling . Eh mata terkeluar kutip balik Hehe , soryyy soryy . Ok , mood gelong aku dah datang nak review produk berperenggan sampai esok aku tak habis cerita kalau dah macam ni. Tengoklah sekarang aku tengah cakap benda lain .Eh ok ok..

Back to HAZHISHA , sebut biaqq betoii nohh kunk kena lepukk naiyaaaaa ! Ramai tak kenal dia ni. AkU Kena bawak dia ni bagitau hampa , ada 3 orang dah testimoni dan bukan 3 tapi aku bagi 3 je testimoni produk HAZHISHA ni . 

Apa itu Hazhisha , ni mesti korang tertunggu dari tadi aku bebel tak habis - habis . Harga pon taktau lagi . Ok hazhisha natang apa ? bukan natang lah , Ini produk . Aku yang cakap aku yang jawab EH !

Ok ok serius NS !!! T ada bangku terbang :( Ok HAZHISHA ADALAH SABUN dalam bahasa oMPUTEH soap !


TUAN PENGASAS DIA HEBAT , PM NIL KAU HADE ?? HAHAK 

https://www.facebook.com/azzim.hudsson

PM beliau , Jangan lupa bagitahu NS yang bagitahu bahahahha !




Cer tengok hakak kita bawah ni , selepas lebih segar dan cerah mata pon tak kuyu dah kan .Flawles je




Tengok hakak ni , kiri muka dia agak kerutu sikit tapi bila HAZHISHA datang rumah dia haha , sebaik HAZHISHA tolak pintu , perghhh Muka hakak ni bertukar dah hehe , GIMIK je jangan marah eh Cik pengasas sebab Tuan pengasas akan baca AHAH :) 





Bawah ni , nampak tak kelainan muka kakak ni :) Pandai lah tilik . Bukan tilik nasib k .




PERGH !! takot menipu , tu dah ada OWNER di instagram Cepat lah jenguk HAZHISHA Kita ni




Berkotak kotak HAZHISHA . MEMANG terbaik dari ladangg




Ha , tengoklah apa ada , manalah tahu takut nak beli kan ,.





HAZHISHA ! DAPATKAN SEKARANG LUPA NAK HABAQ

Harga HAZHISHA adalah RM70 nak cepat whatsapp na... 01136212057 CIK NS

FACEBOOK : 

https://www.facebook.com/puanmudahimawary


"HAPPY" SAYA TAK PERLUKAN CINTA !!!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Uarghh ! Morning cutey blog ?? Jum kita cakap dua orang hehe , Rindu kat kau blog NS , pagi-pagi lagi dah kena kejutkan dengan si budak demuk tu suruh hantar ke sekolah , ya ALLAH malasnya nak bangun. Tambah - tambah hujan wehh dekat luar lebat sangat tu , aku tarik selimut balik sebab awal lagi . Last- last mak pulak datang kejutkan .

"Pina , bangun cepat hantaq adik hang nohh.."

"Ha mak sat sat .. bagi 5 minit ja pleashhhhh ! " Buat muka gelong terus sembam . Erghh dah tak boleh nak sambung walaupun 5 minit lagi sebab dah ada orang kejutkan . Ok lah ,, !! Nasib time nak hantar tadi tak hujan. Sebab walaupun demam campak dah hilang tapi masih tak baik sepenuhnya. Parut dan luka masih ada. BAHAYA kalau kena hujan kata orang boleh berlubang . 

Semalam kena pergi ambik adik dekat station bus sungai nibong , penang. Haritu kakak abang ipar balik sini kebetulan cuti sekolah , adik tak pernah melawat kakak dekat sana lagi sejak depa pindah . Dah kebetulan dia cuti , dan duit simpanan sendiri dah cukup dia ikut jelah diorang naik kereta pergi sana. Mula aku risau jugak yelah sebab baru form 1 walaupun orang cakap dah macam form 3 atau form 4 . Dia tinggi pada aku itu sebab orang tengok dia macam tak percaya . Haha kalau mak tak masak mesti dia yang jadi chef kat dapur , so tak hairan kalau orang cakap dia macam form 4 haha. Jangan marah dik demuk buchuk .

Pergi 4 hari tidur sana . Kemudian kakak hantar dia naik bas sorang KAHKAH ! dia relax ja , aku cuma risau kunk turun dekat lain . Butterworth ka , mampus ! Memang la boleh drive , cekap kat tempat sendiri jelah kalau dah rasa macam nak sesat tak tau jalan memang sesat lah . Haha , tu kalau turun tempat lain .GPS WAVE la tolong aku Tapi alhamdulillah dia sampai dengan selamat . Dan aku dah baik jadi mak bagi drive balek . Sweet mak ni , risau sangat dekat anak dara dia ni .

Kena hujan sikit pon dah risau , takut lobang lobang HAHA ! Ok dah perasan . Semalam dai bertolak dari rawang jam 2 kot rasanya , sampai sini dalam pukul 5 atau 6 petang . Aku sampai lewat sikit so dia kena tunggu sebab kat penang pon dah start Jem terukkk ! Crowded ! 

Aku ambil , dah dalam 7 petang kot . Cam tula , menggigil budak sebelah aku tu lapaq katanya . Nak tibai kayu nasi kandaq , tudiaa eh aku takut lari ja bajet nak belanja kahkah . KODOKUT punya kak.
Aku cadang pergi beli domino beli pizza RM5 4 biji sebab terlalu sedap . Semalam bukan rezeki RM5 habeh katanya , Adik cakap bukan ada tepung boleh buat ka ? HAHA lapaq dia marah , tapi bukan dekat kak DOMINO tu la nanti kena lepukkk hhah, RM16 berapa entah regular . Perghh SEBIJI ja mahal gila , keluar camtu ja kami . 

Pastu , terus cari kedai tomyam la makan . Pulun nasi putih dua , telur dadar dua , tomyam ayam , sayur campur , daging masak merah , HAHA sedap pulak . Tengah sedap melayan ada kereta nak mausk lorong rumah dia , Yang buat aku panas ada jalan TAR tak nak masuk nak cari pasal jugak.. DAN aku lah kena ubah kereta tak pasal aku yang patut minta maaf walaupun aku parking tepi jalan raya . Dia senagaja HON hampir 10 kali kuat kuat beb ! Podeh hati ni . Orang kedai tomyam cakap

"Eh , dia boleh masuk buat terok "

SENGAJA tu , aku rasa biasalah melayu ni suka dengki . Tambah kalau ada kedai makan customer parking atas TAPAK RUMAH dia , Walaupun bukan dekat lorong dia , senagaja tak nak masuk suruh kita ubah lebih jauh . Aku baru nak suap nasi , perghhhh kunyah tak habis pon dah kena lari ubah kereta . Arghhh ! ALLAH ada aku cakap tu ja dekat adik  sebab dia dah panaih kacau kami . bARU BERNAFSU aku nak makan . Takpalah malas nak cerita , haha tapi aku dah cerita tadi .





Ya , pemilik gambar dia atas adalah seorang lelaki , Beliau boyfriend aku dunia akhirat . Aku sayang dia ! Abah aku dah 6 bulan ? Sekejap je baru 9 December 2014 abah jatuh saskit strok , ketika ini abah baru masuk ward . Dan aku tak henti menangis , Air mata aku asyik mengalir . Tiap kali aku sapu muka abah , time tu aku dah macam tak kisah HANG NAK TENGOK KA , HANG NAK RENUNG KA , sebab time tu memang dah tak tahan . Orang sekeliling katil hanya tengok apa aku buat . Dari situ aku belajar , dah tak rasa malu .. Dari apa yang menjadi hak peribadi abah , aku sebagai anak uruskan untuk abah . Aku bangga sebab aku mampu buat lebih dan dapat lebih daripada apa yang orang mampu dapat . 

SELAMAT HARI BAPA !! Bila orang ucap tu , aku dah rasa YA AKU DAH TAK PERLU UCAP sebab hari-hari adalah hari untuk abah aku . Abah aku dilayan sempurna , aku seronok sangat . Dari abah sakit teruk sampai dah semakin ok , aku seronok bila abah dah boleh senyum , dah boleh teguk air  tak guna sudu plastik dah , boleh makan laksa .

Aku rasa bertuah sangat sebab aku dapat peluk abah , mandikan abah , semua yang abah perlukan . Alhamdulillah ALLAH bagi lebih kepada aku , ALLAH tentukan semua ini untuk rapatkan hubungan aku dengan abah sebagai seorang anak dengan seorang bapa . Walaupun lepas ni aku akan berjauhan kalau ada rezeki , aku sambung belajar . Tak pernah lagi aku tinggal abah , tinggal pergi kerja kilang selama 15 hari adalah AHHA ,

Aku rasa bangga sangat . Kalau boleh aku nak simpan je , tapi aku dah lama simpan ni , lagipun aku seronok sebab dah 6 bulan abah masih boleh bersama aku lagi . Aku bangga bila aku tahu ada orang tak sempat nak mandikan nak suapkan makan pada abah diorang sebab kesampaian . Aku bertuah ALLAH bagi ganjaran ni untuk aku dan mak serta adik .

Ya ALLAH , berharga ! Orang yang sakit tak boleh dipaksa , perlu dilayan seperti baby yang baru lahir . Layan guna psikologo baru diorang sembuh, Pejam celik dah 6 bulan lebih dah . MasyaALLAH kejap sangat . Semua yang berlaku ni lah yang buat aku tak perlu pilih untuk bercinta walaupun orang cakap ALA NIL MUDA LAGI , TAK PAYAH FIKIR 

Memanglah kalau dah tua dewasa pon kadang tak payah fikir sebab jodoh ada dimana-mana , kalau muda pon begitu ada orang da beranak pinak dah walaupun seusia aku walaupun baru 20 tahun . Kita tak tahu KETENTUAN ALLAH pada kita.

Tapi cinta memang dah tak boleh dipisahkan . Bila kita lari dia akan terus mengejar . Nampak macam mudah , ala muda lagi tinggal jelah. Tapi bila dah tersangkut tak mampu cakap apa . Itu sebab antara hati kita diri kita . Memang orang tak rasa sebab dia dalam diri dia jadi dia jadi diri dia sahaja. Dia tak cuba masukkan diri dia dalam diri kita untuk rasa . 

Bila , cinta datang dalam hidup aku , aku dah malas nak layan , malaslah ! walaupun ada nak minang , nak kahwin , nak sponsor kahwin , datuk nenek semua adalah PROF DR semua adalah tapi aku REJECT sebab aku rasa bila kaple diorang just nak puaskan nafsu . KAPLE bila start mulalah nak MANJA2 iyewwww ! Plesss aku dah malas la , aku punya dosa berlambak lagi la . punya pasal hampalah tak TAHAN ka tak Itu ka tak faham ka , yang penting si lelaki tak akan ikut kita masuk kubur share ! HAHA , Kesian abah yang tengah sakit tu nak cover dosa aku sebab aku tak kahwin lagi. Cian abah sebab itu terkadang terlintas untuk tak BERSELFIE SANGAT TAK MELARAM SANGAT , 

kadang kadang aku suarakan hasrat hati kat mak , nak berniqab tapi insyaALLAH aku harap aku dapat. !! Amin ya rabbal a'lamin.


Aku rasa kalau aku tak ada teman di hati pun aku dah rasa puas gila !! Aku malas lah dah macam malas nak layan Cinta macam poyo ni , lebih baik aku single . Kalau dapat bilik yang cantik rumah cantik dah cukup Kereta basikal  TREADMIL herbalife dan Motor besar dah cukupp !! 

Jaga mak dan abah fullstop :) 

Monday, June 15

NAK BERHIJRAH ?? MUNGKIN SUSAH TAPI ISTIQAMAH ITU PENTING

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

YA ALLAH, lepas tengok tilawah al quran tadi terdetik nak berubah dan berhijrah. Berhijrah ? kenapa ? bukan kita beragama islam dah ? Ya islam pada nama pada IC pada dokumen lahir kita,. Buat apa ? Hijrah kan diri kepada lebih baik semoga bulan puasa ini adalah pilihan terbaik aku untuk kekal kan aku di landasan yang sebenar, Di dunia ini nak malu kepada keluarga takut pada cacian masyarakat . Takut kawan tegur buat apa ? Sedangkan nanti sorang masuk kubur kawan kita kan al quran DIA lah temankan kita dan KEKASIH kita ALLAH dan nabi muhammad SAW.

Hem.. Memanglah susah dah lama dah nak bertudung labuh, Mungkin tak cukup labuh. Nak baca al quran khatam tiap tahun tiap ramadhan. Nak hafal al quran;. Siapa cakap dah tua tak boleh ? Kita terlambat dahulu. Tadi cakap dekat mak macam ni bila dengar orang bertilawah

"Mak , pina nak hafal quran la... nak sambung ambil bidang macam tu.. "

"Dah lambat dah , satgi hang bukan boleh otak seminit"

MAK tahu aku macam mana. Hari ini full.. esok tak full lepas tu nak pakai kebaya ketat pulak.. Hemm.. Itulah aku.. start lahh.. nak bergaya nak melaram sebab muda lagi.

"ALA takpalah mak.. kenalah istiqamah"

Mak kita pon dah faham bukan diorang melarang tapi khuatir sama ada kita mampu tak lawan nafsu.
AKU faham sangat dah. InsyaALLAH kau buktikan

"mak la tak hantar pina pi sekolah tahfiz"

Tiba-tiba situasi bertukar sedih.

"Bukan mak tak mau hantaq , tapi tu lah mak kalau boleh nak hang ni sentiasa dengan mak tak mau berpisah"

EH,,,, ouh camtu sayang jugak mak kat aku..

"Ouh... kan ala takpa besaq pon boleh belajaq lagi ehhehe"

Em srobbbbb . Nak berubah bukan senang perlu dapatkan bukti dan kepercayaan semua orang.

Takpalah semoga niat aku ni membawakan rezeki lain untuk aku mungkin duit dari rezeki aku, tulis cerpen dan novel sulung coming soon serta novel akan datang ni.. Nak lah tukar koleksi baju yang lebih menutup aurat . Hemmmmm :(


Baru sweet kan ? Teringin sangat .. nak tutup dan kelihatan manis sangat, aku bukan apa kalau boleh aku tak nak kahwin nak jaga abah nak jaga mak nak jaga tok. Aku dengan blog pon oklah dah macam bff aku blog ni. Kalau boleh bilik aku tu aku hias. Itulah kepuasan yang aku cari dan tak tinggal solat.

Em abah pon sakit aku nak berjasa aku sayang abah sangat.

Sebelum ni memang aku nak jadi model , nak jadi pelakon , nak jadi artis dan penyanyi tapi bila fikir balik sementara gambar aku yang full banyakkan kat google imej nak padam dah tak boleh. Baru banyak tu nak padam tak boleh sebab dah ramai review so kat blog diorang lah. Tak boleh nak minta diorang padam itu hak diorang kan,

Kalau jadi artis payah . Itu pon aku pakai tudung dah takut ,. Kalau seksa lagi takut huhhh nauzubillah.

kALAU macam penyanyi suara tu kan aurat . T mati kalau suara still kedengaran macam mana ?
Sebenarnya aku nak cuba jadi penyanyi falsetto tu tapi syarat kena berfesyen 60 an dan aku suka klau ada shoot. Last last pm someone, benda ni jadi lain bila dia chat aku..

Aku macam berminat dan kami rapat baru 2 hari . Dia cuba suruh aku taranum. Dia pun , memang aku rasa macam "eh boleh jadi imam aku" SEBAB aku memang gedik kan.. Eh ngaku.

aku pulak taranum Dia dengar dia cakap suka sebab mendayu .. Dan jadi apa ehhhhh .. Rahsia la

Subhanallah aku ni gila sangat . Emmm entahlahh .. sweet snagat berpurdah .. Tukar topik leteew




Thursday, June 11

CIK NILAM DEKLAMASIKAN SAJAK ? DI YOUTUBE MALAM PUISI SERI 2013

FUYOOOO !!!


DAH LAMA BARU NAK NGAKU BARU NAK PUBLISH ?

BARU NAK WOWWW ? 

KALAU NAK TENGOK TENGOK YANG LAST SEKALI.. ORANG PALING LAST DALAM VIDEO NI BAJU MERAH TUDUNG PINK



RESEPI KEK BATIK RAMADHAN ALA NIL

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Fulamak , awesome gilalah kek batik ni . Ok Nil cuma nak display yang mana satu kek batik yang guna ramuan milo dan serbuk koko atau coklat . Dekat atas ni gambar tu adalah kek batik yang gunakan milo...

Yang bawah pulak nil rasa dia gunakan serbuk kok tengok je dah macam coklat . Serbuk koko atau coklat.



Ok tak kisahlah Nil tak suka bagi reserpi yang rumit. Nil ikut cara senang dan kawan2 Nil pon suka dengan resepi kek batik Nil. Karamel puding Gula hangus baru baru Ni pon Nil buat jadi alhamdulillah .


Ok sekarang Nil nak bongkar rahsia untuk ramadhan ni


IKUT SUKA NAK GUNA MILO , SERBUK KOKO ATAU COKLAT. ANA PUNYA SUKA LAA.. HAHA CHEF AMMAR ..taruk mana satu pon boleh lah,.

KEK BATIK RAMADHAN ALA NIL


1. MILO /SERBUK KOKO / COKLAT MASAKAN
2. 3 ATAU 4 BIJI TELUR , IKUT SUKA LA
3. SUSU PEKAT MANIS 1 TIN
4. MENTEGA / BUTTERCUP
5. Roti mery 


CARA2 


1. Panaskan kuali dengan mentega satu senduk suka punya suka la
2. campur milo / serbuk koko atau coklat masakan dalam 1 bekas bersama susu pekat 1 tin atau separuh - kacau dan masukkan telur kacau sebati
3. Tuang dalam kuali biar didih
4. masuk biskut mery atau roti mery tu ..
5. MASUK dalam peti ais atau oven untuk dapatkan testur lebih menarik 



Ikutlah kalau rasa roti nak banyak lagi cantik aturan bila potong nanti .


Dah jadi lerrrrr ! PAPAIII

Abah , Ramadhan kita Tak berubah cuma yang berubah kita dah tak niaga dah.

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Alhamdulillah , syukur ke hadrat illahi dengan kurniaanNya , aku dapat bersama sama abah tersayang kecapi ramadhan bersama kan abah ? I love u . Kalau tahun lepas ramadhan kita penuh dengan kesibukan kita untuk bungkus pasembor. Tapi tahun ni abah relax je. Tak nak puasa pun takpa. Abah minum je air. Gerenti haus. Abah suka sangat minum ais. Tapi kita kena buat sendiri lah . 


Kalau sebelum ni, abah nampak ja pina nak keluar abah,.. Cakap.. aishh.. Heheh Pina beli air sedap punya untuk abah . Macam macam pon boleh. Sebut ja abah nak apa pina beli punya . Tapi nanti kedai dah tutup. Pina beli kedai runcit jelah untuk abah minum. Hhehehe. Ala kisah apa orang nak cakap kan untuk abah kan,.

Tok pon boleh buka puasa sama sama. Dah 20 tahun umur pina , Pina jaga tok walaupun tok tak nampak. Tok kuat lagi. Ala tak ada hallah.. Jaga abah dengan tok. Hehehhe
Alhamdulillah tok pon masih kuat walaupun dah 87 atau 84 camtu. Alaaa chillex la. hehehek


Abah tahun ni, kita pakai baju raya warna apa eh. Tapi baru ni kita g ekspo pina surung abah naik wheelchair kita beli baju warna merah. Abah suka sampai penat la hahaa. Ok nanti kita beli sehelai lagi k abah ? Hehehe abah chillex ja tahun ni pina settle rumah sekali dengan mak dengan adik. Kak abang dan abang ipar pon balik raya heee..


Ala bulan puasa abah makan atas katil fuyooo kaya ler camtu makan atas katil. Abah jadi king hehe..Wah suka letew.. pINA pulak kena chickenpox tak leh dukong abah nak kuaq keta sebab takut berjangkit. Takpa nasib ada adik tolong. Adik bukan kuat cangat walaupun dia ddemukkk buchuk tu ahha. Ala, t pina baik kita p. 

Takut nak pergi hospital pulak tadi. Kenapa takut ? Muka abah buat cedeh... "Takut.."

"Eh depa tak buat apa pun.. T pina tengok tau... jangan takut tau.. T pina duku kepala depa tau"

Terus diam pastu ulang lagi.. Hahhaa


Ok tak p dah .. mungkin fisioterapi kot diorang garang sangat dengan abah,. Mana boleh garang dengan pesakit , hadehh psikologi tak ada . Macam mana pesakit nak sembuh,.

Lepas balik tadi sneyum lebar nak pergi lagi hospital.. seronok kena cucuk ??? HAHAHA adoii padahal penakut darah time sihat dulu.. Lupa letew.. abah ni ..


Comel ja muka abah... Love u abah...

Wednesday, June 10

CERPEN SERAM DILANCARKAN DI PLAY BOOKS ?!! TAK PERLU PERGI JAUH2 BACA DARI SMARTPHONE ANDA

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Dpanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT my baby dah keluar , bagi orang lain mungkin 16 page untuk sebuah cerpen ni sangat sikit atau JUST A SHORT STORY ? Tapi bagi Nil dah terlalu hebat dah kalau cerpen ni telah dilancarkan dijual bersama penulis bestseller yang lain.

Bukan calang calang penulis yang ada dalam ni semua berpendidikan dan seorang penulis bestseller. Penerbit dan editor buku ini adalah SHAH OTHMAN seorang editor , penulis , dan penerbit yang hebat di S.O PUBLISHING dan Jootawan.com


Cara beli adalah dengan membuat carian di Google Play dan Google Books dengan menggunakan kata kunci 'Kali Pertama : Antologi cerpen'. Google play tawarkan harga diskaun sekarang ni. Harga asal adalah RM10.50. Untuk melihat sendiri bagaimana ebook ini kelihatan, saya mohon tuan-tuan dan puan-puan rasa sendiri dengan memuat-turun sample (atau beli je terus) dari Google Play. Pastikan tuan-tuan dan puan-puan sudah install apps Google Books di smartphone, iphone atau tablet masing-masing. Dah download, jangan lupa tinggal komen kat situ k.


JANGAN LUPA BACA CERPEN NILAM :) NIL lettew Hihikkkk Ramai tau penulis bukan Nil sahaja banyak cerita best mesti korang baca dah takot nak pergi tandas,, Confirmmm!!








Nil saja nak layur sikit ..





Kalau korang rasa gempak, cepat download dahlah tengah murah. Tak payah dah pergi jauh jauh download je baca lah sambil tidur pon pegang phone tu mana berat pon. Kalau buku berat jugak hahaha, cehhh! Cepatlah download ini paksaaan ni , Bestkan ?? atas bas boleh baca..

Bukan 1 je cerita tapi banyak cerita, penulis lain lain, Idea mesti lain lain;.


Tapi pengalaman Nil adalah betul TAJUK PERTAMA KALI.. !!


memang betol apa yang berlaku... Cuma tukar nama watak je :) 

Tak baca rugi tauu





pc pon boleh :) laptop,,, notebook pilih books

Monday, June 8

Apabila Chickenpox Pok Pok Serang Hendap !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah, itulah yang aku boleh ucapkan hari ini, disaat ini, pada waktu ini, dan pada malam ini, Wah nampak sangat sangat terharu ni, bersyuukur sangat sangat ni, pe hal cik Nilam ? aku tak pernah kena chickenpox ! bila haritu kena first time rasa macam aku nak taip satu recipe dekat google enjin nak cari tentang benda ni. Sebab aku kan tak penah kena. Bila kena mulalah nak kecoh itu ini. Nak tahu bila sembuh walaupun baru sehari je aku mula diserang. Aku dah jadi amat amat kelam kabut . Hingaqqq weh hahaha! tudia keluar dah bahasa penang ni.

siapa tak takut apabila start demam tiba tiba tanpa diminta. Memanglah demam datang siapa pon tak minta ALLAH yang beri ujian ni di atas kifarah dosa yang kita lakukan. Ha,, sebab tu aku tabah aku anggap dosa yang dah aku lakukan inilah balasan ALLAH uji sakit ni pulak. Mak cakap ada orang yang bertuah sangat virus yang dikatakan seumur hidup sekali je kena ni , ada orang yang tak merasa pon. Ha, alhamdulillah aku rasalah jugak kan. seksa betoiii!



Ok bukan ayam ok hahaha, tapi demam campak. Ok pada mula kena tu, dah rasa tekak sakit. Kepala dah tak boleh tunduk sangat2 sakit. berat sangat. nasib baik aku dapat habiskan mengedit manuskrip novel sulung aku tu, dalam masa yang sama aku dah kena edit manuskrip cerpen seram untuk diupload ke google play dalam project e book bersama s.o publishing WAHHhhh!!

Ok, nasib baik dah dapat siapkan semua. Kemudian bintik-bintik merah dah mula serang. Serang tangan dahulu. Nampak macam biji biji tapi gelembung air. Iyewww bagi aku sangat geli dan tak selesa. Geram pon ada nak bagi pecah. Tanya mak ini apa? demam apa? campak naik banyak . Tapi aku tak naik pon. Mak cuba cari air kepala dengan susah payah area kampung dulu sebab saja nak test jauh nak g beli. Aku tak nak susahkan emak.

Lepas dah g klinik je aku tak nak hospital kunk tak ada apa.. diorang inject situ inject sana. Kemudian g klinik dia cakap HERPES . sebab tak keluar banyak.. ADA dua jenis herpes yang aku study herpes simplex dan zoster ala bagi aku tetap campak. just nama lain. dOKTOR sengaja nak rumitkan haha.

dapat ubat gatal, ubat sakit dan antibiotik takut melarat atau bernanah. So aku pantang dah seminggu nak makan kek semua tak boleh yag ada telur. selamaa seminggu cuma hentam air asam, mak bakarkan ikan senangis itu je aku boleh makan. sampai malam ni, still tak hilang lagi.. Pedih masih terasa esok nak g klinik lagi ambil ubat lain .. EMMM seksa nak keluar muka tak cantik sebab penuh kat muka.

Huhukkkk!!!!!!!

Thursday, June 4

TUJUAN SAYA BUKANLAH UNTUK MENGEJAR POPULARITI ATAU MERAIH SIMPATI

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

CORETAN PERASAAN NILAM SYAPINA DI RUANGAN BLOGGER.COM CITRA ORANG MUDA UTUSAN MALAYSIA 14 MARCH 2015 SABTU LALU

UTUSAN 14 MARCH 2015


Blog milik Nilam Syapina ini merupakan sebuah blog coretan perasaan.Gadis berusia 20 tahun ini mula membina blognya sendiri pada tahun 2009 untuk meluahkan isi hatinya terutama kisah sedih tentang kehidupannya selepas bapanya diserang strok.

Menurut remaja kelahiran Pulau Pinang itu, blog dianggap sebagai pilihan terbaik buat dirinya meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati kerana yakin ia dapat dijadikan tekadan dan iktibar buat pembaca lain.

"Saya meluahkan segala isi hati di laman blog NILAM HIMAWARI NS sejak bapa diserang strok. Sebagai anak yang rapat dengan bapa, sudah tentu banyak peristiwa manis dilalui bersama bapa kesayangan semasa bapa masih sihat. Namun, semua kenangan itu tidak dapat diulang kembali dan saya perlu reda dengan ketentuan ini.

"Tujuan saya bukanlah untuk mengejar populariti atau meraih simpati meskipun mendapat perhatian ramai pembaca setiap kali entri dimuat naik," katanya yang meberitahu warna merah jambu menjadi tema blog Nilam Himawari NS kerana ia adalah warna kegemarannya.

Jelas remaja yang mesra disapa Nilam itu, setiap komen pembaca dapat menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan selain sama sama memberi sokongan kepada teman senasib yang lain.

Selain kisah hidup, blognya yang boleh diakses di http://nilamhimawari.blogspot.com/p/owner.html itu turut berkongsi entri menarik seperti tutorial tentang motivasi, menu, tip dan fesyen muslimah.

"Tujuan ruangan tutorial ini adalah untuk menambah nilai serta memberi faedah kepada pembaca apabila setiap kali mereka berkunjung ke blog Nilam Himawari. Bagi saya, perkongsian mengenai tutorial solat adalah paling tepat kerana ia adalah jalan penyelesaian paling terbaik apabila seseorang ditimpa ujian dan dugaan oleh ALLAH Swt.

"Tutorial yang paling kerap dikongsikan adalah panduan melakukan solat fardhu dan sunat supaya ia ditunaikan dengan tertib," ujarnya yang pernah memiliki beberapa blog seperyi evangelistanil, adindanil, happinessnil dan nilamsyapina sebelum dihentikan kerana tiada domain yang dirasakan sesuai.

Seementara itu, pelajar yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) yang baharu diumumkan baru2 ini bakal meniti fasa baharu dalam kehidupannya apabila dia bakal melancarkan novel ilhamnya bertajuk Jejak Karmila terbitan karystosCreative.

"InsyaALLAH, novel jejak karmila bakal diterbitkan di TV3 pada bulan ini atau bulan depan mengikut kesesuaian. Menariknya, novel ini akan diadaptasi ke sebuah drama  yang akan ditayangkan di TV3 hasil kerjasama dengan abangnya Rizalwan Ramli iaitu seorang pelakon dan merupakan penulis skrip produksi berkenaan.

"Jejak Karmila mengisahkan tentang seorang isteri bernama Karmila yang dipenjarakan kerena membunuh suaminya ......



Nantikan !! KALAU SIAPA YANG BELI UTUSAN TAHULAH SINOPSIS TU, BUAT MASA NI TUNGGU NOVEL YA :)

terima kasih abang wartawan !


SEMUA TENTANG ABAH


http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/03/oh-abah-aku-rindu.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/04/boleh-gantikan-abah-canai-roti-canai.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/seharian-uruskan-abah-ke-fisioterapi.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/kasih-abah-sampai-ke-syurga.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/sayang-abah-part-ke-3.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/aku-mahu-seperti-dulu.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/nukilan-untuk-abah.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/diary-untuk-abah.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...