Monday, June 8

Apabila Chickenpox Pok Pok Serang Hendap !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah, itulah yang aku boleh ucapkan hari ini, disaat ini, pada waktu ini, dan pada malam ini, Wah nampak sangat sangat terharu ni, bersyuukur sangat sangat ni, pe hal cik Nilam ? aku tak pernah kena chickenpox ! bila haritu kena first time rasa macam aku nak taip satu recipe dekat google enjin nak cari tentang benda ni. Sebab aku kan tak penah kena. Bila kena mulalah nak kecoh itu ini. Nak tahu bila sembuh walaupun baru sehari je aku mula diserang. Aku dah jadi amat amat kelam kabut . Hingaqqq weh hahaha! tudia keluar dah bahasa penang ni.

siapa tak takut apabila start demam tiba tiba tanpa diminta. Memanglah demam datang siapa pon tak minta ALLAH yang beri ujian ni di atas kifarah dosa yang kita lakukan. Ha,, sebab tu aku tabah aku anggap dosa yang dah aku lakukan inilah balasan ALLAH uji sakit ni pulak. Mak cakap ada orang yang bertuah sangat virus yang dikatakan seumur hidup sekali je kena ni , ada orang yang tak merasa pon. Ha, alhamdulillah aku rasalah jugak kan. seksa betoiii!



Ok bukan ayam ok hahaha, tapi demam campak. Ok pada mula kena tu, dah rasa tekak sakit. Kepala dah tak boleh tunduk sangat2 sakit. berat sangat. nasib baik aku dapat habiskan mengedit manuskrip novel sulung aku tu, dalam masa yang sama aku dah kena edit manuskrip cerpen seram untuk diupload ke google play dalam project e book bersama s.o publishing WAHHhhh!!

Ok, nasib baik dah dapat siapkan semua. Kemudian bintik-bintik merah dah mula serang. Serang tangan dahulu. Nampak macam biji biji tapi gelembung air. Iyewww bagi aku sangat geli dan tak selesa. Geram pon ada nak bagi pecah. Tanya mak ini apa? demam apa? campak naik banyak . Tapi aku tak naik pon. Mak cuba cari air kepala dengan susah payah area kampung dulu sebab saja nak test jauh nak g beli. Aku tak nak susahkan emak.

Lepas dah g klinik je aku tak nak hospital kunk tak ada apa.. diorang inject situ inject sana. Kemudian g klinik dia cakap HERPES . sebab tak keluar banyak.. ADA dua jenis herpes yang aku study herpes simplex dan zoster ala bagi aku tetap campak. just nama lain. dOKTOR sengaja nak rumitkan haha.

dapat ubat gatal, ubat sakit dan antibiotik takut melarat atau bernanah. So aku pantang dah seminggu nak makan kek semua tak boleh yag ada telur. selamaa seminggu cuma hentam air asam, mak bakarkan ikan senangis itu je aku boleh makan. sampai malam ni, still tak hilang lagi.. Pedih masih terasa esok nak g klinik lagi ambil ubat lain .. EMMM seksa nak keluar muka tak cantik sebab penuh kat muka.

Huhukkkk!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...