Thursday, June 4

TUJUAN SAYA BUKANLAH UNTUK MENGEJAR POPULARITI ATAU MERAIH SIMPATI

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

CORETAN PERASAAN NILAM SYAPINA DI RUANGAN BLOGGER.COM CITRA ORANG MUDA UTUSAN MALAYSIA 14 MARCH 2015 SABTU LALU

UTUSAN 14 MARCH 2015


Blog milik Nilam Syapina ini merupakan sebuah blog coretan perasaan.Gadis berusia 20 tahun ini mula membina blognya sendiri pada tahun 2009 untuk meluahkan isi hatinya terutama kisah sedih tentang kehidupannya selepas bapanya diserang strok.

Menurut remaja kelahiran Pulau Pinang itu, blog dianggap sebagai pilihan terbaik buat dirinya meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati kerana yakin ia dapat dijadikan tekadan dan iktibar buat pembaca lain.

"Saya meluahkan segala isi hati di laman blog NILAM HIMAWARI NS sejak bapa diserang strok. Sebagai anak yang rapat dengan bapa, sudah tentu banyak peristiwa manis dilalui bersama bapa kesayangan semasa bapa masih sihat. Namun, semua kenangan itu tidak dapat diulang kembali dan saya perlu reda dengan ketentuan ini.

"Tujuan saya bukanlah untuk mengejar populariti atau meraih simpati meskipun mendapat perhatian ramai pembaca setiap kali entri dimuat naik," katanya yang meberitahu warna merah jambu menjadi tema blog Nilam Himawari NS kerana ia adalah warna kegemarannya.

Jelas remaja yang mesra disapa Nilam itu, setiap komen pembaca dapat menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan selain sama sama memberi sokongan kepada teman senasib yang lain.

Selain kisah hidup, blognya yang boleh diakses di http://nilamhimawari.blogspot.com/p/owner.html itu turut berkongsi entri menarik seperti tutorial tentang motivasi, menu, tip dan fesyen muslimah.

"Tujuan ruangan tutorial ini adalah untuk menambah nilai serta memberi faedah kepada pembaca apabila setiap kali mereka berkunjung ke blog Nilam Himawari. Bagi saya, perkongsian mengenai tutorial solat adalah paling tepat kerana ia adalah jalan penyelesaian paling terbaik apabila seseorang ditimpa ujian dan dugaan oleh ALLAH Swt.

"Tutorial yang paling kerap dikongsikan adalah panduan melakukan solat fardhu dan sunat supaya ia ditunaikan dengan tertib," ujarnya yang pernah memiliki beberapa blog seperyi evangelistanil, adindanil, happinessnil dan nilamsyapina sebelum dihentikan kerana tiada domain yang dirasakan sesuai.

Seementara itu, pelajar yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) yang baharu diumumkan baru2 ini bakal meniti fasa baharu dalam kehidupannya apabila dia bakal melancarkan novel ilhamnya bertajuk Jejak Karmila terbitan karystosCreative.

"InsyaALLAH, novel jejak karmila bakal diterbitkan di TV3 pada bulan ini atau bulan depan mengikut kesesuaian. Menariknya, novel ini akan diadaptasi ke sebuah drama  yang akan ditayangkan di TV3 hasil kerjasama dengan abangnya Rizalwan Ramli iaitu seorang pelakon dan merupakan penulis skrip produksi berkenaan.

"Jejak Karmila mengisahkan tentang seorang isteri bernama Karmila yang dipenjarakan kerena membunuh suaminya ......



Nantikan !! KALAU SIAPA YANG BELI UTUSAN TAHULAH SINOPSIS TU, BUAT MASA NI TUNGGU NOVEL YA :)

terima kasih abang wartawan !


SEMUA TENTANG ABAH


http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/03/oh-abah-aku-rindu.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/04/boleh-gantikan-abah-canai-roti-canai.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/seharian-uruskan-abah-ke-fisioterapi.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/kasih-abah-sampai-ke-syurga.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/sayang-abah-part-ke-3.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/aku-mahu-seperti-dulu.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/nukilan-untuk-abah.html

http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/diary-untuk-abah.html

2 comments:

Puteri Wanita said...

wow syok la masuk paper ... tahniah :)

Nilam syapina said...

Rezeki x percaya hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...