Monday, July 20

TREND RAYA AKU TAHUN INI :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum cerita sal raya kena la story persiapan sebelum raya , Nil tengah sibuk balut ketypat palas hehe , teror tak .. ? Cehh nak habaq kata dia teror la tu haha , 
Bukan apa dulu sekolah kami ada buat rumah terbuka .. Cikgu dan pelajar saling tolong menolong buat ketupat ...

Jadi bila dah teror Nil lah yang kena balut hehe , sebelum ni mak duk balut guna daun pandan . Nil dah tahu ok lettew , Harap tahun depan raya boleh la balik tolong mak balut hehe ..
InsyaALLAH kalau dapat mana - mana ..




Ni pulak .. deco bersama eric hahaha , deco bersama Nil ..  bawah ni amacam cun kan .. Ingat nak beli wallpaper tak menjadi tak sempat . Nantilah .. Hehe



Cerita raya sampai tak sempat nak menaip punyalah ramai. Sekarang ni pon tengah ada orang dekat ruang tamu depan sana , bukan tak nak keluar .. Tadi tengah sibuk mengemas dapur yang agak bersepah .. sekali masuk full dalam rumah .. Perghhhh!!! Macam mana lagi aku nak lari ni ? Dah ler pakai tak lengkap . Baju and kain batak ? Hahah kain batik.. Rasa macam nak cerita kes kain batak.. Len kali jelah aku cerita haha , pakai kain batik pulak tuhh ! Saketnya tuh disini wehhh ..

Aku jerit dekat adik , boleh pulak dia lari masuk bilik.. Yeyy memang akulah nak kena , tambah kawan kak yang datang .. Aku dah bancuh air ,, aku jerit adik yang buat pekak tu Hahah , last last dia kena keluar jugak lepas aku MutmetMutmet mulut dekat mak .. Mak g terjah adik suruh keluar .. Dia berpelekat . Rumah aku tiap tahun memang sampai 30 syawal tak akan habis,, Sebulan tak habis.. Kekadang tetamu datang dari pagi hingga malam.. Best gila meriah gila hahaha , sangatlah sampai aku keluar kelumbungkan tudung dan kain batik jalan terus buat harikato tunduk,, kemudian bravoooo lari masuk bilik .. sebab aku belum mandi derrrr ! Kahkahkah.,. Sibuk ngemas , naseb baik r aku ngemas,,, Orang datang,,



Tahun ni , family purple biru tahun ni .. Tak jangka hehe , Aku ada pink pink sikeddd hehe , maken gemok la tahun ni ,. Ceh buat tak faham yang dah gemuk,, Haha makan banyak,,,




Inilah kuarga 69 , ada pendatang baru abang kelepiaq haha abang ipaq ,.. Ok nenek tak sempat masuk sebab nenek tidur sakit kepala.. Hukhukk tak lengkap la camnihh..  Tengok abah dan abang tepi Nil tepi sekali tu , baju purple dan mak .. ada purple pada tudung sikedd hehe , Nil depan tu warna pink hehe , abang cakap macam kain langsir .. Hajo toii yeee.. ? Banyak trend camgini mana la nak tauu semua pakat beli yang ni , Nil main hentam .. nasib baik la dalam facebook sebijik cam Nil . Sepupu ada lah macam tu tapi warna hijau kuning Hehe .



Amboi tahun ni sakan possing , biru pink raya pertama heheh , cun Dak ? Hhahaha . Ramai duk tanya single je ni.. Tak da orang minang ka ? Amboi macam la aku segak sangat . Muda lagi aih baru 20 tahun sapa pun tak mauu . Aku malas laa benda cam gini.. nak cari dekat senang . tapi tarakkk ! Jodoh ALLah bagi kan.. 







Ni malam raya kedua masih dalam mood raya kedua , mak ajak g alumni rumah terbuka Dr Helmi timb. menteri kesihatan anjurkan hehe , Pakai pink purple je la...






Ni raya kedua jubah ni dikatakan trend ? Ha???? Alamak aku main beli je tak plan pun,..
Hijau Kuningggg ... Hehehe







Raya ketiga purple pink hehhehee ... Arabian la sangat ,




Hehhehhee , mood raya oiii



Sekian sahaja , sebab tetamu datang lagi Jum,.,.,.


Thursday, July 9

LAGU RAYA DARIPADA ARTIS #PLATINUM APPLE COMMUNICATION !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim




Sebenarnya nak habaq benda ni dah lama cuma masih tak berkesempatan tapi selepas dengar lagu diorang ni tangan terus menggigil , sebab terlampaulah jiwang terlampaulahh mendayu terlampaulah berhari raya ! Hamboi , lagu diorang ni dengan gandingan suara-suara artis apple ni rasa macam ada jiwang sikit ada macam suara hazama black sikit.. memang Style laa.. kalahlah artis baru yang lain ,,, diorang hebat gilaaa !





Nil mengenali abang daily ahmad iaitu beliau adalah soerang penyanyi dan juga lecturer .. setengah ada yang dah tahu , tapi dulu Nil mengenali abang daily ni just macam tu je .. Lepas tu barulah tahu yang abang daily ada geng artis yang lain di bawah platinum apple communication ni...

Yang nil tahu setakat ni DAILY dan yang lain  record under apple sound studio ...
Abang daily ada fans.. ada salah satu artikel di blog nil untuk jadi fans beliau.... !!

Artis yang lain adalah kamal hamidi , FAra sulaiman... dan ada yang lain..


Nak dengar lagu diorang ? Boleh ke soundcloud... 





Ke youtube lagu diorang : https://youtu.be/1k5MgViWblE


kALAU nak free ke fb daily ahmad cepattt !



Nak dengar lagu raya mereka ???




Macam best ja , HAHA .. 



Selepas show diorang !







Memang happening artis APPLE ni ! Jum selak-selak mengenai diorang ni ! Gempak habis .. Hehe
Godek-godek dengar lagu-lagu diorang dan lagu si Manis dari abang daily ahmad ! Terbaikk wokk

Wednesday, July 8

YANG DITUNGGU BUKAN #HARIRAYA SEBENARNYA!!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Sebenarnya bukan hari raya ditunggu-tunggu tapi bila dah matured ni , baru sedar yang hari raya tu sehari je.. Memang lah best dapat pakai baju baru tapi feel tu bertahan sehari ja , tambah-tambah dah tua dah ! Lepas form 2 ke atas dah tak boleh nak berangan kutip duit , walaupun dapat juga tapi tak macam budak-budak yang memang excited untuk tunggu hari raya atas alasan boleh kutip duit banyak gila. Bila besaq besaq ni dah terbiasa pegang duit ratus-ratus , budak-budak excited dapat duit banyak ni.

Kita yang besaq gedabaq ni dah tak boleh kayuh basikal... "makcik .. duit raya.. tak mau masuk dah kenyang" Dah tak boleh dah buat lagu tuuu HAHA , try buat kalau dah tua HAHA , gerenti selipar terbang ke luaq haha . Kalau perempuan ni apa yang best dan tak best bila kena duduk rumah , makeup lecun lecun sampai lencun hahaha , buat ayaqqq haaa , lepas tu esok harinya dah hari raya kedua,. semakin lama beransur hilang feel tu .. Dah habeh , yang syiok adalah RAMADHAN sebenaqnyaa!!

Ramadhan ni walaupun tak masuk 1 ramadhan lagi , kita dah syiok feeling nak beli baju raya persiapan.. Dan best bila tengok bazar ramadhan tengah siap-siap untuk mula berniaga esok... Kita pulak feel nak beli pelita lampu kelip kelap. tu belum 1 ramadhan .. dah masuk pon still nak beli pelita , walaupun terlambat..

Ramdhan punya feel best gila berbanding raya yang sehari ja .. Bila dah raya tak syiok dah . kalau ramadhan dah feel raya selama 30 hari iaitu 30 hari berpuasa dah raya sebenarnya. Siok melayan bazar ramadhan , bukan nak buat apa pun.. tak beli sangat pun kekadang cuma sehari ramadhan ja melebih beli sampai tak makan. Bila tengah-tengah dah tak beli sangat cuma nak pergi nak feel je tengok ramai kat sana .. Kenyit mata sikit huahaua , Eh tak tapi lumrah lerrr , bila kena asap ayam golek... habis laa makeup HUAHAU .,

Ramadhan memang best , asik terkam surau atau masjid lepas solat asar nak hamik bubur lambuk atau kanji . Feel !! Malam pulak terawih 8 rakaat .. feel dia best gila walaupun aku terkejut beruk nasib tak melatah mengalahkan makcik yang lain apabila mercun bola 4 biji dipasang luar masjid.. Hadehhh , itu feel tu tanpa budak-budak tak raya la kita..

Buat kueh raya semua lahhh bila ramadhan datang.. Bila raya solat dan mandi sunat hari raya .. bila dah petang habis dah feel Hummmm...

Jenuh p kerja , p sekolah balik , belajaq balik KAHKAH gelak kuat kuat ! Aku pon tak tahu la lepas ni sambung degree kat mana pulak dah , ada rezeki adalah tu ...


Feel habehhh !!

Kejap ja.. Dah nak raya.. Kita sebenarnya bukan tunggu nak raya sebab raya sehari.. Tuptup dah raya kedua.. Feel dah hilang.. Apa yang best feeling ramadhan.. Tiap malam main mercun.. Tarawih.. Pasang pelita.. Lampu kelip kelap... Buat kuih raya.. Itu yang best sebenarnyaaa !!!


Thursday, July 2

ADA DEGREE TIADA KERJA BUKAN UNTUK DIHINA !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim








Alhamdulillah – Penghantar Shushi Pemegang Ijazah Sarjana Bio Medical Syukur Bhai, mulut tempayan boleh di tutup tetapi mulut manusia tak boleh…ini adalah peribahasa yang paling sesuai untuk di guna pakai bagi menjawab apa yang di kata dan di perkatakan melalui pemikiran sempit lagi kolot. Seperti insan insan berkeluarga yang lain sudah pasti aku memerlukan usaha ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya makam dan level aku untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari langit, atas idea dan cadangan serta penat lelah isteri akuAyunie Russ maka kami berdua akhirnya aku memulakan perniagaan di Bulan Ramadhan


Menyediakan beberapa jenis makanan makanan Jepun bagi mereka yang meminatinya…ambil order dan menghantar terus secara COD…pun begitu aku masih pura pura di Tanya oleh sahabat sahabat yang buat buat tak faham malah mungkin mereka memandang aku dengan pandangan sebelah mata… Cerita Seperti biasa rutin kami selepas sahur kami suami akan memulakan penyediaan unuk memasak makanan Jepun Shushi, Bento dan lain lain…kerjanya agak cerewet dan mengambil masa tetapi ianya membuatkan kami jadi gembira bila semuanya siap di pack kan untuk di hantar kepada customer customer. Biasanya kami akan berhenti untuk solat Subuh dan akan sambung kembali selepas Musyuarat Harian Rumah dan Taalim,

 kemudia berhenti lagi untuk solat Dhuha, lebih kurang jam 12 tengahari semuanya telah dan akan siap, aku akan memasukkan semua Shushi box tadi kedalam bakul bakul besar untuk di agih agihkan. Kami mengambil tempahan secara Online juga tempahan melalui pesanan Wassap dan aku akan memandu menuju kesemua tempat dan alamat alamat pelanggan untuk di hantar secara COD…cash & Delivery. Biasanya untuk pelanggan pelanggan wanita, ahlia aku akan berusuran manakala pelanggan pelanggan lelaki sudah pati aku yang menggurusi…. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer sehingga lah petang tadi semasa aku dan ahlia aku menghantar pesana pelanggan di stu Pejabat Kerajaan tiba tiba aku di tegur oleh seorang kenalan yang aku tak berapa rapat sangat dengannya dan beliau adalah rakan sekerja aku semasa aku menjawat jawatan di OGP Petronas.





Rakan tak rapat…”Assalamualaikum bro…apa khabar…buat apa kat sini…?

Aku…”Waalaikumusalam…oohh, kau Joe…ingat siapa tadi…khabar baik…?
Rakan Tak Rapat…”waah…lain macam Nampak sekarang…kau tak keja Oil & Gas lagi ker….?
Aku…”Tak lah Joe…dah lama pencen Oil & Gas…”
Rakan Tak Rapat…”Habis kau buat kerja apa sekarang…?”
Aku…”Kerja biasa biasa jer…niaga barang makan…?”
Rakan Tak Rapat…”niaga barang makan…barang apa tu…?”
Aku…”Jual makanan Jepun…Shushi, Bento dan lain lain…hantar ke customer secara COD..”
Rakan Tak Rapat…”waah…susah gak tu…tak kan laa ko belajar tinggi tinggi kerja jual kueh plak…?
Tiba tiba ahlia aku keluar dari Office pelanggannya dan melambai aku dari jauh dengan isyarat…jooom”
Rakan Tak Rapat bertanya lagi…”Isteri kau niaga sekali ker..?”
Aku…”Yer buat niaga sekali laa..”
Aku lalu melambai balik kat ahlia aku dengan isyarat..”5 minutes please” dan aku kata kat kawan aku…
“Bro…isteri aku Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio Medical tetapi dia pernah cakap kat aku…”Bang saya belajar tinggi tinggi ni bukan nyer niat nak menjawat “Jawatan Dunia” tapi cukup lah untuk membuat saya jadi cerdik supaya saya dapat mendidik anak dan zuriat saya agar tidak langgar perintah Allah dan tahu batas batas agama…”
Bhai, sememangnya benar seperti orang orang tua kita kata….mulut tempayan boleh ditutup tetapi tidak mulut manusia, segulung Ijazah Sarjana Mudah milik isteri aku Ayunie Russ masih di simpan di dalam laci almari.
Aku tak kisah apa yang korang nak kata tapi pokok pangkalnya aku juga berpegang kepada prinsip seperti mana yang ahlia aku katakana…tak per lah kalau susah di dunia yang sementara ini asalkan kita akan senang berkekalan di hari kemudian, dan belajar setinggi mana pun kalau halal haram masih tak tau nak beza maka lebih bagus kalau jadi orang kampong makan pakai setakat mana yang ada…
Betul tak…?
Wallahwaalam
Psst : orang kalau dah tak senang dengan Dakwah ni…kita buat apa pun jadi serba tak kena kat mata dia…



BERINGAT-INGATLAH KITA JANGAN PERKECILKAN ORANG LAIN..

RAHSIA KULIT MUKA GLOWING gitewww :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Nil ada tengok search keywords tadi , ada orang cari tentang rahsia kulit Nil glowing lah agaknya HAHAK , ni mesti sebab Nil ada post gambar dekat facebook BEFORE @ AFTER ? Hahak Harap ada orang ngaku shapew lettew ??? Jeng Jeng Jeng ,.

Meh Nil nak dedahkan Nil ni betul ke dah Glow ni .. Dah flaw ni Huhauahaua ... Ing and less ? Hahak. Malu lah nak letak pic sebelum tu , tapi itu dulu sekarang dah melecun dan dulu burn je muka ni berjeragat and tak sekata . Tapi bila dah pakai produk ni , automatik memang cun melecun lah baq hanggg ! Ha , apa lah tu ??? Kalau nak order sila lah pm Nil di fb tu..






Ada sis sorang ni cakap gambar aku ni dah macam makan produk kurus bukannya produk kecantikan bahaha ! Ok . sebenarnya nampak cam slim eh ? Mungkin tudung kot.. Yang sebelah kiri tu baru baik demam campak . dan kalau zoom terserlah segala jenis penyakit kat muka tu . Yelah kalau campak nak mandi pun tak bersabun . Mana boleh bersabun kalau ada gelembung tu , pantag macam-macam . MasyaALLAH ujia betul .

Dan bila selepas tu , Nil dapat testimoni produk free daripada seorang sys ni . Produk GLOW namanya . Baru keluar dan Nil sebagai testimoni. Hemmm . Try punya try terbaik la... Sebab bangun pagi memang nampak glow and flawless gila muka ni . Cam berminyak sikit dan lembap . Cute penuh nutrien kan .

Nil guna baru 2 minggu dah ok dah . Sebelum ni kulit nil tak sekata bila guna leher dan satu badan boleh guna . memang cun la kalau satu badan boleh guna.



Kalau nak try boleh la pm nil untuk beli k ??? Heheik suka sangat tengs GLOW !!! Muah !! 

Cepat dapatkan GLOW dari Nil hehek murah je :)

Wednesday, July 1

PUDING KARAMEL TANPA TELUR !! MUDAH DAN BAJET :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim




EH , untunglah kalau tanpa telur. Selalu buat bau hanyir dan satu lagi sebab sebab telur mahal bahahaha . Kalau nak buat selalu pon Ok ni . !

Sebelum ni ada entry nil yang ajar buat puding ni guna telur . Cubalah yang mana sedap.

Nil buat yang ada telur tahula.. Yang ni taktau hehehehe :)

Klik link kalau nak baca entry nil tu ...





Bahan-Bahan A (Gula Hangus) 

  • 2 sudu besar gula pasir



 Bahan-Bahan B (Puding)

  •  1 paket agar-agar serbuk 10g
  •  4 cawan air 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 tin susu cair 
  • 3sb tepung kastard
  •  1 sk esen vanilla



Cara-cara


 buat gula hangus seperti biasa.
Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.
Kemudian ketepikan Satukan semua bahan B.
Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel. 
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
 Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras
.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang. 


Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

“Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015”

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Eh , tengok ada lagi Giveaway by Nile and lyssa faizureen ? Wah dah lama dah Nil follow je tade rezeki tahun ni cuba lagi . InsyaALLAH ..

Duk skoden Nile ni macam best je  barang kat situ , murah gila.. Baju cantik-cantik..

Jualan raya kali ni.. Join lagi la mesti best ..



“Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015”


http://www.nile.com.my/page.php?cd=101





Product: Bohemia Chiffon Long Dress
 Price Meletop: RM19.90
 Date: 29/06/2015 
Time: start 3.00pm 
 Quantity: 100 pieces 


Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm 
 Quantity: 80 pieces


Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
 Quantity: 200 pieces


Product: Men N Sport Shoes
Price Meletop: RM17.90
Date: 25/06/2015
Time: start 4.00pm 
Quantity: 50 pairs


Gempak nak join Jum..


Sementara awal lagi .yukkk !!! Gud luck


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...