Wednesday, April 27

Persiapan yang perlu fikir sebelum Kahwin ^_^

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Syukur alhamdulilllah , masih lagi dapat hirup udara segar yang ALLAH bagi ni. Hidup ni asik fikirkan benda-benda macam ni. Semua orang tak lari. Tapi bukan Nil yang nak kahwin. Cuma Nil nak bagi pendapat dan dari segi persiapan sebelum fikir nak kahwin. Sebab kahwin ni bukan hal main-main. MasyaALLAH . besar hajat ni. Bawa ke mati. Ni last part dalam hidup bagi manusia.



Sebab bila dah kahwin ni kita pilih orang yang betul-betul nak bersama kita. Harungi hari yang baru. Sambung keturunan selepas mak ayah kita bercinta dan lahirkan kita. Dengan malu-malu dan segan silu kita pula yang naik pelamin. Lepas tu kita pula lahirkan kembali diri kita. Maksudnya perasaan yang kita dah rasa kini turun dekat keturunan dan zuriat kita. MasyaALLAH.

Nak kahwin muda ? Kena fikir banyak hal. Ada ibu bapa yang bagi kita kahwin muda sebab tak nak kita tanggung dosa dan mereka juga tak mampu nak jaga kita, Takut kalau kita tak mampu jaga diri kita. Lebih baik dikahwinkan. Ada pulak yang rasakan lebih baik daripada kita buat dosa, Dan last sekali diorang nak tengok kebahagiaan kita sebelum diorang tutup mata. Atau mereka dah sunyi ataupun memang jodoh kita dah sampai. Kalau bukan kahwin muda pun, dah umur 25 sebagai perempuan sepatutnya dah sampai tahap orang tak persoalkan muda ke tua ke. Memang hak dia dah sampai untuk kahwin. Selalu macam tu kalau bawah 25 mesti ada yang cakap masih muda. Kalau 25 tahun gerentilah diorang.. jawab,.. OOOO... 25 tahun. Itu je.



Kahwin ni kita mesti fikir kita kena bersedia nak bersama dia, Jadi pilihlah di kalangan lelaki yang baik. Bukan sekadar nafsu semata-mata. Kita dah boleh tengok dari masa bercinta. Dia inginkan nafsu lebih ataupun memang ikhlas dia perlukan teman jika sunyi. dan niat kerana ALLAH SWT. dulu memang Nil tak fikir semua ni. Bila tengok orang share di fb , carilah yang boleh jadi imam. Memang clishe, tapi memang betul dan setuju. Makin berumur memang dapat rasakan kebenaran yang dicari. 

Daripada imam, dan bimbingan serta seimbangkan dunia tulah yang bawa kebahagiaan dan rezeki. Sebab 100% ALLAH janjikan kebahagiaan jika kita pegang teguh pada alquran dan solat serta al sunnah. Memang Nil bukanlah alim pon. Tapi kita syukurlah dilahirkan islam. Kita boleh lagi bertaubat. Tak kiralah macam mana pun, kalau sempat boleh berubah. Kalau dah kahwin apa salahnya dengan kemahuan suami kita. Boleh berubah.

Kita nak hidup dengan dia. Pastikan kita tunjuk kekurangan dahulu. Sebab bercinta kita tak tinggal bersama. Jumpa kalau paling kerap seminggu sahaja. Contoh... Tu pun tak memadai. Kalau sebulan pon tak memadai. Ni kita nak hidup 20 tahun.. 40 tahun... Nak tengok wajah dia. Apa kita target tu penting bila kahwin.

Dah kahwin.. nak jadi cantik untuk dia walaupun dah 40 tahun. Nak kemas dan comel. Nak masak sedap-sedap. Anak-anak pon walau tak comel penuh dengan pendidikan. Hasil usaha bersama. Rumah nak kena kemas comel je. Ha... kena fikir semua ni sebab tak terasa walaupun 90 tahun. Kesihatan kena jaga. Kalau nanti tua kena darah tinggi kencing manis. Mana best ! Tak cun dah nanti. Tak ada vitamin tak selera nak ditengok suami. Jadi pastikan baik-baik sahaja, Jaga pemakanan dan kekalkan awet muda. Apa salahnya gi treatment rambut. Suami dapat dua orang isteri. 2 IN ONE bukan kahwin baru. Luar macam NEELOFA.... dalam rumah macam fathia latiff versi tak pakai tudung la sebab sekarang dia dah bertudung kan.

Suami pon sayang. walaupun anak 10 still cun. Kat syurga nanti muda balik. Minta nak bersama suami nanti dalam syurga. Belajar quran sama-sama biar wangi je dalam rumah. Wallahualam.

Tuesday, April 26

Cabar diri sendiri Lost 15 Kg in 3 Weeks !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah blog ni dah nampak macam bernyawa sikit. Barulah seronok nak update. Pagi-pagi buta semua orang dah tidoq. Nil sorang je ke berjaga ni. Jadi kelawar pulak ler pagi-pagi ni. Apa pun semangat masih kental dan kuat, Ceceh ek eleh. Nak habaq tapi ni rahsia. 
sebab nya belum capai target lagi. 

Sebelum ni dah try buat 1 minggu turun 5 kg. 3 minggu dah turun 8 kg. Sepatutnya in 3 week dah turun 15 kg kan . Disebabkan Nil langgar diet. Its ok sebab exam Nil agak stress bila tak makan. Tapi dah terbalik. Ingatkan kena sebat je semua makanan. Mungkin perut Nil dah sempit agaknya, Biasa makan protein je. Ok tak susah untuk Nil start buat and konsisten. Mak Nil pon alu-alukan Nil capai target. Nil ada merayau kat shopping mall nampak jumpsuit dress. Dulu time kecik pakai. Dan banyak baju Nil bagi dekat jiran. Segala macam dress and baju skirt. 

Memang dulu senang sangat nak sarungkan semua jenis shawl dan gayakan ikut muKA Nil, sekarang dah susah sebab dah chubby. Kawan Nil cakap Nil mana gemuk pun. Cuma chubby. Tapi kalau dah sampai angka seventy above. Dah gemuk obesiti dah tu. 

Lagipun sampai bila nak gemuk and chubby camni, Double chin bawah dagu tu kacau lah nak pakai bawal atau shawl. Tak cantik. Lagipun kalau raya , susah lah nak gayakan baju2 yang minat. Disebabkan sendat dekat bontot. Ok.. Nil rasa Nil akan start esok walaupun masih ada dua hari untuk exam. Its oklah cuba cover kan.

Nil tak akan bongkarkan lagi produk X yang bagus untuk kesihatan dan sebagai supplemen time Nil dIET. Yelah kalau kita terkejutkan perut tiba-tiba stop makan nasi susah juga. Sebelum tal percaya dengan semua produk tapi sekarang pon tak makan produk untuk kurus cuma makan sebagai supplemen.. supaya tak lemah. Kekal cantik dan cergas walaupun makan protein je.

Nil tak akan bongkarkan lagi selagi Nil tak dapat pakai baju yang diidamkan. Yezzaaaa...

Lepas lost weight. Baru Nil kongsikan dan Nil akan bantu sesiapa yang nak kurus ye. 

Byeeee !! Selamat mimpikan wajah yang cun , putih, kurus ye....

Friday, April 8

Kulit kayu manis dan bedak sejuk bantu rawat wajah !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Yes , tips yang Nil selalu buat. Masih buat sekarang. Ni tips daripada kawan Nil. Beliau dikenali sebagai E_i___.

Dulu time kita orang di kelas dia ada bagitahu tentang tips ni. Jadi Nil share. Sebab Nil cuba memang kesan dia best sangat. Sebenarnya dia ada bagitahu satu cara tapi Nil selalu gabungkan dengan satu lagi cara. Kononnya facial di rumah.

 Kejap je, Sangatlah happy buat benda ni. Sebab lebih berkeyakinan keesokan harinya. Kulit muka jadi flawless. Yang paling best tak payah lekat kertas atau apa benda untuk tarik white and black head. Memang apa yang degil dekat kulit muka tu akan hilang.

Eh sabar sabar. Baru nak bermukadimah kejap. Kenalah suspen sikit kan. Kalau ada yang pernah buat bolehlah share share untuk bagitahu yang benda ni juga berkesan supaya ada yang yakin untuk mencuba. Setakat ni kami bertiga yang tahu sebab kak Nil pun pernah buat. Jadi kami ok je. Nak diceritakan kulit kawan Nil ni memang ada masalah jerawat.

Kemudian mak beliau beri tips tersebut kepada beliau. Alhamdulillah lepas dia buat tips tu dan datang sekolah dengan wajah yang sangat bersih. Cuma katanya agak panas sikit. Tak kisah kalau panas tak effectkan wajah dan hilangkan apa yang tak bagus dekat wajah kita.

 Nil tak ada jerawat cuma jeragat. white and black pore memang banyak. Bila buat tips ni membantu sebaik sebanyaklah. Wajah akan jadi bersih dan bila mekap nampak elok je. Cerah pon mungkin berlaku.




Apa yang korang kena buat. Dapatkan bedak sejuk Dapatkan kayu manis (satu dah cukup )

Korang bancuhkan, Sebelum tu tumbuk biar jadi serbuk guna lesung batu atau mesin kisar kering tu. Letak sikit biar nampak kuning-kuning selepas bancuhkan bedak sejuk.

Bancuh cukup2 untuk wajah korang pakai. Kalau simpan t dia keras. Better buat sekali je lepas tu kalau nak pakai lagi baru buat. Leibih2 jangan simpan.

 Sebab kita perlu yang fresh. Kalau nak lagi best letak dalam peti ais kejap. Bila sejuk sapu kat muka. Elakkan kawasan mata ok.. Agak panas sikit wajah. Tapi bagus. Kalau lepas buat rasa pedih. Ambil air ais dalam peti ais basahkan muka. Semua akan kembali normal;

Kalau masih pedih .. sebenarnya ok je. mana tahu.. kalau selalu buat kurang rasa tu sebab kulit dah ok. Kulit kayu manis jangan banyak. Kalau terlalu sikit tu.. kena tambah kalau tak ada rasa apa-apa. Buat 2 kali seminggu ke. Dulu Nil selalu pergi mydin area rempah tu.

Terus je beli serbuk senang sikit. Hehe Sekarang tumbuk je. Parut pon boleh hilang tau. Bukan main-main. Kalau korang google mesti ada. Ok actually ada tips lagi untuk hilangkan rasa panas. Kan Nil ada cakap ada dua tips Nil selalu buat bersama dengan tips ni. lepas basuh muka buat tips seterusnya pulak. Ha.. Tunggu.. Stay tuned.. !! Semua untuk natural beauty.

No cost.Saving. Fakta :)

Kecilkan punggung , paha , bawah lengan , dan hilangkan double chin dengan mudah !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah masih boleh menaip untuk memberi sedikit perkongsian. Tahukah sebagai perempuan terlalu susah untuk kita nak buang tayar spare yang berkurun lama tu. Kadang-kadang dah menjangkau sehingga 3 hingga 4 tahun tayar lori masih ada di sekeliling pinggang kita. Tahu ke tak ni apa itu tyres atau tayar yang dimaksudkan tu.

Ok kalau tak tahu boleh check kat pinggang korang sama ada  dah sebesar tayar basikal atau dah menjangkau tayar lori berkilo tan . Hemm yang itu adalah harta kita yang perlu dijaga jangan sampai kita nak bangun solat, nak pergi dapur pon susah. Hari-hari stress sebab nak pakai baju semuanya melekat di pinggang. Tak cantik kan ? 

Bertambah jelous bila ada awek yang bekerja di airport lalu depan kita. Ceh , kenapa airport pulak ? Sebab kantoi Nil sendiri pon jeles bila nampak diorang berpakaian sangat fit and slim ada shape lagi tu. Tapi kita ? Apa yang jadi ? Tak boleh nak jadi sebegitu. Tak kanlah itu menjadi impian kita sampai kita tua.

Masih muda atau sudah tua pun kena jaga. Supaya dapat bagi keyakinan dalam hidup kita. Tak nak kan kalau kita dah tak ada nanti kita susahkan orang lain nak angkat kita. Ataupun kita sakit, Kesiankan keluarga kita nak jaga. Suami atau pun family yang lain. Lagipun kita sebagai manusia nak ada apa yang kita impikan demi kebahagiaan dalam hidup kita.

Eh membebel banyak la pulak.


Ok tips mudah. Untuk kecikkan punggung , korang perlu banyak berjalan. Kalau banyak tangga lagi bagus. Kononnya ke tempat kerja naik escalator tapi buat macam tangga. Jalan je jangan biar kita dibawa oleh escalator. Kalau nak turun better guna lift sebab tak bagus untuk lutut. Yes Nil tahu sebab seorang atlet ada bagitahu rahsia ni.

Dengan cepat korang boleh kecikkan punggung. tambah-tambah dah makan. Bakar balik kalori. Double chin tu pulak jangan simpan banyak-banyak nanti tak cute nak pakai tudung. tak runcing dagu tu. Korang boleh naik tangga selalu. kalau turun tak ada lift, Its ok turun je. 

Kemudian buat sit up . Sehari pastikan buat sampai rasa tak nak. Ok bila esok buat pastikan tambah sikit sampai dah rasa biasa. Dan buat lagi mencabar ok. Pastikan kita rasa seksa sikit. SEKSA tulah sebenarnya bagi kesan. Jangan hangat hangat tahi ayam,. Seminggu je buat. Bantu diri kita sendiri ok.

Kemudian untuk bawah dagu dan lengan yang sangat labuh tu boleh cuba untuk kayuh basikal juga. Jangan takut naik tangga pun dah boleh bantu. Kalau satu tempat dah kecik tempat lain pon boleh dapat lihat kesan, Tangan dan dagu akan nampak kesan bila kita selalu buat sit up. Bontot makin kecil dan perut juga sebab banyak angin daripada kita sendawa.

Ok done Next tips. Next story. Stay Tuned
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...