Friday, May 20

Silap Tanggapan Untuk Beribadah Luar Kebiasaan ! Hati-Hati Saudari - Saudara :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


MasyaALLAH , baru malam ni aku tahu ilmu ALLAH ni. Selalu beli buku agama tapi letak je tepi. Sekali baca baru dapat kesedaran tu. Korang pun kalau ada buku agama yang masih belum baca cepat-cepat keluarkan dan baca. Bukan apa jangan jadi macam Nil. Dapat baucer buku bedal Novel tu pun satu jelah Hehe , buku agama tapi baru hari ini baca, Mujurlah ada kekuatan dan semangat untuk lawan rasa malas tu. Syaitan tak henti-henti nak jauhkan kita daripada ALLAH SWT dan Rasulullah saw.




Jangan malas baca , sebab apa yang terkandung buat kita ternganga. Contoh dengan apa yang Nil dapat malam ni. MasyaALLAH Nil akui kelemahan diri bila Nil fikir 

"Aku tak nak kahwin pon takpa. Kalau tak ada jodoh. Beribadah je sebab bidadara menunggu"

Ok , ingat tak boleh gelakkan sesiapa. Bagi sesetengah manusia dan kebanyakan manusia terutama perempuan atau lelaki ada perasaan macam ni. sebenarnya dia dah berniat salah dan akan berdosa sekiranya dia anggap sebegitu sehinggakan dia beribadah siang malam , Orang datang nak masuk minang pun tak nak kononnya beribadah. Wallahualam.

Nil bukan main cakap je ye.. sebab kalau Nil main cakap je akan jadi macam ni..

Ibnu Abbas meriwayatkan Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa yang bercakap berkenaan al-Quran menurut pandangan akalnya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya di neraka". (HR at-Tarmizi: 2950)
MasyaALLAH !


Jangan ikut pandangan tanpa ada kesahihan. Semua kita cakap kena kaji dan ilmu dari sumber yang betul. Menakutkan masyaALLAH jangan ambil mudah. Nil sendiri cuba untuk belajar walaupun course Nil adalah graphic designer. Tapi ilmu kita diumpamakan celup satu jari ke dalam air laut. Itulah ilmu kita. Sikitnya ! Jadi tak semestinya kita belajar itu.. kita dilecehkan bila cakap pasal agama. Ilmu kita perlu terokai. Jangan riak. Tapi sampaikanlah walau sepotong ayat jika itu mampu. Niat Nil sebenarnya untuk semua orang. Terutama umur macam Nil. Nil takut pada azab ALLAH.
Hari-Hari Nil berjuang nyawa. Disebabkan Nil selalu naik motor naik kereta ke mana-mana. Nil takut sangat-sangat tiba-tiba jatuh dan meninggal. 

Nil tak sempat nak buat apa-apa. Nil ada benda tapi Nil tak sampaikan. Nil pon baca daripada Buku. Kalau korang nak boleh cari buku RESAH HATI RASULULLAH SAW. Tahu , setengah daripada kita tak berpeluang nak beli buku atau macam-macamlah. Sekurangnya kita kongsikan. Tak semua buku kita dapat beli dengan duit kita. Apa yang mampu kita baca dan kongsi kan. Tapi jangan sampai kita ciplak cakap tu hasil kita. Tapi , niat kita tu penting terutama tentang agama jika itu mampu sedarkan semua orang. MasyaALLAH.

Penulis akan mati apa yang kekal penulisannya.  Kembali pada apa yang Nil baca. Nil tahu Nil pernah bercinta. Sampai satu masa kita punya kebodohan sampai ke puncak. Sampai kita frust dengan manusia. Walaupun kita sedia tahu kita sementara di dunia. Lepas tu kita ungkapkan satu perasaan , TAKPALAH TAK KAHWIN TAKPA , Solat dan beribadah. Sampai tepis itu ini. Salah sebenarnya. Baca bawah ni supaya korang faham.


Terdapat sebahagian umat islam beribadah luar kebiasaan. Seperti puasa tapi tak berbuka , tak tidur malam untuk solat, tak kahwin demi beri tumpuan sepenuhnya kepada ALLAH , tak bergaul dengan masyarakat sekeliling dengan alasan demi ibadah , lalukan amalan luar dari kebiasaan dan menyalahi kudrat sbg manusia biasa , kononnya atas NAMA AGAMA.

Anas bin Malik berkata ,

"Suatu hari ada tiga orang lelaki datang ke kediaman Aisyah. Mereka bertanya tentang ibadah Rasulullah. Seuisai dijelaskan oleh Aisyah, tiga orang lelaki tersebut berikrar untuk melakukan ibadah melebeihi daripada itu.

Lelaki pertama berkata "Aku tidak tidur malam demi berdiri (solat) malam sepanjang hidupku'. Lelaki kedua berkata, 'aku akan berpuasa sehingga kematian menjemputku' Lelaki ketiga berkata 'Aku akan menjauhi wanita (tidak berkahwin) sepanjang hidupku."

Ketika hal tersebut diberitahu kepada Rasulullah Saw maka baginda memanggil mereka itu lalu bersabda, ' Kamukah yang berkata akan melakukan itu dan ini ?' Mereka menjawab 'Benar'.

Rasulullah SAW berkata tegas kepada tiga lelaki tersebut, 'Ketahuilah demi ALLAH, aku adalah manusia yang paling takut kepada ALLAH dan paling bertakwa kepadaNYA antara kamu. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku tidur dan solat malam (qiamullal) aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang membenci sunnahku, dia bukan termasuk golongan (umat)ku".

MasyaALLAH , ketika Nil tulis rasa perasaan lain macam. Nil takut dengan sikap riak untuk sampaikan ilmu ni. Semoga kalian mendoakan agar Nil dijauhkan daripada perasaan sebegitu. Jauhkanlah. 

Baca dan sharelah . Diizinkan. Demi keberkatan bersama. Terima kasih kepada penerbit buku-buku fundamental Islami. 

InsyaALLAH akan dikongsikan apa yang terbaik. 


Thursday, May 19

Nak Tahu Erti Cinta Sejati dan Jodoh :)

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim




Sebut pasal cinta ni semua orang nak tahu apa tu cinta. Adakah semua orang akan melalui cinta  dahulu sebelum berkahwin. Ada orang yang bercinta tapi tak berkahwin. Ada yang berkahwin atas dasar percintaan. Erti cinta dan suka adalah satu benda yang berbeza. Pada pendapat NiL lah cinta ni  mudah  dimiliki. 
Bila lafaz i love you pun ada lain lain  rasa , perasaan tu lain. Kalau sekadar ucap kita tak menyukai dan tak cinta tu lain. 
Kalau kita  betul-betul ikhlas mencintai seseorang , memang lain perasaan di saat kita lafaz. I loveeee You.. Haaa taip  pon lain macam. Tambah lagi kalau kita lafaz. HAHA bahaya kalau lafaz tu pastikan orang ketiga  bukan syaitan. 


Ingat cinta itu boleh berputik. Tak semua orang cakap yang cinta ni hanya akan berputik atas dasar  rupa. Sebenarnya , bau busuk pon boleh wangi bila dah bercinta. Kembali kepada lumrah sebagai  manusia ada warna-warna lain. Muka macam mana pun akan tetap sedap pada pandangan mata. Yang penting dia              tak  main-mainkan hati kita. Ada orang hanya bedal je. Oklah kalau dia je tinggal.. Oklah. Boleh macam tu tapi pastikan lepas kahwin lain perasaan kita. Cuba sayangi dia. Jangan pula bila orang lain datang ketika kita dah elok bersama dia , kita terus madukan dia sebagai lelaki.

Memang bagus nak madukan. Tapi ingat ... Kalau berpologami. Lelaki ni kena jaga hati isteri. Kalau isteri cemburu , berdosa. Maka diperlukan untuk minta izin isteri. Bukan main bedal je. Memang boleh kahwin empat. 



Tahu tak kenapa syarat pertama untuk mencari jodoh adalah agama ? Disebabkan orang yang tidak riak dengan agama , dan menjaga semua sikap akhlak dan hubungan dengan ALLAH maka dia akan jaga hubungan dia dengan sesama manusia juga. Kalau dia selalu solat siang malam. Dia setia kepada ALLAH , maka dia faham dia akan setia dengan isteri dan ikut semua sunnah rasulullah walaupun dia bekerjaya sekalipun.

Janganlah kaya sahaja tapi kita seorang di rumah. Bila kol tak angkat dan senang saja curang. Ingat agama itu penting. Keturunan juga. Ingat apa yang diaturkan ALLAH tu memang benar maka jangan didustakan. Orang beragama ni dia solat dia akan rasa kekurangan maka dia minta si isteri dan isteri minta suami untuk bimbing dia. Macam mana pun wajah kita nanti insyaALLAH dia akan setia. Sampai syurga. Inilah cinta kerana ALLAH SWT.

Jangan risau jika kita rasa kita dah tak suci atau kita ada buat kisah silam. Kita hentikan dan bertaubat. Tinggalkan dan lakukan semua rukun islam dan percaya dengan rukun iman. Ingatlah. Tapi tak pernah yang cakap supaya kita berkahwin dengan orang yang pernah rosakkan kita. Tak semestinya kita boleh cari lain dan ulang lagi. Sebaliknya bertaubat dan berserah jodoh pada ALLAH SWT. Allah masih menerima kita. Jika kita bertaubat dan meninggal sebelum berkahwin , ingatlah bidadara dan bidadari menunggu. Jika ada jodoh berkahwin lah sebab pahala banyak jika berkahwin. InsyaALLAH.

Cinta sejati tak bermaksud kita kena keluar dengan dia. Kita perlu pegang tangan. Tapi dia sanggup kahwini kita dan bercinta selepas kahwin dan jadikan kita halal. Bahagiakan kita. Amin. Wallahualam.




Cinta dalam Islam adalah tanggungjawab. Bukan sekadar tentang pertemuan dan kata-kata indah tapi ianya mengikat kalian dalam pernikahan

Wednesday, May 11

Penulisan Sebagai Hobi Bedal 3 Sekali #ILHAMKARANGKRAF

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Seronok gila menulis ni , ada sahaja idea yang nak ditulis. Nak mereka reka cerita yang tak pernah ada. Itulah aku suak berimaginasi. Tapi sebagai hobi jelah tak harapkan lebih-lebih. Tak naklah fikir diterbitkan atau apa pun . Sebab dah ada pengalaman. Jadi just tulis. Kalau ada Rezeki ALLAH nak bagi kita terima. Kalau tak ada pun dah cukup puas sebab rasa tenang bila buka website ilham dan dah beratus ratus orang baca. 

Memang semangat nak menulis. Walaupun gaya penulisan dah ke laut. Tapi cuba asah. Kadang-kadang tu excited untuk post dekat ilham sambung bab. Tu sebablah ada ejaan yang typo dan macam-macamlah. Haha ! Takpa benda tu boleh baiki. Cuma idea datang mencurah tulah susah nak cover.
Alhamdulillah suka sangat menulis. Ada 3 jenis tajuk sekarang dekat ilham.

Terima kasih sangat dekat ilhamkarangkraf sebab bagi peluang untuk Nil ataupun penulis-penulis muda macam Nil ni. Untuk kami kedepankan bakat dan tak susah langsung kalau nak letakkan manuskrip korang. 

Step 1 : layari Ilhamkarangkraf.com
Step 2 : Daftar dan boleh login
Step 3 " Kongsi ilham pada bahagian nama korang tu. Bila korang sentuh dengan cursor 
Step 4 : Masukkanlah apa yang perlu untuk manuskrip korang


Tak susah nak mulakan sesuatu . Antara mahu dan tak mahu. Tapi Nil tak harapkan lebih-lebih sekadar orang baca dan happy tu je. !


Dekat ilham yang pertama 

1. Jejak KASIH KARMILA
2. Grooming Husband
3. Aku hanya untukmu sayang

Jom tengok dah berapa bacaan untuk hari ini. Jam 7.31 11 Mei 2016 Heee




Bersyukur sangat dapat sambutan. Semuanya dah 1K walaupun baru letak.

Jomlah baca jangan lupa komen ngeee !!


Apa Yang Dikongsikan Buat Aku Pancit Seketika ! Subhanallah :(

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Masa tengah scroll facebook tadi , terlihat sesuatu status yang di Upkan oleh sahabat kak Nil sendiri.
Beliau ambil daripada status seorang Cikgu.
Apa pun perkongsian ini sangat bermakna.
Terima kasih atas perkongsian tersebut.
Kenapa aku pancit ketika membacanya ? Apa yang dikatakan apa yang disentuh membuat aku fikir akan kebenaran dunia sekarang.

Jom baca sama-sama. Insaflah :(



Janganlah kita berasa riak dengan apa yang kita sarungkan pada tubuh kita. Ianya hanya rezeki ALLAH. Kita hanya meminjam. Jangan sangka kita cukup sempurna dan suci hingga kita biarkan tingkah laku kita kecilkan status orang lain dan maruah orang lain.


Beberapa hari lalu saya ternampak seorg lelaki berkopiah putih marah isteri dan anak2 sebab lambat makan (mungkin dia kecemasan kot). Di masjid ketika saya singgah solat, terserempak dgn seorg yg berpakaian sunnah memandang saya: saya senyum. Dia tak senyum malah lihat atas bawah. Mungkin saya hanya pakai tshirt & seluar besar mcm Rappers Seniour. Semalam saya terserempak kereta yg penuh sticker Islamik malah terpampang kalimah syahadah penuh cermin blkg keretanya memandu mcm ambulan, potong, cucuk blkg kereta org dan hon2.
Saya terpanggil nak tulis ni disebabkan kejadian2 tersebut. Saya rasa ramai rakan2 fb pun pernah mengalami dan melihat hal yg sama.
Sedih: orang yg membawa imej Islam, tapi tak berperanan membawa Islam. Malah bg saya: mereka yg bersikap sebegini mencerminkan Islam itu tak cantik pd pandangan org lain, apatah lg org bukan Islam melihatnya.
Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita ahli masjid. Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita berpakaian Islamik & anak2 kita juga Islamik. Terkadang kita rasa hebat sebab kita ustaz atau ustazah.
Mohon maaf. Bukan nak kata pada sesiapa. Tapi saya nak kita fikir sejenak.
Mmg betul kita kena beramal soleh, tapi adakah dgn amal soleh boleh kita pandang lekeh pd org lain? Mmg betul kita dituntut hidup & berpakaian syariat, tapi adakah dgn pandang hina pd org lain? Mmg betul kita ustaz & ustazah, tp adakah kita yg terbaik?
Kdg2 kita tak sedar, kita yg bawa imej Islam membuatkan org benci pd Islam. Disebabkan sikap kita.
Cuba kita renung sekejap hadis ini:
Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.
Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata: sebentar lg datang pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin sgt tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga. Dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan.
Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.
Pemuda itu bangun Subuh. Selepas Subuh pabila mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak seperti Muaz. Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak. Dan hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.
Muaz pun menceritakan apa yg Rasulullah saw telah katakan.
Pemuda itu berkata:
Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat.
Tapi sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:
1. Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.
Muaz berkata, subahanallah. Lagi...
2. Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.
Muaz berkata, subahanallah. Lagi...
3. Aku cuba jaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.
Subhanallah...
Sahabat2 sekalian. Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita, pun silap. Kalau kita rasa kita tak payah beramal, lagilah jauhnya silap kita.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunah tp selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada. Apatah maafkan orang.... jauh sekali.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta bertampal penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan... apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....
Fikirkan.....


Akhirnya Menjadi Jugak APAM PADDLE POP Version Kukus @ Oven !!

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Jom cedok resepi cepat !
Semalam baru je share sal resepi ni , syukur resepi semalam dah mencapai Ratusan pembaca Woww.. Buka hari ni agak terkejut dan tsersnyum leborrrr..



Ini versi Oven , ingatkan tak menjadi tapi bertambah rangup dan gebu. Kalau Nil bancuh agak lembut sikit mesti gebu tauu !

Yang bawah ni pulak versi Kukus..







Korang nak cuba tak ? Mestilah Nak share jugak benda ni. Lagipun pagi tadi Nil terus lari ke kedai cake beli ovelette. Syukur menjadi. Sis syahirah memang terbaik. Share resepi betul belaka.

Banyak resepi yang beliau share dekat facebook beliau. Jomm...



Jangan Lupa nah... Sini

Sera Syahirah Dengan Resepi Apamnya !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Agak teruja Nil seketika bila lihat resepi ni Viral di facebook. Sis Sera Syahirah sendiri yang berniat untuk sharekan resepi ni. Alhamdulillah tak semua orang nak share resepi diorang. Dan sangat bersyukur ada hamba ALLAH seperti beliau yang berniat sharekan. Alhamdulillah kita pon dapat mencuba untuk keluarga kita, Esok nak try buat. Nil terus klik laju-laju facebook beliau. Dan sangat teruja bila tengok.. rupa-rupanya sis ni memang suka share resepi beliau.

Thanks sis.. Nil minta izin ya UNtuk kongsikan.

Nampak sedap. Step by step.


Ini dia facebook sis



RESEPI APAM SUSU PADLE POP
4 BIJI TELUR*
1CAWAN GULA*
1 SUDU KECIL ESEN VANILA *
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT
1 SUDU BESAR OVALETTE
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SERBUK PENAIK

CARA2:
PUTAR BAHAN BERTANDA *
PUTAR SELAMA 5MINIT
MASUKKAN SUSU PEKAT,OVALETTE,DAN TEPUNG GANDUM YG DIAYAK SEKALI DGN SERBUK PENAIK..
PUTAR LAGI 3 MINIT DGN KELAJUAN MAKSIMA..

KUKUS SELAMA 40MINIT..















kALAU Nak tengok resepi yang lain .. Apalagi terus laju-laju ke facebook beliau.
Muach sis sikit !!!


Tuesday, May 10

Tak Perlu Aircon Besar Aircon Mini Pon Ok !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Cuaca panas sekarang ni jadi tak perlu nak beli aircon besar-besar cumanya kuantiti banyak lah sebab tak cukup satu rasanya. 

Kalau nak cepat PM NIL 


Boleh letak kiub ais dan juga cucuk guna USB 










bermacam-macam warna. Woww.. ! Cute kan ??? Amacam suka tak. 
Boleh bawak naik bas. Bawa ke office, letak dalam beg. Mana tahu panas
Boleh ler guna. Kan ?








Usb Mini Aircond Nampak lebih style dengan mini cooler air ini. Mudah di bawa ke mana sahaja!. • Tak perlu berpeluh-peluh lagi. • Boleh pakai bateri atau cas. • Battery lithium yang boleh charge • Menyejukkan udara • Boleh tambah aromatherapyoil untuk menambahkan lagi kesegaran.

Stok mini aircond da datang lg..cepat grab sebelum habis stok lg..letak ais je da sejuk uolss..pkai usb @ bateri AA..nak pasang ekon hujung bulan parah pulak nk bayo...rm300 sebulan pening terr..


Harga RM 65 ATAU RM 55RM

Bagusnyaa Sabun Qu Puteh Whitening Glow Soap tu !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Yezza ! Nak habaq mai . Nil dah lama dah duk idamkan sesuatu untuk muka Nil ni. NiL SUSAH nak beli produk-produk akhir-akhir ini. Ceh wah. Nasib baik lah murah dan memadai. Sebab yelah , bila cuti sem macam ni duit pun tarak lahh.. Kahkah padan muka ya..

Nak idamkan satu set memang susahlah. Tapi muka nil sebelum ni guna sabun Lux macam tu ja sebenarnya. Ataupun yang jenis botol ni...


Ni jenis sabun biasa... tu. 




Ok Nil selalu guna sabun Lux yang atas ni. Memang sesuai jugak dengan Nil tapi untuk badanlah. Nil nak cuba sesuatu yang baru. Bila tengok muka ni tak boleh lah berterusan main bedal je kan. Sebab Nil susah nak ada jerawat cuma jeragat tapi tak cun lah kan.

Pergi kedai bombay atau Kedai jamu memang sakit betul mata nak memilih. Time ni ada duit cukup-cukup ja. Memang dah lama nak try Qu Puteh masih belum bersedia lagi sebab fulus dan juga kena bagi kurus dulu. Sekarang tengah kuruskan badan. 

Nil nampak Sabun qu puteh ni. 

Apa lagi tunggu harga RM18 ja. Nil dah azamkan kalau menjadi memang nak try produk qu puteh yang lain. Yelah kalau murah menjadi , habis yang mahal tu ?? Hermm sebab susah nak dapat testimoni yang makan produk qu puteh. Alhamdulillah kulit muka nampak segar dan pink hehe. Suka gila. asik nak senyum ja kalau lagu ni Bhahahhaa !

Terus nak sayang dato vida hahaha ! Ok bye


Puteh barulah puteh ! Jom lah dapatkan.

Jom Like Support Our Blogger In contest MotherCare Malaysia !! [broframestone]

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ha , alhamdulillah mulakan hari ini dengan baik. Jadi , jom kita sokong wife bro kita ni,


Dan anda akan dibawa terus ke facebook. Tekan Like tau ! Jangan tengok saja.

Harini kita tolong orang , esok-esok orang lain pula yang tolong kita, Hari ini kita beri senyuman untuk orang dan hari esok orang yang tak disangka beri senyuman kepada kita.

Berganda-ganda !


Ini dia contest yang wife  @broframestone kita Join. Jadi apa tunggu lagi. Klik link biru di atas. Dan klik LIKE. mudahkan ?





For ur information , gambar atas ini adalah wife kepada bro retis kita iaitu syukri muhamad nor dan his second daughter.

Vote jangan tak vote eh ! Babap nanti




Monday, May 2

Diet Atkins Betul - Betul Menjadi Tanpa Produk !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Anologinya begini, bila pengambilan karbohidrat semasa makan sudah kurang, maka badan kita secara automatik akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Bila lemak lemak di badan kita ni digunakan iaitu di jadikan bahan bakar, maka KURUS lah anda.


Ok Nil memang dalam proses diet Nil tak akan bagitahu kalau tak menjadi. Ok jangan ikut Nil sebab cara Nil agak cepat. Tapi Nil ambil langkah berjag-jaga. Bila Nil makan diet supplemen and vitamin. Ok , vitamin pun bukan boleh bedal dekat mana-mana. Kita kena tahu nasihat doktor juga, Vitamin apa. Produk apa atau daripada farmasi je ? Haaa.. tu kena lah rahsia dulu. Sebabnya Nil akan buktikan dulu tanpa ada sebarang risiko.

Bukan apa kita ni diet tiba-tiba je stop pon tak boleh juga nanti perut terkejut , jadi gastrik pula. Lepas tu kita salahkan tak boleh nak diet. Tu alasan namanya. Kita jangan gopoh sangat. Bagi Nil , Nil buat juga research. Sebelum ni , Nil ada dengar tentang diet atkins ni tapi Nil malas. Lepas ada semangat baru , yelah  sampai bila nak gemuk macam ni kan. Nak juga comel cun macam Fathia , cia cia....



Saja nak tunjuk atas ni . Sebab Nil sorang pon ada catat dan ingat . Nak timbang agak berdebar. Tak timbang selalu. Tak ajar diri beli timbang dekat rumah sebab stress. 1 kali dalam 2 minggu baru timbang memang best lah bila 5 kg lost. Around 3 weeks im lost 8kg.  Tapi disebabkan exam week Nil tak boleh kalau tak makan jadi langgar kejap. Actually tu bukan satu alasan. Tapi nak buat macam mana. Apa pun Nil tahu Nil mampu dan dah berjaya dengan cara Nil. Jadi suatu kekuatan untuk Nil teruskan lepas exam. Dan sekarang Nil start balik.

Ok , diet atkins ni tak semestinya nak kena makan telur n protein memanjang. Yang penting , someone special said "ingat You tak makan you tak akan mati" disebabkan Nil dah aim satu baju , Nil buat dengan ambil supplemen untuk bagi Nil tak lesu. Minum air sehari 1botol besar . Hari-hari makan ayam goreng je ratah. Dah macam nasi. Nil stop nasi.

Dalam seminggu pastikan ambil buah sehari sahaja. Badan kita perlu gula untuk tenaga jugak. Air berperisa dan manis serta nasi Nil tinggal selama sebulan. Yeahhh ! Nak tak nak je.


Itulah atkins cara Nil . Korang boleh makan sayur dengan ayam atau ayam dengan buah. Hee !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...