Thursday, September 29

Pengubat Strok Atau Lumpuh

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hai , bangun awal nampak Nil ni. Hujan lebat dekat luar rumah. Memangla , mana ada hujan dalam rumah. Terfikir pulak nak buat artikel tentang strok ni. Arwah abah Nil sebelum ni menghidap strok. Strok separuh badan sebelah kanan. Siapa yang alami sahaja memahami apa yang hendak Nil sampaikan. Bila kita dah dalam situasi tu. Kita nak cari penyelesaian. Tidak kiralah emak atau anak-anak. 


Sebenarnya kami juga mencari segala alternatif darisegi pengubatan strok. Ada yang cakap pergi buat sauna. Ada yang cakap pergi cucuk streoid. Ada yang cakap makan ubat ini makan ubat itu. Sebenarnya , doa dan keyakinan adalah penting. Ubat apa sekalipun kalau tak yakin tak berusaha untuk beri kepada pesakit , tak jadi juga. Kalau tak cuba jaga pemakanan pesakit tak jadi jugak.

Daripada pengalaman , abah Nil jatuh sakit pada 9 December 2014. Hampir dua tahun. Meninggal tahun ni. Nil nak berkongsi. Sebab ramai antara kita mencari alternatif. Ada yang cuba makan ubat dan tinggal ubat hospital. Tak boleh sebenarnya. Tetap makan tapi consume ubat lain sebagai ikhtiar. Angin ahmar ni jugak adalah unsur daripada syaitan wallahualam.

Dari kesannnya , kami cuba ubatkan abah ketika tu sehinggalah abah dapat peluang kedua untuk makan nasi semula seperti biasa. Bawa pergi jalan-jalan dan semakin segar. Walaupun tak 100% tapi abah dah hampir 70% sembuh. Boleh berdiri dan melangkah.

Arwah abah Nil bermula dari kencing manis dan hypo. Jadi kalau jadi macam tarik atau sawan tiba-tiba cepat-cepat cari gula atau pun madu. Sediakan madu di rumah dan air ais atau ais. Bila jadi sawan cepat jirus dan lumurkan satu badan. Jangan biar lama-lama, Tu kawalan takut tergigit lidah. Cepat-cepat letak madu dalam mulut. Kalau ada habbatussauda , cepat-cepat titik.  Tu untuk kawalan. Kalau dah ok takpa. 

Pemakanan kena jaga , jangan makan mee atau laksa. Dan sewaktu dengannya sebab bagi urat kembang. Kalau dah baik pon elakkan. Sebab tu akan bawa kepada penyakit asal balik. Lebih baik ubati dan cegah berlaku lagi.

Kebanyakan cakap , kenapa tak urut ? Pergi fisioterapi tak ? Macam abah Nil , arwah tak boleh diurut disebabkan kencing manis. Isi lembut dan juga cepat letih takut hypo. Jadi kami buat jugak , terpulang juga. Kalau nampak tak larat kami kena ada rest time.

UBAT PENYEMBUH YANG KAMI CUBA

Paling-paling disyiorkan adalah VIVIX SHAKLEE dan BEKAM.

Tapi mahal sikitlah. Tu lebih baik sebenarnya. Kalau tak mampu boleh cuba yang bawah ni. InsyaALLAH. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.



  • Habbatussauda

Hasil carian imej untuk habbatussauda titik


  • NaturalHerbs2
Hasil carian imej untuk jus naturalherbs

  • Air pusaran Laut (Kington)

Hasil carian imej untuk kington air pusaran laut

  • Madu
  • Bekam
  • Fisioterapi
  • Sauna
  • Ajar berjalan sendiri


Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Macam best je tajuknya. Haaa....

Bertingkek-tingkek ni. Mana tahu dapat ni boleh pergi camping HAHAHA 
Cute nyee... Pink tuuuu





Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam


Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Fuh , nak join ni plak. Hehehhe rajin pulak Nil hari ni...



Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.

"Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal"

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Terasa nak Join.

Nak join jugak Klik banner ok Muachh


giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 




Bestnya ,Heheik Join jom.. Klik banner tau. Moga ada rezeki !

Serum Myfa Membantu Segarkan dan Wangikan Rambut !

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Tahu kan sebelum ni , Nil memberi peluang kepada para usahawan muda yang bergiat aktif dalam mempromosikan produk masing-masing. Kali ni Nil sangat terpikat dengan product sis Dahiyah ni. Tengok sajalah testimoni yang beliau dapat. Tengok sahajalah SIS sendiri yang gunakan produk ni.


Apa kata beliau memberi keyakinan untuk Nil promosikan kepada semua orang. Yelah sebagai perempuan bertudung , nak jaga satu badan .. Dalaman dan luaran kan ? Tak syiok la kalau lepas mandi , rambut tak kering lagi dah pakai tudung. Yela nak cepatkan pergi kelas. Nil pon macam tu. Nak jugak cari solution untuk masalah ni. Korang boleh baca dengan lebih detail...

Apa pun boleh terus whatsapp Ye sis DAHIYAH :)


Pakai tudung pon rambut always wangi .. Dari pagi sampai petang ...
Berpeluh pun tak jejas . trust me . You should try .. 100% guarantee money back klau kmi tipu 😍😱

Nak serum murah ni ??
RM10
RM10
RM10
Exclude postage
(Cod hulu langat)

Just inbox or direct whatssap
0194485957

Kami berani cakap sebab kami sendiri dah gune .. Dah pakai . sangat2 puas hati ..
Mula penggunaan . rambut gugur kurang sebanyak 90% . . bila bangun rambut sangat2 lembut . . (rmbut color yang sebulan 3 ke 4x tukar color ) biasalah orang salon .. Dia gatal sikit . . he he . lastly kelemumur hilang .. Mula2 tu tak perasan pasal kelemumur . . bila ramai customer bagitau yg kelemumur diorang hilang . baru lah kami Perasan yg kelemumur kami pon dah takde . . so start daripada satu kami promote kaw2 . . setakat ni . .
Kami dah ada testimoni



Dari ada kelemumur berkuping . . dah hilang . . 😇Dari rambut gugur kronik akibat bersalin bby dah xgugur lagi . . 😳
Dari ad kutu . kutu pon hilang . .😱
Dari slalu pkai tdg berpeluh rmbut bau hapak . . pakai tdg rmbut kekal wangi smpai ptg . . 😝
Dari rmbut nipis jdi lebat . .😚
Dari botak nipis jdi tumbuh rambut . .😎
Dari rmbut lmbt pnjg jdi cpt panjg . . 🙌
Ok kmi xpaksa spe2 pcye . sbb klau kmi jdi awk pon kmi xkan pcye hrge rm10 boleh bgi kesan mcm.ni . . Tapi tak salah kite ikhtiar . . 😚
100% testimoni di page adlah dari customer2 kmi sndri 😍


 







Terus contact atau PM FACEBOOK SIS DAHIYAH

Wednesday, September 28

" segmen: bloglist ayuinsyirah tahun 2016 "

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Bestnya , Nak Join kLik banner ni

Love u AYU

WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



DATELINE 13 OKTOBER 2016


Lama tak Join cenggini He 
Thanks sebab buat segmen ni.
Insyaallah bertambah kenalan Nil hee ")

Monday, September 26

USAHAWAN MUDA "ANGAH" SIFU KAZA , Siapa ya ???

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Ha , dah habis dah design-design blog yang customer order. Dah siap dah dan dah tutup dah sebab nak ambil semangat masuk belajar untuk semester yang akan datang ni, Nil nak teruskan dengan pengisian seperti sebelum ni. 

Haa ada tengok tak blog Nil dah berwajah baru. Yela busy design blog orang lain , habis blog sendiri tak melecun cun.. Hahaha..Takpalah Nil nak review usahawan muda sorang ni. Haa Nil panggil beliau angah. Umur sebaya ni tapi dah berjaya ni.. Mana tahu boleh kerja dengan SIFU KAZA hehe:)

Haa SIFU KAZA ? Ok SIFU KAZA ni siapa pulak ? Adakah nama tersebut adalah nama sebenar angah ? Haa... Jom kita skoden biodata si angah ni. Maaf la , nil terbiasa panggil angah.






Muhammad kamaruzaman ariff bin mohd jamal atau nama panggilannya sifu kaza dikalangan kenalan rapat serta pelajar-pelajarnya sudah tidak asing lagi didalam industri perniagaan online ataupun industri keewangan.Beliau suatu ketika dulu pernah berada dan menduduki jawatan dalam beberapa NGO sebelum bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Insan berusia Twenty something ini telah mencipta nama dalam pelbagai bidang yang beliau ceburi dari dulu hingga ke sekarang.Kami telah menjejaki beliau dan menerbitkan artikel ini untuk tatapan anak muda yang berjiwa sama seperti beliau supaya dapat mengambil kata-kata beliau sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam bidang yang diceburi.

Penulis pernah menulis artikel tentang beliau yang pada ketika itu masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi kerana semangat dan usaha gigih,beliau dapat mengecapi impian beliau untuk menjadi seorang usahawan berjaya.Kini pada 2016 beliau telah mengorak satu lagi langkah kehadapan dan menjadi seorang speaker dan motivator dalam bidang kewangan dan pemasaran

"Nak seribu daya tak nak seribu dalih" begitulah ungkapan beliau bila tanya tentang anak muda seusia beliau yang masih mencari hala tujuan hidup masing-masing.Jika kita ingin berjaya pastikan dulu matlamat kita betul.Cuba cari satu bidang yang kita minat dan ceburi bidang tersebut dan buat sampai berjaya.Jatuh dan bangun itu biasa dalam perniagaan tetapi bangun dari jatuh itu sangat luar biasa dan patut diberikan pujian sewajarnya.Pastikan anda setkan didalam minda dan diri anda matlamat hidup yang anda paling minati,tak kisahlah nak jadi seorang chef,engineer,wartawan mahupun usahawan.Bila dah ada matlamat perkara kedua adalah berusaha.Berusaha dari segi ilmu,dari segi spiritual dan fizikal.Pastikan anda dah bersedia untuk jatuh,pastikan anda dah bersedia untuk rugi dan pastikan anda dah bersedia untuk dikiritik oleh orang lain.

Itu nasihat beliau kepada penulis sewaktu ditemubual.semoga segala nasihat yang telah beliau sampaikan menjadi pemangkin untuk anak muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berusaha untuk berjaya sekian...



Ada rasa macam meremang bulu roma tak ? Haaa... kalau bulu roma takpe.. jangan lain Haha ehh lucah pulak. Habis la blog ni kena hack nanti. 

Fuhh , nak review usahawan muda ni. Kena baik-baik sikit. Silap kena saman satgi. Haa.. 
Nak lebih mengenali beliau ? Mana tahu nak cungkil rahsia. Nak tahu selok belok , nak masuk kelas beliau. Cer tengok gambar atas ni , muda lagi dah mengajar orang yang lebih berumur. Hebat ni wehhh...

JOm klik Link bawah ni laju-laju.

Terjah SIFU kita....



Sunday, September 25

Cara Lajukan Blog by NH

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Haaaaa.. nak share boleh tak ? Dah dapat ilmu mana boleh tak kongsi dengan semua orang. Sesamalah kongsi ilmu ye tak. Nil design blog sebelum ni , customer puji blog diorang laju. Yelah kalau design penuh dengan coding dekat situ sini kan. 

Kalau ada yang nak tanya , macam mana itu ini kan... bolehlah request Nil boleh usahakan. InsyaALLAH. 

Kali ni Nil bantu setengah blog yang banyak sangat design pada body blog , then bila masuk.. MasyaALLAH lambat benor... Haaa.. Sekarang Ikut ye.

Ada dua step.

Pertama di ruangan layout , add gadget.
Kedua di ruangan template, edit html.

 First Step

1. Login blog korang. Terus ke dashboard kan ?
2. Pilih layout
3. Klik add gadget
4. Pilih HTML Javascript
5. Paste coding bawah ni dalam ruangan kotak tu

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"><br /><script type="'text/javascript'" src="'https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver="></script><script type="text/javascript"><br />jQuery(document).ready(function($){<br />if (navigator.platform == "iPad") return;<br />jQuery("img").lazyload({<br />effect:"fadeIn",<br />placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtE OZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"<br />});<br />});</script>


Second Step

 1. Login blog korang. Terus ke dashboard kan ?
2. Pilih Template
3. Klik EDIT HTML bukan Customize tapi EDIT HTML
4. Cari code ni 

</head>

 Cara nak cari ctrl+f paste code atas tu atas ruangan kotak yang muncul tu. Dan Enter

5. Dah jumpa ? Paste code di bawah ini pula DI ATAS code yang jumpa tadi

<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/><script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});</script>
6. Preview dulu , kalau tak ada ERROR.
7. Save




InsyaALLAH cuba tengok Laju tak ? Haaa... Nak copy boleh. Credit Untuk Nil ye




Friday, September 23

DESIGN BLOG SIS SUHANA Untuk katering Tema Pink Purple

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Dah siap dah pun , nak order lagi lepas ni kena tunggu Nil free. Jadual semester baru pun dah keluar. Kalau nak kena tunggu nil free. Apa pun setakat ni je nil mampu buat. Kak suhana minta untuk katering beliau. 

Alhamdulillah dah siap ngeehe.. Lepas fokus untuk novel dan juga study hee :)

Nak terjah ?? Tengok post bawah sekali untuk ke blog sis.






nak order Klik Fb nil sebelah kiri blog :)


Design Blog UMIE RIZUWAN Bertemakan Pink Hijau

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah design blog yang agak mencabar. Alhamdulillah diberi kepercayaan. Selepas hadirnya blog-blog ni , dengan design Nil ni , syukur ramai yang sudi nak order. Buat minggu ni Nil memang free. Tapi tengah fikir sama ada nak tutup ke tidak tempahan blog sebab semester baru dah nak start. Hee , apa pun jum kita skoden design yang Nil provide dan create untuk sis Umie ni.

Kak Umie minta Nil buat untuk produk yang beliau akan jual di website tersebut. Minta Nil design kena dengan produk dan warna produk.  Nil cuba alhamdulillah sis suka. Sebelum ni Nil design blog sis Najihah. Kalau tak tengok lagi boleh tengok link ni.







Nak tengok dengan lebih dekat dan full screen  , Sini


Harga Nil ambil berdasarkan design yang agak crowded , simple , masa berapa lama dan juga upah untuk create blog. Setengah yang order tak ada blog jadi Nil buat semua. Perlulah upah sikit. Ha ..
tak mahal :)

Ok nantikan next blog design Bye :)

Assalammualaikum !!

Sunday, September 18

SIAP DESIGN BLOG SIS NAJIHAH DEDEQDEWISHES

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah dapat siapkan tempahan design blog sis NAJIHAH.  Sis nak tema pink , apabila diberi gambar anak sis Najihah , terdetik di hati nak cute kan gambar tu dan header. Alhamdulillah feedback sis 'suka sangat' .

Risau juga kalau tak dapat memenuhi permintaan dan kemahuan customer. Thanks sis sudi order. Nantikan design seterusnya. Nak order Klik Facebook Nil ye untuk order.










Klik laju2 terjah sis kita meh :)


Thursday, September 15

Imbas Kembali Detik Bersama Arwah Abah

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Mesti lah Nil tak lupa tentang artikel-artikel Nil pernah update sampai masuk dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA. Ada yang tahu ada yang tak tahu. Tak tahu ni ha nak habaq mai,.

Hasil carian imej untuk nilam dalam utusan


Coretan perasaan Nilam Syapina.

Disebabkan artikel-artikel Nil pernah update ketika arwah abah masih ada. Abah baru je meninggal 25 August 2016. 


Aku masih ingat peristiwa malam itu.. 9 hb malam 11.oo malam.. di airport penang aku sebagai staf penang delight , entah kenapa hari itu aku menjadi begitu resah. bagai ada sesuatu yang bakal berlaku. naluri hati aku begitu kuat meronta. namun aku cuba kuatkan.. untuk terus bekerja.. lagi beberapa jam lagi untuk aku pulang.. baru cukup 10 hari pada hari itu aku mula bekerja dan diterima di situ. syukur alhamdulillah aku bersyukur..

abah pernah cakap... dekat mak " Nah , nanti kita p melawat pina kerja kat sana k" panggiilan manja aku dkeat rumah :)

namun kata kata itu hanya menjadi angan angan tanpa kenyataan lagi.. aku tengok jam di tangan. dah hampir waktu balik. entah kenapa selama aku bekerja di situ walaupun septautnya aku sebagai pekerja baru aku perlu dapatkan nombor fon staf yang lain.. tiba tiba sahaja aku dpaatkan resit ksoong dalam bakul sampah di kaunter cashier aku.. dan terus bawa sebatang pen ke arah kawan baru aku di belakang.. aku terus segera mencatat nnombor fon kedua staf yang sedang bekerja satu shift dengan aku.

bagaikan ada sesuatu yang menyuruh aku agar segera .. mengambil nombor fon jika berlaku sesuatu..

dah cukup waktu.. aku terus tersneyum 10 malam.. waktu kerja sudah tamat... selalu aku naik moto je ke tempat kerja. ,memandangkan aku perempuan.. ke airport 14 km. better aku naik bas rapid sahaja.namun kerisauan mak aku ada hikmah.. selepas apa yang berlaku pada abah.. aku dah stop.. mak pon dah tak risau..

terus aku ke centre perfume untuk punch card.. dengan orang yang sedang berpusu pusu naik flight... aku terus gapai beg dan punch card.. terus ucap byye kepada semua. lalu aku terus ke station bas.. selepas buat spotcheck bag pada manager.. rupanya itu hari pertama aku bekerja shifht malam...

bergegas aku sebaik nampak bas... naik terus .. sebaik melihat nombor laluan milik laluan yg speatutnya aku naik..

ya ? 2rm ya ? terus aku bayar dan naik terus ke kerusi belakang.. dnegan lagaknya aku duduk.. bedal habis kerusi penat sangat... nasib orang tak nampak.. dalam fikiran aku..

"kalau jadi apa-apa... oklah aku tidur lewat pon takpa"

hati aku cakap sebegitu entah kenapa... aku sendiri pon tak perasaan di sbealik makna tu...

sampai sahaja di station bus rapid.. aku turun naik moto yang aku parking petang tadi sebelum naik bas ke tempat kerja..  aku terus naik moto 10.50 malam... terus ke rumah dnegan lajunya aku bawa... sampai sahaja di laluan rumah..

ambulan ???? aku tengok katil dari pintu rumah.. aku berhentikan moto depan ambulan yang tutup jalan untuk aku terus ke depan rumah...

adakah adik ? sebab adik dah demam seminggu ? adakah nenek ? siapa tu ?? abah ?? tangan terkulai ?? tak boleh cakap dah ???

semalam baru je kita tengok wwe sama sama... aku nak abah yang dulu !!!!! bersambung :)


Next NUKILAN UNTUK ABAH

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

sesungguhnya manusia yang rugi adalah mereka yang selalu kedekut dnegan rezeki yang diberikan kepada mereka - apa salahnya menolong orang lain

sambungan hari itu... 

selepas sahaja ambulan datang . aku masih kaku di depan jalan rumah menutup laluan ambulan. selepas sahaja abah diangkat masuk ke dalam van ambulan. aku terus bergerak ke tepi.. enjin moto masih belom aku matikan. aku hanya kaku melihat jiran datang tolong. mak hanya tersneyum. aku faham hati mak sebenarnya mak takut aku panik,.

ternyata sememangnya aku faham mak lagi panik dan berdebar daripada aku, disebabkan aku masih lagi bercelaru dengan uniform kerja baru balik jam 11 malam. mak terpaksa lemparkan sneyuman yang amat menenangkan supaya aku turut tidak sedih. manalah aku nak sedih aku masih terkejut dalam masa yang sama aku teringatkan mak yang agak bingung dan mungkin letih. ya mak baru je balik kerja. darah tinggi pon ada naik tinggi . aduii . 

ketika itu, aku cuba paksa diri agar lebih steady agar aku dapat tenangkan mak dan adik. pada ketika itu. aku cuba kuatkan semangat tak mahu jadikan air mata aku adalah benda yang paling mudah untuk mengalir. 
selepas sahaja adik naik dalam ambulan temankan abah sekejap. aku terus di lambai emak. aku hidupkan smeula enjin naik kembali atas jalan sebab tadi aku bagi laluan untuk ambulan.

mak lambai tangan pada aku dilihat jiran. aku terus dipanggil masuk.. jum jum.. jiran cakap rileks baru balik kerja. aku tak dapat sneyum tatkala itu. aku dari tadi terus soal mak...

"kenapa ni mak ? awat ni mak"

ituje tanpa henti. mak hanya tenang. mak cakap masuk dulu. duduk dulu. abah ok takpa..  mak pon duduk depan aku. abah tadi... mak baru balik kerja. adik dalam bilik. tadi kami baru pergi makan sama-sama.  lepas tu , adik cakap. abah masuk dalam bilik adik dia tengok cermin dan pegang wajah dia. rasa semacam agaknya , kemudian air liur terus meleleh... badannya terkulai sebelah kanan nasib ada dinding dan adik terus cempung abah.

mak takut abah hypo . terus mak suap madu selepas adik panggil mak dalam bilik. mak tertidur baru balik kerja. kata mak. patotlah dalam hati aku.... sebab dari tadi time aku pulang dari kerja aku dapat rasa ada sesuatu.

terus mak telefon ambulan. malam tu.  kemudian aku bergegas naik kereta dengan mak ke emergency ward. masyaALLAH ! ketika itu aku menangis sebak dan kuat di dalam dada. aku kenal abah, abah seorang yang takut darah. malam tu. aku hanya intai dari luar. aku tak sanggup bila abah tengok aku.. bila aku dengar diorang cuba masukkan tiub dekat hidung... masyaALLAH .. abah terketar-ketar...

"abah bertahanlah abah.." aku sanggup ketepikan keletihan aku... bayanglah baru balik kerja jam 11 malam sampai rumah. terus esok aku kol untuk hantar surat resign. baru 10 hari aku dapat kerja di airport. smeua di atur. ada hikmah.

aku dibenarkan masuk . aku pegang tangan abah. sejuk.. abah hanya pandang depan dia tak nampak aku. mungkin kesan..... aku cuba untuk kesat air mata ... tak nak nurse di situ nampak.. aku tahan sebab mak,,, tengah pandang aku... aku nak abah yang dulu....

hari demi hari....- sambung-


NEXT Oh Abah Aku Rindu


Assalamualaikum

Abah ! Aku rindu kenangan kita yang dulu . Kenangan kita bergelak ketawa. Kenangan kita bersama. Abah dulu kan kita pernah duduk sama sama tengok tivi sama sama. Sekarang boleh bersama tapi tak macam dulu. Tak pernah pina merungut namun aku rindu waktu dulu wahai abah...

Abah pina dah dapat keputusan dah abah ,, tapi kan abah , abah tak macam dulu abah dapat senyum je... Abah dulu selalu cakap pina boleh masuk USB kakak USM sengaja nak acah tapi kan abah pina dah bawa pulang keputusan untuk masuk U. Abah yang dulu mana?? Abah bangga lah macam dulu bah...Pina kehilangan abah yang dulu. Allah tarik nikmat namun pina faham ketentuan. Tapi kan pina tak boleh tahan tangisan ni dari mengalir. Tu sebab pina taip ni pina tutup pintu taknak mak nampak..


 Abah wahai abah.... Tahulah pina sayangkan abah...Abah rindu abah yang dulu .. abah .... !!! kalau pina masuk U abah tak boleh nak hantar macam abah selalu cakap dulu.... abah....Emmm . Sajalah nyanyi lagu ni. Video terlalu panjang tak boleh upload... emmm

Dimana, akan ku cariAku menangis seorang diriHatiku slalu ingin bertemuUntukmu aku bernyayiUntuk ayah tercintaAku ingin bernyanyiWalau air mataDi pipikuAyah dengarkanlahAku ingin berjumpaWalau hanya dalamMimpi..Lihatlah, hari bergantiNamun tiada seindah duluDatanglah, aku ingin bertemuUntukmu, aku bernyanyiUntuk ayah tercintaAku ingin bernyanyiWalau air mataDi pipikuAyah dengarkanlahAku ingin berjumpaWalau hanya dalamMimpi..


Next 

SEHARIAN URUSKAN ABAH KE FISIOTERAPI DAN ACUPUNCTURE

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Seharian Uruskan Abah ke Fisioterapi  dan Acupuncture , Aktiviti Hari ini.

Stress aku dengan mulut puaka niang rapik ni lebih pada tu . "Habis tu duk rumah jelah" Habis kau nak tolong jaga abah aku .. baik sikit! Sekali aku tampo nak ? Dah kita jaga abah kita pon jadi persoalan dah kenapa manusia akhir zaman sekarang ni. Ni buat aku geram ni . Bila tak jaga baik pulak mengutuknya . Hamboii ! Cekak pingangg ketapp gigi * Perghh tersiat isi hati ni tahu tak ? Sodeyhhh!

Bila dah tak kerja soal itu ini . memang lah kalau aku tak kerja nak makan apa . Makan jelah apa yang ada kat rumah ni kalau waktu yang sesuai aku kerjalah . Baru je lepas stpm. Siapa tak nak kerja. aku sempat kerja pon baru 10 hari . Tu pun bila kejadian ambulan depan rumah aku terus resign demi jaga abah aku yang terlantar sakit . Abis nak harap dekat mak sorang je. Ha nasib ada blog kesayangan aku ni ... Chupp chupppp! Haaa skrin  terus berminyak tinggal nak meletop nye kena cium dengan aku. Tempat aku melepas geram kat blog . Hayyyaaaaaa ! wahai hati nasib kau ada peneman di blog ni. Bila dah aku ditakle aku cuba la bagi syarat . Kalau nak bercinta dengan aku kena la bermadu dengan blog aku. Tu pun nak jelesss ? Hampeehhhh! lepas tu bila tak reply .. bukan nak 24 jam kena mesej pon. Kalau nak kat aku kena la faham. malam je aku guna blog pon . petang2 aku jaga abah aku . Tengok jelah hari ni seharian aku bawa abah berubat . best bawa abah ronda ... semua untuk abah aku.. Kau penting ke abah aku penting .. So ?? AKU MALAS NAK BERCINTA BAGAI.. NAK BOLEH LA... FAHAM LA AKU NI...

yela kalau lah dah 24 jam nak aku text je masalah la camtu sebab aku kena sentiasa dengan abah . JADI kalau orang yang baik yang cintakan kita mesti dia sanggup punya tunggu dia mesti rasa bangga sebab kita jaga ayah kita . Ini tak dia main main . Nasib dapat tahu ... erghhh! Waste my time jelahh... Disebabkan kakak dan abang aku di kL mereka tinggal sana . Sebelum abah ssakit lagi jadi diorang baru habis belajar dan start kerja jadi tak boleh la nak mis selalu . Nak cuti selalu jadi aku kena lah bawa abah ke sana kesini. Syukurlah mak dah bagi aku ambil lesen. Mak memang terbaik,. semua anak-anak mak disuruh ambil lesen selepas ambil lesen moto waktu sekolah lagi. Syukurlah!

Jadi aku rasa macam satu kepuasan bila aku sendiri dapat urus abah sejak abah sakit 9 december 2014 sampai hari ni aku boleh tengok perubahan semakin hari semakin baik dnegan izin ALLAH . dan aku dapat peluk , aku dapat suap dengan tangan aku , aku dapat mandikan , aku dapat usik abah , aku dapat borak dan macam-macam lah ... Aku tak pernah rasa macam menyesal ke apa ka.. walaupun 100% hidup aku berubah .. sekarang . Yelah sebab dulu aku selalu keluar. Kejap kejap keluar . Sekarang walaupun aku jarang keluar jarang lah tengok dunia luar. Aku rasa sangat puas sebab hikmah yang ALLAH bagi kat aku dapat bersama abah dan family aku dapat jaga family aku. Yelah family kalau hilang tak dapat nak cari kalau boyfrend ... berlambak.. kalau suami ke bini ke... berlambak .. tapi mak abah .. adik kakak abang nenek... tak dapat .. Limited edition !

Ok baik aku bebel apa ni , siap kan semua barang, memang pagi tu aku kena kejut awal lah mak kejutkan. Terus je siap-siap .. barang abah semua.. aku hidupkan enjin kereta dan terus angkat abah dengan kekuatan aku hahaha . jangan bayang lebih-lebih surung kerusi roda ke kereta... abah duk depan tepi aku. Mak di belakang . Sampai je hospital aku keluarkan abah dan kerusi roda di bonet belakang.. Terus terlupa sesuatu di rumah . Aku suruh mak urus nombor abah dulu sementara aku balik. Sebenarnya appointment abah lambat lagi. Cuma datang awal yelah abah kan kencing manis jadi kami risau nak ambil ubat untuk kurangkan luka . Takut melarat sangat bahaya.

Nasib baik la adik abah aku.. tolong . Dia dah dinaikkan pangkat . Dikenalkan perghhh stau hospital staff semua datang kat abah kata mak. sebelum aku sampai. Last last masuk awal. Yelah abah mana larat tunggu atas kerusi. Pening nanti muntah depan tu. Dah jumpa aku tolak abah ke bilik rawatan untuk cuci kaki abah. sementara tu Chit chat sikit dengan nurse kat situ...lepas tu tolak abah cari mak yang tengah berdiri depan farmasi ambil ubat abah. dah selesai tolak abah ke bilik fisio aku masuk la takot diorang apa apakan abah.. ceh takut snagat ye ?! tahu tak berani hahah tadelah diorang ok je cuma kena garang sikit kunk pesakit blur...

Abah dah boleh berjalan .. dia ajar itu ini tapi kena tolak kena pegang la tak kuat.. Dah habis terus masuk keta . Nak kemana tanya mak ? Mak cakap nak ke sunshine dekat area acupuncture . Apa entah nama benda tu . kami tiga orang daftar terus masing baring.. abah pun... peluh aku.. huhh . sebelum tu urus abah muntah .. nasib sempat kuar dari kereta. Dah tu terus balik... Emmm sangat penat...

Selesai solat aku terus lena. Malam je mak gerak solat maghrib terus aku solat dan ajak adik ke ekspo cari suasana malam.. Wahh best merempit dnegan adik.. ke pasar malam dan ekspo tak beli apa pun tak selera. Sempat lagi ke kedai tu .. beli barang barang makeup topup yang baru dah la murah sempat lagi beli inai....


SAYANG ABAH PART 3

Assalamualaikum

sambungan part 2 tempoh hari. aku bukan menagih simpati sesiapa . bagi aku ini cerita milik aku. tetapi aku tersenyum apabila ada yang mahu aku teruskan cerita sehingga ke part 3

Abah ! kerana abah lah aku menjadi wanita yang berjaya. budak yang berjaya . budak yang payah untuk bercinta. kerana apa? aku takut kalau kalau aku cuba menyumbang dosa pada abah.

lepas abah tiada respon.. ya .. abah sudah tidur rupanya.. tidur lah abah.. pina kat sini teman abah.. berderai air mata aku pada waktu itu . nurse menghalang agar aku tunggu kat situ namun aku masih berdegil aku genggam tangan abah... ya sejuk sangat hilang rasa penat dan letih baru balik kerja... aku cuba kuatkan semangat tak mahu mak nampak kesedihan dan air yang bertakung dalam kelopak mata aku..

sabar ya pina.. kau boleh!!

diorang terus terburu buru nak bawa abah ke hospital tanjung GH ,.. katanya nak scan kalau strok berdarah... ya ALLAH ... mak terus naik ke dalam ambulan.. aku tenangkan mak..

takpa mak.. pergila... naik jangan fikir banyak k.. dalam hati aku risau mak ada darah tinggi mak pun baru je balik kerja kilang... pina boleh jaga tok... jaga adik...  terus salam mak.. mak pun naik.. adik di sebelah cukup tenang dia.. aku cuba gelakkan dia... dia lah yang paling rapat dengan abah

aku lambai mak dari luar... entah nampak ke tidak.. dalam hati aku... moga abah .. baik2 saja.. 
aku terus pimpin tangan adik aku yang form 1. kami terus ke kereta aku drive pulang.. sampai saja kat rumah aku tengokkan nenek aku .. nenek aku buta sudah 20 tahun bermula umur aku..

aku terus packing barang mana tahu abah kena tahan.. aku relax kan diri,, terus dihamparkan sejadah.. solat hajat berdua, doakan agar abah strok biasa..

lepas dah sudah . mak telefon mak cakap  tengah balik. sebab scan strok biasa,, dalam hati syukurlah mak.. kita tak susah ulang alik jaga abah...

pagi itu juga selepas mak.. cakap diorang dah letak abah dekat wad..
aku datang.. namun bergaduh sekejap dengan guard sorang yang halang aku dari masuk. bebal aku.. bila dah dapat aku suruh mak balik biar aku jaga abah.. namun hati siapa boleh tahan.. ketika tangan aku menyentuh dahi abah... suapkan air,,, ke mulut namun mulutnya... minum sikit sahaja... keluar balik mengalir di tebing mulut... sekali lagi air mata aku turun.. sambil dilihat katil sebelah

namun aku kesat.... tak boleh tahan.. dan dalam masa yang sama .. tak boleh aku halang daripada dilihat orang... abah lapar dia pandang aku sayu... tangan aku tak henti picit namun tak henti juga aku menangis...

ALLAH !!!!!!

bersambung....


NEXT KASEH ABAH SAMPAI SYURGA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Tenang hati ini disaat aku bersandar lembut di belakang abah.. sengaja hendak bermanja... pejam celik pejam celik.. sudah 2 bulan 18 hari abah terlantar sakit . Aku dah menulis tentang abah sejak mula sampai sekarang namun masih tidak disambung.. Sebabnya aku rasa lebih relax dan tenang dengan keadaan abah sekarang.

Abah sakit , daripada mula tidak bercakap sedikit pon alhamdulillah habis duit beribu-ribu demi ubatkan abah... pada mula abah kena kami dah tak fikir soal duit. biarlah ... makan ubi kayu sekalipun. Namun kami dapat tengok abah tersenyum...

Abah terkena strok tiba-tiba.. separuh badan tidak berdaya,, hanya tangisan menemani di saat kesunyian terasa,.. Emak lah yang paling jaguh dan tabah... Aku lah yang menjadi seorang perempuan yang sangat matured ketika itu sheingga sekarang... 

Syukur ALLAH masih sayang abah... tidak upaya melihat abah... mengerang kesakitan.. Entah kenapa..? Akulah sanggup mengangkat abah dengan daya kudrat yang aku ada,... tiap malam aku berjaga bersama emak.. bagi menadah muntah-muntah abah... hinggakan abah tiada isi yang hendak dimuntahkan.. alangkah kuatirnya kami... 

Setelah itu... abah .. tersedu.. penyakit sedu pulak adalah simptom strok.. sedu yang melampau.. sehinggakan muntah baru hilang... masyaALLAH .. aku berjaga 11malam hingga 4 pagi ada kalanya....wahai abah, tangisan aku tidak pernah berhenti ketika itu...

biarlah... kami jagakan... I love u my abah... ! sekarang abah semakin ok.. tapi kuat menangis, mungkin sedih,,, tabah ya...


GENAP 2 MINGGU ABAH PERGI

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hasil carian imej untuk alfatihah

Abah pergi dengan sangat tenang sehinggakan kami dapat mengagak sesuatu yang bakal berlaku. Namun kami tidak tahu kami hanya dapat mengagak. Abah sangat tenang , sehinggakan kami tak dapat sangka yang abah dah tak ada. Memang dalam hati terasa berat nak percaya. Tapi demi kerana abah demi kerana tidak mahu abah diseksa jika meratapi , kami cuba tabah dan sabar serta menerima hakikat.

Abah memang garang dan straight orangnya. Abah memang jaga betul-betul anak dia. Sehinggakan masing-masing dah berjaya. Walaupun abah pergi aku tak pernah rasa kesal , sebab aku dah jaga abah sepenuh hati. 9 december 2014 abah jatuh sakit strok. Nak di throwback waktu itu aku lepas STPM terus cari kerja. Akhirnya aku selesa berkerja di AIRPORT penang sebagai staff perfume chocolate. Betullah , perancangan ALLAH nikmat aku itu berbaloi. kadang-kadang tempat kita dah tak suka kita kerja lama. Tapi bila dah mula sebati , ada sahaja ujian nak uji keimanan kita.

Aku ingat lagi walaupun tak sampai sebulan aku bekerja , aku dah puas dah. Aku kerja hanya 20 hari macam tu. Selaama 20 hari aku kerja situ , memang mak dan abah sangat risau bila aku terpaksa naik motor ke airport. Siapa orang penang tahula , bagaimana nak melalui bukit bukau naik motor terutamanya. Bahaya sangat , sebab malam gelap. Kalau tak ada orang pokok-pokok bukit bukau tu bahaya. Jadi aku memang tak ada pilihan. Bila aku lewat ke aku naik motor. Kalau sempat aku parking moto dekat station rapid. Naik bas. Tu pun bas jalan jam 5 pagi. Bayangkanlah kalau kerja balik malam.. nak bangun jam 4 mandi nak siap lagi nak naik motor parking. 

Kalau sempat naik  bas lah , kalau tak naik motor jelah. Apa pun sepanjang kerja situ tak pernah terdetik nak dapatkan nombor fon kawan2 staf2 disitu. Mungkin rasa cukup setakat ada nombor manager. Sebab baru kerja nak kenal kenal kan. Entahlah aku pelik sikit hal ni. Bila hari ke 20. Tiba tiba terdetik nak ambil nombor diorang. Ok aku pun dapatkan nombor diorang. Bila atas bas aku rasa sayu sangat. Aku naik aku duduk belakang sorang sorang aku bersila dan lunjurkan kaki kawal 3 kerusi sebab tak ada siapa dan bas tak penuh.

Aku boleh pulak terfikir andai berlaku sesuatu seperti kejadian 2012 rumah terbakar. Kalau jadi apa2 tak kisahlah.. Aku boleh je berjaga malam ni. Entahlah aku tak terfikir kenapa terfikir macam tu. Biasalah ALLAH bagi lintasan hati terdetik tapi tak dapat betul2 lagi. Sampai sahaja ke station bus rapid , aku dapatkan motor untuk balik rumah dalam 7KM, jauhkan...

Dah biasa dah, Nasib baik aku dah dapatkan lesen awal-awal time sekolah lagi jadi boleh berdikari. Time tu mak kerja kilang. Kakak pula dah kahwin dah  , abang pula kuala Lumpur time tu. Adik yang darjah 4 tak silap time tu.. ada dekat rumah. adik lelaki.

Alangkah terkejutnya bila nampak lampu ambulan dari jauh dan berhenti depan rumah. Aku naik motor aku berhenti depan ambulan aku tak dapat nak ke depan rumah sebab ambulan menyekat laluan aku. Jiran aku ada , cara dia nak cuba suruh aku sabar kejap.

Sebenarnya aku pon tak faham apa yang terjadi sebenarnya. Setahu aku , adik yang demam abah temankan dia petang tadi time aku g kerja keluar awal. Aku ingat ambulan ambil dia... tapi aku tengok adik yang dekat sebelah katil yang MA angkat tu dan... nak cakap nenek.. tapi tu bukan nenek.. mak hanya pandang aku suruh aku sabar. Aku ketepikan motor dan bila MA bawa dekat ambulan aku nampak tangan abah terkulai ke bawah. 

MasyaALLAH kenapa dengan abah. ? Bila ambulan pergi baru aku boleh ke depan rumah. AKU hanya pandang mak dan tanya... Mak abah kenapa ? Mak cakap masuk dulu mak cerita...tapi mak cool mak yang tahan tak nak aku risau. ok aku cool tak nangis pon...

Bersambung Throwback.............



LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...