Friday, January 20

TRAVEL Penang Part 3 : Taman Rimba Teluk Bahang Penang

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Nak story morry sambung balik ceqhita lepas lepas. Dah baca dah ke part 1 dan 2 ? Belom baca , Nil selit Link untuk korang terjah.  Apa pun jom la santai-santai tengok keindahan gambar ke taman rimba. Banyak lagi sebenarnya. Banyak sangat gambar yang Nil ambil. Kalau dah tengok part lepas , ada nil mention tentang muzium yang ada. Sebenarnya tak ramai yang tahu dalam tu ada muzium kalau tengok dari luar sekadar tempat untuk mandi. Kadang-kadang ada yang tak tahu dalam sana boleh mandi.


Bila naik atas , baru nampak air sungai yang best gila tu. Nil ada update , dan ada beberapa yang cakap.. kenapa air keruh je ? Hahaha tu dekat bawah nampak je keruh. Lepas hujan. Nama pun sungai bukan kolam. Taklah sejernih mana dekat bawah sana. Kalau korang naik atas lagi.. Memang tak tahan nak terjun. Haa... Best gila air tu..


Tengoklah lokasi muzium . Perlu bayar RM1 per kepala hehee..




Apa yang Nil tak tahan nak snap gambar. Inilah benda tu. Titi gantung. Huish .. Ada arahan tau ikut berat dan juga orang. Terhad berdasarkan syarat di papan tanda tu. Boleh tengok gambar seterusnya. Nil zoom lah sikit.




Bila tak ada orang atas tu , apa lagi minta lah kakak nil ambilkan gambar. Tengok muka tengah cuak. Balik baru tengok gambar. Hasih acanerlah muka boleh camtu ni. Mesti tak ready sebelum snap gambar. Kakak tak bagi arahan. Haish nak kena ni.. Hahhaa





Cuba tengok , macam mana keadaan kat situ. Suasananya. Sebenarnya boleh terus melepasi titi gantung dan terus ke surau. Best kan nak pergi surau sebelah sana. Nil gayat la... Tengok had maksima.. Dewasa 7 orang je boleh.. Nanti runtuh , mampus.. ehhehe





Ini pulak sudut herba. Kalau naik atas sana boleh tengok pokok-pokok herba. Boleh skoden la pokok apa. Cuma Nil snap dari bawah je , balik baru pergi balik. Nak layan keindahan yang lain pulak. Tak sabar gila...




Bila Nil dah mula menapak nak naik atas. Jom lerr. Moh leee ikutt. Naik atas.. Nantikan next gambar sungai yang jernih. Ada gelongsor lagi. Cuma sesuai untuk budak-budak. Kalau Nil , memang tersekat la tak turun...





The best gila. Haish lepas ni nak pergi mana pulak ye ? 
Ada request ke , ada orang sponsor best ni Kahkah.

Next ye, sTAY TUNED..

PART 2  


Nak share Kalau korang nak buat duit dengan KliKjer.

Jom daftar SINI untuk dapatkan komisen

Sunday, January 15

CHINESE NEW YEAR MEGASALES : @ www.nile.com.my

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ni dapat menaip balik. Mana menghilang ? Jual novel kahkah. Dalam hati berdebar-debar tunggu result untuk semester kali ini. Tengah scroll-scroll facebook baru baru ni , Ternampak newsfeed baru dari Lyssa Faizureen. Blogger cunn , kecil molek hehe. Nampak macam adik Nil je. Rupanya Nil muda lagi pada dia. Awet muda ni. Ehh terbodek pula heee.  Ala kalau bodek pun , Nile.com akan pilih secara random. Kalau kena , bertuah la . Chinese New Year lah Nil tahun ni.

Nil dah pernah join. Masuk ni kali kedua cuba nasib. Siapa tak nak join kalau RM1000 hadiah dia. Haaa. Korang jom la join . Tak habis lagi , awal lagi la.. baru 15 Januari 2017. Jomlah join. Mana tahu korang dapat , boleh la bodek-bodek sikit. Kahkahkah. Macam la orang nak bagi. 

Nil suka la shopping dekat Nile.com. Suka shopping , pernah beli ke ? Pernah lah ! Lepas sis Lyssa buat haritu yang first time tu , baru lah Nil tahu tentang laman web ni. Nil tambah dalam favourite online shop. Sama taraf dengan zalora , ezbuy , mudah.my dan Nile.com

Nil beli sebelum ni kasut ja sebab murah. Kali ni nak try la mana tahu dah shopping dapat free lagi. Fuhhh the best la kalau macam tu. Dah la membebel . Jom lengkapkan penyertaan.




Nak , boleh klik banner ni terus ke nile.com. Kalau nak join daripada blog Lyssa pulak.. Klik sini
 terus join tau jangan tunggu lama-lama pulak. Nanti lambat. Molopas la.. Ok Nil dah lengkapkan letak banner di atas dan backlink macam lyssa suruh part 1 tu..

1. Tajuk : "Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my" 

2. Letak banner kat bawah ni dalam entry korang dan linkkan kat banner tu dengan link yang ini : http://www.nile.com.my/page.php?cd=120 

Dah buat dah 1 dan 2. Lepas tu no 3...

3. Dan daripada link tersebut, korang pilih 5 items daripada "Chinese New Year Megasales Items" yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.my, dan korang mentionkan dalam entry korang tu nanti sejibikkkk macam contoh kat bawah ni ye.. hehe..


Sekarang Nil nak cari barang-barang yang best. Yang Nil nak gila-gila. Hehehehhe Suka ni. Jommm


Product: Traveler BackpackCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only


Product: Sport PantCNY2017 Sales price: RM18.90
Date: 20/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 317 units only


Product: Haniya BlouseCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only



Product: BackpackCNY2017 Sales price: RM13.50
Date: 17/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 360 units only



Product: HandbagCNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 350 units only

Nil tengok banyak dah sold out. Nil tak letak lah yang sold out tu. Yang masih ada tu je. Alaaa jean tu.. Dah sold out. Huhukkkk.. Apa pun dah lengkap.. Yeay next step nak direct to email. Send ke email


4. Email kan terus kepada give_away@nile.com.my beserta dengan detail dan tajuk :

Chinese New Year Megasales Giveaway

Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :


Tarikh tutup 26 Hb Januari 2017.

Yeayyyy. Jom Join...




Nak share Kalau korang nak buat duit dengan KliKjer.

Jom daftar SINI untuk dapatkan komisen

Tuesday, January 10

TRAVEL PENANG Part 2 : TAMAN RIMBA Teluk Bahang

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah , dapat lagi menaip tambah koleksi travel di Penang. Pulau Mutiara ni. Nil baru update Part 1. Part 1 cuma sebahagian. Sikit ja gambar yang Nil letak. Kali ni Nil nak tambah lagi koleksi gambar yang Nil ambil. Mungkin kali ni lebih syiokkk ha. Kena la tengok pemandangan dekat taman rimba teluk bahang ni. Lepas travel tu , balik rumah tengok berita. 


PULAU PINANG diiktiraf CNN antara tempat menarik dan pusat pelancongan yang perlu dikunjungi. Korang nak baca boleh tengok part 1 Nil update. Link. Ni Part 1 yang Nil dah update sebelum Part 2 ni.



Apa yang buat Nil teruja  , taman rimba teluk bahang ni dah direnovate habis cantik tau dak. Bersih , pokok-pokok dijaga dengan baik. Aada yang jagakan kebajikan dan kecantikan taman rimba teluk Bahang. Taman Rimba ni , adalah taman tema air. Yela kalau korang tak tahu.. Taman rimba ni apa ? Cumanya boleh mandi , dan arus mengalir tu adalah air sungai original dan bukan buatan. Ketika Nil mula-mula datang , memang taman rimba ni tak pernah direnovate baik dan sesuai lagi untuk budak-budak mandi. Disebabkan air sungai , batu-batu besar dan agak bahaya sikit sebelum ni.

Alhamdulillah , ada dah dalam 5 tahun lepas , Taman Rimba teluk bahang ni dibaik pulih. Disediakan taman-taman cantik. Pelancong-pelancong pon dah ramai datang. Tempat untuk berkelah , tempat untuk mandi pun dah cantik. Kalau budak-budak , anak-anak kecil nak mandi pun dah tak risau. Aada gelongsor comel. Kolam cetek dan disimenkan separuh untuk elak dasar yang agak bahaya untuk kita mandi. Yelah kalau sungai tu kita tak tahu bawah nya macam mana. Sekarang dah boleh lihat air jernih dan dasarnya. 

Best gila. Sebab sungai dah moden. Tapi taklah ubah suai macam swimmming pool tu. Kalau nak tengok , tengok gambar-gambar lepas ni. Pasti korang tak sabar nak datang lagi lepas ni. Apa yang best lagi , ada tempat untuk persalinan , ada pondok yang dibina khas untuk family berkelah dan hidangkan makanan yang dibawa. Besar gila dalam kawasan tu. Dari luar tak tahu di atas bukit sana macam mana. Bila masuk ke dalam , ala-ala mendaki sikit.. Baru korang nampak suasana..

Ada muzium perhutanan PULAU PINANG. Boleh masuk dengan harga serendah RM1. Masuk dahulu barulah pergi mandi. Kunk basah pulak nanti, Hehe,, Tunggu part dalam muzium.. Cantik dan feeling. Ada sesuatu yang rakyat Malaysia perlu tahu , produk terbaik daripada seorang bussiness woman Malaysia. Dalam Muzium tersebut. Bermaksud , produk tersebut sangat mujarab dan gunakan akar kayu sehinggakan Produk beliau telah diletakkan di dalam satu kotak kaca untuk peragaan dan contoh,




Cantikkan pemandangan gambar atas ni.. Gambar atas ni daripada bawah. Belum nai atas lagi tau. The best ...Nil snap picture... Haa Nil dah Zoom. Sila baca.. Info baik ni.
Perasmian Hutan Simpan Teluk Bahang Penang



Now.. Dah baca kan .. Sekarang tengok ni. Nil ada tengok satu rakit dibina khas Haish... Kalau main rakit ni gerenti jauhh ke depan laju benor,,,


Time Nil ke sana pun , baru lepas hujan. Korang rasa... Masukkan kaki perghh hilang panas-panas.  Kalau hujan sesuai sangatlah mandi. Takdelah air nak duduk setempat je kan. Faham-faham jelah kalau masing-masing mandi.. Air terasa hangat. Kahkah. Lawak je.




Kalau korang boleh tengok , ada signboard penunjuk arah. Tak nampak tulisan. Sebab cahaya matahari.. Silau sikit nak snap Foto.. Ada surau ada tempat persalinan.. 




Ni yang best ni. Part ni. Ada muzium perhutanan Pulau Pinang. Nanti boleh tengok.





Inilah muzium tersebut. Muzium Perhutanan Pulau Pinang. Kalau pelajar nak buat kajian. Sesuai kesini berkaitan perhutanan dan sebagainya. Herba terbaik juga ada disini.

Pulau Pinang Adalah pusat pelancongan yang perlu dilawati.
Banyak lagi part part yang bakal Nil update. Heheheh...



Nak share Kalau korang nak buat duit dengan KliKjer.

Jom daftar SINI untuk dapatkan komisen

Monday, January 9

TRAVEL PENANG Part 1 : TAMAN RIMBA Teluk Bahang

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Penang named 2nd top tourist destination for 2017 by CNN
Link
http://www.nst.com.my/news/2017/01/202954/penang-named-2nd-top-tourist-destination-2017-cnn

Tolonglah sayangi Hutan. Haha terus buat kempen tu. Tengok dah tertulis. Mandi-mandi jugak. Janganlah buang sampah, Tengok , bila bersih nak pergi selfie pon seronok. Cantik betoii tempat dia..
Hampa kena mai Penang tau dakk..

Tempat paling best untuk mandi dan release tension. Yela asyik study, asyik kerja kena la bercuti. Satu-satunya tempat adalah Penang... Taman Rimba.



Kemain ye, habis final exam terus cuti-cuti Penang. Haishhh ! Nak pergi jauh-jauh buat apa kalau tempat sendiri pun tak habis lagi pusing, travel semua tempat menarik yang ada. Pulau Pinang dikenali sebagai pusat pelancongan dan syurga makanan yang paling popular. Mestilah kena bangga dengan tempat sendiri. Ha tudiaaqqq ! Mai dahhh hahaa..

Ini baru part 1. Nil ni kalau pergi mana-mana susah nak SWAFOTO , ataupun snap gambar-gambar. Segan agaknya. Tapi bila dah semua blogger dan semua orang zaman sekarang ni asyik viralkan tempat-tempat menarik , apa guna jadi warganegara Malaysia kalau tak hargai apa yang ada. Dan salah seorang rakyat yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang. 

Tempat sendiri pun dah terbaik , rugilah kalau tak war-warkan. Tinggal berdekatan je. Alaa.. kejap je nak sampai tempat-tempat yang Nil kunjungi ni. Part 1 , Nil bersama family terus ke Taman Rimba. Dah lama tak kesana. Wah , dah makin banyak perubahan. Ada yang dah pergi tapi diorang tak masuk ke muzium yang turut ada di sana. Bukan mahal pun , RM1 je seorang. 

Kalau yang jenis penakut nak masuk tu , Nil cadangkan korang ke sini. Sebab muzium ni , lebih kepada info-info perhutanan dan juga hutan serta akar-akar herba. Memang terbaik. Tapi Nil akan ke update ke part-part seterusnya.

Ini baru Part 1. Tu pun , part 1 tak akan habis disini. Part di Taman Rimba memang banyak gambar yang menunggu untuk dimuatkan. Banyak gambar-gambar menarik disini. Suka mandi ? Suka Travel ? Suka berkelah ? Nak buat family day ? Teruskan dengan part-part yang bakal Nil update. Sekadar introduction..



Peta taman rimba teluk bahang


Sebelum tu , korang nak ke teluk bahang , boleh google dan tengok map yang disediakan. Ini adalah gambar yang Nil ambil di google untuk rujukan korang nanti. Kesian Enterprise tu , nampak je kesian padahal penuh dengan pengunjung. Tak payah susah nak keluar beli keropok. Dalam Taman Rimba tu dah ada pelampong dan sebagainya.



Kan dah cakap , tak payah nak fikir kat mana nak beli pelampong. Tu dah ada dah tu Haa.. Dekat parking. Turun kereta terus beli. Apa nak susah susah.. Ha ! Bila musim hujan macam ni , lagi la best .. Dengan kesejukan yang terasa... Sejuk , tak ramai dan tak kurang. Hari minggu petang sikit penuh la. Tak payah bayaq aih nak masuk. Nak masuk muzium ja...kena bayaq tu pun RM1 haa...

Risau  kalau datang satu family ? Nak tidoq mana ? Haish nak risau buat apa. Homestay berlambak tau dak. Haha keluaq penang dah. Hotel pon berdekatan. Ada bas Hop Lagi...



Cantikkan. Sungai dari atas sampailah sini. Bersih ja , surau pun ada. Sempat pakcik yang naik moto tu habaq.. 

"Kalau nak pi surau , mai belah ni.. Kot kawasan ni," kata dia..
Kalau tak tau kat mana.. Korang tengok signboard ja
Jangan risau.. Benda boleh bincang. Haha



Excited bila masuk , Tenang sangat dah tempat ni. Time ni orang tak ramai. Baru lepas hujan katakan. Kami pulak terawal haha. Taklah , dekat situ ja nampak tak ramai. Naik atas punya atas.. Ha..
Ramai orang rupanya. berkelah... Ada yang mandi.

Nak tengok ? Tulaa... tunggu part 2 pulak. 





Cantik gila. Nak selfie ka , nak shoot ka.. Meh la sini. Sweet Muweet la tempat ni. Bersih ada orang jaga.. Best sangat !! Dekat dengan batu feringgi. Sapa tak mai.. qugi laaa Lagu ni.. Baq mai kat hampa hahahaa...

Family Nil sekadar datang nak jenguk-jenguk ja. Tapi semua berhasrat nak datang semula. Nak mandi katanya. Haishh kalau mandi , habis semua kolam , semua tempat Nil terjun. Jangan cakap hakak tak umbrella na..... Nanti korang tengok gambar seterusnya. Mesti rasa nak mandi.

Tak sempat nak pergi taman rama-rama. Fuhhh ! Sempat snap ja.. sebab hujan lebat Next time la..datang semula.

Stay Tuned. Banyak lagi gambar menarik di part seterusnya..

Nak ka tengok ? Komen la sikit...Menarik betul.. Tak masuk review dekat padang kota... Pasemboq lagi ha....




Nak share Kalau korang nak buat duit dengan KliKjer.

Jom daftar SINI untuk dapatkan komisen

Tuesday, January 3

#throwback2016 #SuriaFmMalaysia 'SERTAI SEKARANG'

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Saya Mohon Tadahkan Tangan dan sedekahkah buat Arwah Abah Nil
Yang pergi 25 AUGUST 2016

TERUS KE IG NH




Di kesempatan ini , pada tarikh 3 Januari tidak terlalu lambat untuk Nil sertai contest by #suriaFmMalaysia. Nil susah untuk sertai mana-mana pertandingan atau segmen. Walaupun HP Nil hangg.. Nak Edit kemain susah. Tapi demi #Throwback2016 yang serba sebanyak mencuit hati Nil sekarang ni.

Kalau korang nak sertai Korang boleh rujuk pada akhir artikel ini. Hujung entry Nil. Tiba-tiba Nil terfikir , apa yang lebih bermakna selain Moment-moment Nil dengan Arwah abah Nil. Abah pergi pada 25 August 2016. Semuanya seakan mimpi. Seolah-olah abah ada dengan Nil. Walaupun Nil tahu tak baik sebut arwah sebab hamba ALLAH tersebut dah tak ada. Tapi bagi Nil... abah masih ada dalam hati Nil meskipun , arwah sudah lama pergi. Nil masih ingat ketika 2014 , beberapa tahun yang lalu abah jatuh sakit ... Stroke. Abah bertahan untuk 2 tahun. 

Disebabkan abah dah tak sanggup menahan sakit , kami juga merelakan kepergian abah. ALLAH menyayangi Arwah abah. Apa lagi lebih berharga daripada kenangan lepas bersama seorang ayah ? Kasih abah hingga ke syurga. Bagaikan satu mimpi bagi kami sekeluarga. Terasa begitu redupnya cuaca hari itu. Huhhh... Sebak... Kunk basah board ni. Tapi nak cerita juga.

Bulan puasa tahun lepas , walaupun Nil ada kelas di KL. SEminggu sekali kami adik beradik dan suami kakak akan bergilir-gilir balik penang. Kalau tak Nil , kakak plak balik. Time tu kami dah tak fikir duit.. Kami balik je asal boleh makan, Tahu jelah tol. Tapi itu bukan halnya..

Nil habis je kelas hari jumaat.. Nil akan bawa baju siap-siap terus ke TBS. Balik penang. Ke kelas juga. Tapi disebabkan Mak dan adik serta abang di sana , abang pula kerja.. untuk bantu emak. Susu abah adalah susu khas. 4 hari je bertahan. Mahal jugak. Kami tak kisah jika itu untuk abah sihat.Bulan puasa , sebulan kami di hospital. Doktor cakap abah hanya boleh diberi ubat tahan sakit. Kaki abah dah bengkak-bengkak... Kami buat-buat tak faham.

Di hospital , kalau tidak abang , kalau tidak emak, kakak , aku , adik atau abang ipar akan bergilir gantikan. Abah tak boleh nak tidur bila terasa sakit. Aku teringat saat  aku pangkukan abah.. Naik atas katil walaupun Nurse pandang pelik. Aku naik dan tutup tirai.. Kalau tidak aku, kakak pasti naik dan ribakan abah. Sebab abah hanya selesa jika kami pangkukan. Kadang-kadang abah tampar nurse sebab geram nak balik. Bergaduh juga aku dengan nurse bila nurse tampar balik.. Haha biasala tu.. bagi aku,

Aku tahu itu saat-saat terakhir abah. Aku tak salahkan sesiapa. Sebulan di hospital. Persediaan raya tak bermakna sangat bagi kami. Hanya untuk abah. Bila makanan sampai , kami akan tutup tirai sebab abah hanya boleh makan melalui tiub. Kadang-kadang abah tarik tiub dan kami kena pergi emergency ward pasang balik. Abah tak boleh terima hakikat yang abah dah tak boleh makan.

Akhirnya kami minta balik. Abah dah 50-50 kata doktor dan tak boleh ambil darah lagi dah. Akhirnya , disebabkan kakak dan abang ipar serta aku juga masih ada kelas. Kami buat keputusan bawa abah ke Kuala lumpur rumah kakak. Alhamdulillah , abang ipar boleh angkatkan abah. Selalunya abang Nil yang angkatkan.. Kini kami pula jaga di KL. Abang Nil kerja seperti biasa. Adik pula ditukarkan ke sekolah sini. Sebab senang , bila mak juga disini. 

Ingat lagi pada 24 hb  2016. Burung Gagak tiba-tiba bunyi pagi itu.  Tapi kami tidak pernah berputus asa. Kami buat bekam sebab sebelum ni, kami usaha sampai abah boleh makan nasi balik. Kami yakin , ALLAH ada hikmahNya untuk Kami. Jangan pernah kita putus asa untuk ikhtiar walaupun saat akhir. Sebab kita tak tahu bila tarikh ajal , jodoh, dan lahir kita...

Ustaz datang bekam. Bekam kan adalah 1001 rawatan islam yang diwajibkan. Aku ingat lagi. Ustaz cakap pada kami , "Jangan tinggalkan abah". Kami hanya angguk. Kami tak faham. Malas nak fikir sebenarnya. Yang penting abah sembuh. Ustaz cakap lepas ni dia tak boleh datang dah , anak-anak buat bekam sendiri. Kami hanya anggukkan IYAKAN... Kami tak tahu.... apa maksudnya.

Pada pagi 25Hb. Mak keluar beli barang dapur. Aku jagakan abah. Pagi itu , suapkan abah dengan air milo... selalu pakai tiub. Tapi kami tak nak paksa abah bila abah tak nak tiub.. Abah mengamuk tak nak tiub. Kami tahu mungkin bagi keselesaan sekejap pada abah. Aku cuba untuk suapkan milo pada lidah abah supaya abah rasa nikmat tu.. Dan abah agak letih pagi itu. Hari khamis.. adik nak pergi sekolah. Aku rasa tak nak tinggal abah.. Aku cakap pada adik.."Adik tengok abah jap,, jangan pi mana-mana, akak nak pergi mandi nak solat"

Lepas solat , aku cakap pada adik "Kalau hang p sekolah , kalau abah jadi apa-apa.. hang jangan sedih na..." Adik cakap.. "Ok kak.. faham. Dayat tak sedih sebab dayat tak sanggup tengok abah sakit macam tu...kalau tu terbaik"

Mak balik kemudian bila aku ribakan abah, abah semakin tenat. Lepas aku baca yasinn.. mak pula baca,. sambil aku dengan kakak cuba ajar abah mengucap.. Habis je mak baca yasin.. abang ipar baru balik dari kerja.. Tepat mak habis mak baca yasin.. Abah dongak dan toleh senyum pada kak dan aku.. sebelum abah hembus nafas terakhir. Tak percaya sebba abah pergi dengan tenang. Tapi abang ipar cakap abah dah tak ada. Kami nangis kejap je.. kami kuatkan semula. Uruskan untuk mandikan jenazah dan bawa balik penang.

Kami mandikan abah sendiri.. Mandikan jenazah. Abang Nil akt kmpung uruskan apa yang patut. Sementara kami Otw balik ke penang. Aku dengan adik naik van.. Kami naik van dan duduk di belakang. Sepanjang jalan...

Kami cakaP... "ABAH,,, kita nak sampai dah tau.." Sepanjang jalan aku nangis, Aku tahu adik di belakang pun nangis,

25hb abah pergi. Lagi 4 hari aku Akan Final Exam, Tapi aku buat dengan baik sebab aku fikir abah nak anak dia berjaya. Pointer sem lepas adalah untuk abah. Alhamdulillah...  Kesat air mata..

Jangan lupa sertai #throwback2016 #throwback di IG #suriaFmMalaysia atau terus ke website..http://www.suriafm.com.my/throwback2016/

Korang tahukan tentang arwah abah Nil ? Kisah Nil tu.. dah masuk Utusan Malaysia. Tahun 2016 Jugak. Coretan perasaan tajuknya. Inilah dia.. kisah-kisah bersama arwah abah Nil.

  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/03/oh-abah-aku-rindu.html
  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/seharian-uruskan-abah-ke-fisioterapi.html
  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/02/kasih-abah-sampai-ke-syurga.html
  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/nukilan-untuk-abah.html
  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/sayang-abah-part-ke-3.html
  • http://nilamhimawari.blogspot.com/2015/01/diary-untuk-abah.html
NIL MERAYU TADAHKAN TANGAN DAN SEDEKAHKAN ALFATIHAH BUAT ARWAH ABAH NIL....



HARI RAYA 2016 TERAKHIR SEKELUARGA DENGAN ABAH...



Nak share Kalau korang nak buat duit dengan KliKjer.

Jom daftar SINI untuk dapatkan komisen

Monday, January 2

Azam NH Tahun 2017

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim

Hasil carian imej untuk azam tahun baru maal hijrah

Syukur Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk menaip. Tengoklah sampai jam 5 pagi belum tidur. Sajalah nak tukar background blog NH. Macam-macam template NH tukar. Still rasa tak selesa tau dak. Tak best la.. Akhirnya pakai jugak template yang NH edit sendiri ni. Lepas exam 5hb ni baru lah NH siapkan tab menu baru. Dah lama orang update blog tulih azam tahun baru.

Bagi Nil tak kisahlah , Nil bukan tak nak wish tahun baru ni. Tahun baharu dalam islam sebelum ni , masing-masing kita semua berdoa. Itulah hari yang sepatutnya. Bukan tunggu kalendar 1 December 2017. Tak apalah , macam mana pun Nil akui juga memang la bermula tarikh baru adalah satu semangat dan aura baru yang dapat kita rasa.

Nak buat #Vlog untuk azam tahun baru. Tak buat-buat. Nak rakam guna DSLR Camera. Kalau handphone camera tak terang. Hehe , handphone arwah abah. Tetap bersama NH. Tahun baru ni , Nil rasa sedih bila teringat arwah abah. Arwah abah pergi 25 August 2016. First time tahun baru ni , arwah abah tak ada. Sayang abah sangat. Kalau ada yang setia baca luahan hati Nil ketika abah sakit sebelum ni , pasti tahu apa perasaan Nil ketika ini.

Tak apalah , apa pun abah dah ke sana.. Abah dah pergi. Tinggal kita dan manusia lain ja yang tinggal tunggu masa masing-masing. Abah pergi dalam keadaan tenang. Tak sangka saat abah pergi tu. Ingatkan abah tidur. Dalam masa 2 minit abah nak pergi , abah senyum dulu.. Lepas tu abah tidur. Perlahan-lahan nyawa abah ditarik ... ALLAH Maha Kuasa. Namun aku puas. Sebab dapat mandikan abah sendiri.


Hasil carian imej untuk azam tahun baru maal hijrah

Azam Tahun 2017

Azam tahun ni , semoga dengan umur baru... menjengah 22 tahun. Nil akan jadi orang yang lebih matang. Anak yang solehah buat arwah dan emak. Ada peluang-peluang baru dan rezeki-rezeki yang halal. Exam seterusnya lebih baik dan maintain. Hasilkan apa yang boleh dihasilkan. Tanpa mudah percaya lagi pada manusia... yang boleh mempergunakan kita. Buat apa yang termampu yang penting halal dan tak menyakiti hati manusia lain.

Nil maafkan semua orang tak kisah lah yang sekarang atau bila.. Nil maafkan. Bila kita memaafkan , ALLAH akan beri Petunjuk buat HambaNya yang Redha. Apa pun,  pada tahun 2016 dan sebelum-sebelum ni apa yang berlaku adalah UJIAN dari ALLAH. Jangan pernah berdendam , sebab ni kan Dunia... Bukan namanya Dunia kalau dugaan tu tak ada.  Nil maafkan semua orang. Yelah... dosa dengan ALLAH kita boleh bertaubat dan minta ampun. Denagn manusia , akhirat merangkaklah kita kalau kita pernah buat salah...

Justeru ambil kesempatan , sebagai insan yang bernama manusia , dari sehina-hina titis air mani kita serba kekurangan. Apa yang hendak dipendamkan. ALLAH jadikan kita sama , tak ada yang lebih pada tu. Sekejap ALLAH boleh ambil rezeki kita tu. Bersyukurla sebab oksigen masih dan tetap diberikan ALLAH walaupun kita ni solat pun kadang kadang tertinggal. Terjahat sikit buang sampah atau buat jahat.

Kalau kita nak hukum kawan kita , manusia lain... Fikirlah.. ALLAH ampunkan hambaNYA yang bertaubat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...