Monday, July 31

DSLR For Beginner [ Student ] - #BloggerGadgetReview

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim



Tiba-tiba terfikirlah pasal camera DSLR CANON atau NIKON. Dua-dua Nil dah ada dan guna. Yang pertama Nil guna camera COOLPIX kecik je yang tu memang auto. Tak payah setting macam DSLR gempak tu. Actually COOLPIX pon DSLR jugak cuma mini dan function tak berapa nak sharp. Yela tak boleh la semua nak sharp. Kalau macam tu siapa pun tak nak cari camera DSLR yang besar tu kan.

Btw , untuk apa yang Nil dapat setakat ni , Yelah Nil mula-mula pon masih lagi blur dan memang betul-betul Nil bukan budak gadget dan know pasal gadget. Memang jenis yang malas ambil tahu. Nah , bila dah ambil course graphic ni semua kena belajar. Bidang multimedia , fotographer ,art , drawing semua Nil kena belajar.

Jadi padan dengan muka lah. Sebelum ni tak nak ambil tahu , bila nak kena pakai nak kena guna baru la ketaq habis lutut semua nak kena pergi cari pulak DSLR. Tambah-tambah tak tahu langsung bab tu. Tapi memang diakui la , kalau budak science ada yang tak suka benda lain. Tapi ada budak science advance semua dia tahu. Macam budak sejarah setengah tak suka math , setengah pelik tiba-tiba daripada sejarah suka benda science. 

Lebih kurang la , kita tak boleh aspect apa yang orang tahu diri sendiri juga tahu. Pada penjual lot store tu pun perlu layan budak-budak yang blur macam Nil ni elok-elok. Mana  lah nak tahu DSLR macam mana perlu guna untuk mulakan penggunaan.

Tup-tup lecturer cakap semua kena ada. Kita terfikir gak


"Jenis macam mana , jenis auto ke manual ke , harga berapa plak.. Lens dia nak macam mana ? Ada apa dan beza."

Kalau kedai dia akan tanya , for beginner or profesional. So tak tau nak jawab sebab nak tahu kalau profesional.




Hasil carian imej untuk kamera canon 1300d

Nil beli , tambah flash tambah lens dan juga lens protector.. Untuk penjagaan lens daripada lens bertukar warna sebenarnya.


Kalau camera bagus mestilah harga pon menjangkau bagus kan ?
 EOS 1300D ni sebenarnya bermula pada tahun 2016 latest.

Kalau EOS 650D Atau EOS 700D keluaran tahun 2013-2014. Harga lebih kurang 1300D je sebenarnya. Tapi yang sebenarnya 650D dan 700D ni adalah lebih baik kualiti gambarnya daripada 1300D mengikut apa yang Nil kajilah..


Baik tu , sebab ada LCD yang boleh putar-putar dan touchscreen
Autofokus yang tepat


Bezanya , kelebihan screen dan sebagainya sahaja. Secara keseluruhan , semua gambar diambil kualiti ok je. Cuma cara setting dan cara edit je tentukan kemahiran seorang fotographer. Noted.

Semoga bijak membuat pilihan... Tata !




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...