Monday, August 7

GERHANA BULAN SEPARA 8 OGOS 2017 , Solat Sunat Gerhana

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua apa khabar. MashaALLAH baru ternampak posting artikel mengenai Gerhana Bulan separa yang berlaku pada esok hari iaitu selasa 8 Ogos 2017.

Kalau tak Nil pon tak tahu sal gerhana bulan berlaku bila. Dikatakan bila berlaku peristiwa sebegini , kita harus sedar akan keagungan ALLAH jadi perlunya lakukan solat sunat gerhana bulan. Nil dapat sumber sebenarnya daripada Mufti sabah. Lepas tu bila research baru tahu untuk dapatkan kenyataan yang betul. Tak nak silap.





PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan akan bersama Planetarium Negara mengadakan program cerapan dan Solat Sunat Gerhana bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi pada 8 Ogos ini.

Memetik pengumuman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman web rasminya kelmarin, gerhana bulan separa akan berlaku pada 8 Ogos bermula 01.22 pagi hingga 03.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit. Bulan akan bergelap kira-kira 30%. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid / surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.

 Fasa gerhana

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
7 Ogos, 11:50 mlm
Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
8 Ogos, 01:22 pagi
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)
8 Ogos, 02:20 pagi
 Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
 8 Ogos, 03:18 pagi
Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
 8 Ogos, 04:50:56

 Maklumat lanjut mengenai gerhana sila rujuk web Falak Online
(Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan)

http://falakonline.net/semesta/2017/07/gerhana-bulan-separa-8-ogos-2017/



Nil creditkan ke laman web sebenar sebab benda ni bukan boleh buat main-main.

Solat sunat gerhana bulan Lafaz niat:

 أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya; "Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

 Kaifiat: Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram.
Membaca doa Iftitah.
 Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
 lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
 Iktidal. Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
 Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
 lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
Iktidal Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Membaca tasyahud akhir.
 Memberi salam.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...