Thursday, August 10

OPEN ORDER NOVEL #JEJAKKARMILA #NILAMHIMAWARI

Assalamualaikum :) Bismillahhirrahmanirrahim


SINOPSIS JEJAK KARMILA DAN JUGA BAB 1 #JEJAKKARMILA #NILAMHIMAWARI RM22 TAK TERMASUK POSTAGE


Boleh baca di WATTPAD




Kisah ini lebih memaparkan pengertian kasih sayang di dalam sebuah keluarga yang telah terpisah sekian lama. Namun berkat redha dan doa yang mendalam tanpa rasa jemu dan tanpa mengenal erti putus asa, mereka diketemukan semula dalam suasana mahligai yang telah terbina satu persatu tanpa diduga.

Karmila yang dipenjarakan akibat membunuh tanpa niat suaminya Karim, telah menjalani kehidupan yang meninggalkan kesan mendalam titik hitam dalam hidupnya. Lima belas tahun terpisah dengan dua cahayamata kesayangannya iaitu Suraya dan Nonie sepanjang menjalani kehidupan di balik pintu besi. Walaupun hanya beberapa ketika mendapat perkhabaran dari Syed Hamidi yang tidak dikenalinya telah memberi pendidikan dan kasih sayang yang sempurna kepada anaknya Nonie, Namun kekusutan hidup tetap bergelora di mindanya apabila memikirkan Suraya yang tiada sebarang perkhabaran.


Namun di sebaliknya, Suraya juga tidak berputus asa mengesan ahli keluarganya walaupun sudah bekerjaya sebagai seorang wartawan. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh Suraya dalam usahanya mencari adik dan ibunya. Sehinggalah Suraya bertemu dengan seorang jejaka yang telah menemukannya dengan adiknya Nonie. Syed Haikal merupakan seorang yang berjawatan tinggi telah bertemu Suraya ketika sesi sidang akhbar pelancaran projek syarikatnya.


Konflik tercipta oleh apabila Nonie yang tidak mengenali Suraya telah mencemburui hubungannya dengan abang angkatnya Haikal. Pertemuan penuh dramatik ini amat menyentuh perasaan apabila secara tidak diduga telah merungkai hasrat tiga jiwa yang dibawa oleh keluarga Syed Hamidi, Syed Haikal dan Syarifah Aniza.


Maka terciptalah mahligai baru di dalam hidup Karmila, suraya dan Nonie bersama keluarga Syed Hamidi, Syarifah Aniza dan Syed Haikal di dalam Jejak Karmila.













NAK ORDER TAK ??


EMAIL SINI


nilamhimawari@yahoo.com.my atau direct ke fb NIL






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...